Resipi sup ikan ala tom yam

hi there, rezeki sangat apabila adik ipar bagi banyak buah tomato dan kubis. Jadi untuk tidak mensia-siakan tomato tersebut, mrs pip buat sup ikan tomato ataupun ala tom yam tidak pedas. Teringin sangat mau makan sup tom yam, malangnya anak-anak mrs pip tidak makan sebarang makanan pedas, ouch!

Apabila campuran tomato bersama serai bersatu di dalam kuah ikan, terasalah macam ada rasa ke-tom-ya-man tu, tapi lagi power kalau boleh letak tom yam paste kan. Hai lah anak-anak, hope bila kamu semua sudah besar, bolehlah layan makan tom yam bersama mommy ok. 

Resipi sup ikan ala tom yam
Resipi sup ikan ala tom yam 

Untuk buat sup ikan ala tom yam ni, sangatlah mudah. Kalau tengok dari gambar tu pun korang boleh nampak banyak potongan tomato dan serai, serta sedikit lobak merah.

Resipi sup ikan ala tom yam 


Bahan-bahan sup ikan ala tom yam:-

  • Beberapa biji tomato (mrs pip guna 5 biji tomato sederhana kecil
  • Setengah batang lobak merah dipotong bulat
  • 2 batang serai dititik
  • Beberapa ekor ikan sederhana kecil (terpulang kuantiti korang nak berapa banyak , ikut saiz hidangan korang makan berapa ramai orang. Macam mrs pip letak 3 ekor ikan yang digoreng terlebih dahulu)
  • Gula, garam, pati serbuk ikan bilis, sos tiram, bawang, halia

Tips goreng ikan sebelum buat sup: mrs pip memang suka goreng ikan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sup kerana nak tekstur ikan tu tak hancur. Biasanya akan goreng dengan sedikit perapan nipis tepung kanji.

Cara-cara memasak sup ikan ala tom yam:-


1. Goreng ikan terlebih dahulu dengan perapan nipis tepung kanji , ketepikan.
2. Di dalam kuali lain, tumis bawang besar dan halia sehingga naik bau
3. Masukkan serai, tomato dan lobak, tumis sekejap
4. Tambah air secukupnya
5. Biarkan air mendidih, kemudian tambah perisa dan perasa secukupnya seperti garam, gula, pati serbuk ikan bilis, sos tiram mengikut citarasa anda
6. Biarkan semua campuran bersatu rasa, kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi
7. Kecilkan api, masak seketika.  (Kalau ada paste tom yam kan sedap ... )
8. Apabila rasa sup ikan tadi dah blend well , bolehlah matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Siap pun sup ikan ala tom yam kita yang mudah dan ringkas, dan memang sesuai sangat makan dengan nasi panas-panas,  memang sedap.

Bolehlah letak hirisan daun sup untuk naikkan rasa sup ikan... jadi begitulah cara untuk buat sup ikan ala-ala rasa tom yam, guna tomato dan serai.

Senangnya buat sup ikan kan, lagi sedap kalau guna ikan tenggiri rasanya kan.

selamat menjamu selera.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

2 Comments

  1. sekali tengok mmg nampak macam tom yam. 1st time tgk menu macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lah dinamakan menu suka hati.
      haha, biasa buat tomyam guna ayam atau udang.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.