Kebaikan Pokok Lidah Jin Sebagai Indoor Plant

hi semua, kenal tak dengan pokok lidah jin? hari ni nak sharing sedikit kebaikan pokok lidah jin sebagai indoor plant. Dan sekarang ni ramai terjebak dengan indoor plant, boleh kata asal buka FB dan IG, memasing show off pelbagai jenis dan bentuk indoor pant. Cantik sangat, gigit jari mrs pip nak juga pokok dalam rumah, tapi apakan daya anak anak lasak gila habis semua daun dicabut nanti!

Kebaikan Pokok Lidah Jin Sebagai Indoor Plant
Kebaikan Pokok Lidah Jin Sebagai Indoor Plant

Pokok hiasan dalam rumah (indoor plant) bagi pendapat mrs pip lah, ianya satu terapi kedamaian dan ketenangan, selain ianya mampu membuat ruang rumah kelihatan berseri-seri.

Ada yang suka tanam dalam pasu kecil kemudian disusun kemas di atas rak, dan ada yang suka tanam dalam saiz yang besar dan diletak dipenjuru rumah. 

Dan indoor plant ni ada banyak pilihan, terpulang korang suka yang mana satu. Tapi kalau macam mrs pip, memang suka tengok lidah jin sebagai indoor plant.

Kenapa suka lidah jin? Pasal daun lidah jin ni tak melebar dan menggelebeh, dia jenis daun keras memanjang ke atas, so nak jaga nampak macam senang. ekekek. Mak mertua ada tanam pokok lidah jin ni, tapi dia letak luar rumah. Nampak easy peasy jak mak mertua jaga pokok lidah jin dia tu. 

Pokok lidah jin ni pula ada banyak spesies, sekitar 70 jenis, dan di dalam bahasa Inggeris ianya dikenali sebagai Sansevieria. Nama lain ialah snake plant atau lidah mak mertua.

Ada yang mengatakan pokok lidah jin ni mempunyai khasiat perubatan, dan ada yang menyatakan juga bahawa pokok lidah jin boleh menapis habuk, lalu memberikan udara segar ke dalam ruang rumah.

Kebaikan Pokok Lidah Jin Sebagai Indoor Plant
Kebaikan Pokok Lidah Jin Sebagai Indoor Plant
Gambar Kredit : FB Public Health Malaysia


Kebaikan pokok lidah jin sebagai indoor plant, antaranya ialah

  • 1. Sangat mudah dijaga - hanya perlu disiram secara berkala, boleh tahan lama dalam cuaca kering, dan dengan sedikit pencahayaan mahupun dalam ruang yang gelap. Sesuai sangat kalau kamu mahukan indoor plant yang tidak leceh untuk dijaga dan dibelai.
  • 2. Mampu menapis habuk - sebenarnya cerita pokok lidah jin ni boleh menapis habuk tu adalah berdasarkan cerita NASA pada tahun 1989 membawa beberapa jenis pokok ke angkasa lepas termasuk lidah jin untuk bereksperimen tentang udara bersih di dalam ruang rumah, dan mendapati pokok untuk satu ruang berukuran 3.1Mx3.1Mx2.4M memerlukan 1000 jenis tumbuhan untuk mendapatkan keputusan berkesan untuk menapis udara di dalam ruang rumah. 
Kalau setakat satu dua pokok lidah jin, memang tak adalah sangat nak menapis habuk, tetapi pokok lidah jin merupakan pembekal oksigen yang baik lalu mampu memperbaiki kualiti udara dengan mengurangkan alahan yang disebabkan oleh udara.
  • 3. Menaikkan seri ruang rumah - Bandingkan ruang rumah kamu yang kosong vs ruang yang ada pokok lidah jin, dan kemudiannya disusun kemas dan teratur, pastinya mampu menambah seri ruang rumah kamu kan. Maka secara tidak langsung, pasti ianya membantu mengurangkan rasa stress lantas memberikan kesan positif pada mood individu.

Jadi, lepas ni yang tiada idea indoor plant apa yang harus ditanam, mrs pip syorkan kamu tanam pokok lidah jin ini terlebih dahulu. Nak jaga pun senang sangat kan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

cheers.

Post a Comment

13 Comments

  1. yea..tengah viral pokok ni.. nasib lah rumah kita kecik, tak sesuai nak letak pokok dalam rumah. balkoni pun tak ada..so okey lah, tak jeles nak berdeko macam org lain. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg deko rumah sekarang letak indoor plants kan, tp rumah Kita pun x sesuai. Anak ganas nak rosakkan plants Kita ...

      Delete
  2. Perkongsian yg baik..kerja kerja mcm ni memerlukan minat dan usaha yg mendalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik sangat nak letak indoor plants ni tapi saya mampu tengok org Kain buat saja. Nak buat , tapi anak anak pula yang suka nak usik2 plants Kita. Hurm.

      Delete
  3. Kat rumah ni jenis panjang macam pedang, nanti nak cari yang kontot-kontot renek jeee...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak mertua punya pun yg macam pedang .. haha. Cantik yg kontot2 tu kan.

      Delete
  4. kalau nak sampai beribu memang tak lah hahaha mana muat! Tapi nanti nak letak jugak dekat rumah sebagai hiasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak satu Dua pun ok kan .. kalau serious Kita boleh yg pengsan nak menjaga plants.

      Delete
  5. Tengah viral pokok lidah jin ni. Bila tau viral dan dan whatsapp mak kat kampung tanya pasal pokok ni. Dulu memang ada mak tanam, tapi sekarang dah mati. Huwaaa nak beli confirm mahal sekarang harga dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, bila dah viral mesti Mahal. Nnt lah bila dah kurang sikit viralnya, baru beli. Time tu harga mesti dah turun.

      Delete
  6. pokok ni sng dpt n sng jaga sha suka..ada tanam 1 dkt rumah tiap pg tgk..hpy ja..pmbawaan kali kan kak hahah

    ReplyDelete
  7. Ada beberapa koleksi lidah jin. Memang mudah ditanam dan dijaga. Bila dah cantik banyak daunnya jadi hiasan yang cantik dalam rumah.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.