Ayam Salted Egg Butter Sedap dan Mudah Tiru Resepi Selebriti Eina Azman

hi there, pertama kali masak resepi ayam salted egg butter selepas tertengok video masakan selebriti Eina Azman di IG dia. Wah, selama ni hanya tahu makan salted egg yang direbus campur dengan bubur nasi panas, atau makan kuih bulan yang ditengah-tengahnya ada kuning telur masin. Tak terfikir pula yang kuning telur masin ni boleh digunakan dalam masakan lain. Seriously, apabila dah tercuba sekali resepi ayam masak salted egg mudah dan sedap hasil cilok resepi daripada Eina Azman, memang repeat masak berkali-kali masak selepas itu.

Sebelum ini, syarikat fast food gergasi pun dah promote resepi salted egg mereka, tapi tak terbayang pun yang resepi tu menarik coz ingatkan alaaa macam biasa-biasa sahaja, tapi rupa-rupanya memang sungguh resepi salted egg ni bukan biashe-biashe yer, siap boleh viral lagi ramai yang tunjuk bakat masak guna kuning telur masin kan. Sedap pun sedap!

ayam salted egg sedap dan mudah dimasak

Senangnya Masak  Resepi Ayam Salted Egg Butter, Easy Peasy Like ABC



Fuh, ingatkan susah dan leceh masak, tapi sangkaan Mrs Pip meleset. Punyalah senang masak resepi ayam telur masin bersama butter ini. Kalau korang yang tiada idea mau masak apa untuk tetamu yang hadir makan bersama korang di rumah tu, bolehlah cuba resepi ayam salted egg butter ni tau, memang tak rugi masak dan makan sendiri.

mari kita tengok resepi mudah nak masak ayam ni. Yang jemu makan ayam asyik masak resepi yang sama, why not try masak resepi mudah dan senang seperti apa yang mrs pip kongsikan dalam entry ini.

Bahan-Bahan Resepi Mudah Ayam Masak Salted Egg



Bahan bahan Ayam Salted Egg Butter Sedap dan Mudah Tiru Resepi Selebriti Eina Azman

nah, ini dia senarai bahan-bahan untuk memasak resipi guna telur masin ni. Untuk yang tidak tahu, ayam tu boleh digantikan dengan bahan lain seperti bebola daging, sotong, atau udang, terpulang korang suka makan yang mana satu kan.

Bahan-Bahannya:-


2 ketul ayam paha pinggul (saiz agak besar) dipotong ikut kesukaan korang 
4 - 6 biji kuning salted egg aka telur masin 
4-5 ulas bawang putih dihiris halus
!/2 batang lobak dihiris-hiris memanjang
3-4 tangkai daun kari
Tepung jagung untuk perap ayam atau boleh guna tepung perapan khas untuk ayam
Susu cair
350 gram mentega atau yang secukupnya  
Garam , secukup rasa secukupnya
Serbuk salted egg jika perlu

Cara Memasaknya:-


1. Perap ayam yang sudah dipotong tadi dengan sedikit bawang putih, tambah garam dan perap dengan tepung jagung sebentar sebelum di goreng.
2. Goreng hingga ayam masak kuning keemasan.
3. Dah siap goreng ayam, ketepikan.
4. Di dalam kuali yang lain pula, masukkan butter dan kacau hingga cair. Guna api sederhana kecil.
5. Masukkan bawang putih , kacau kacau sekejap
6. Masukkan kuning salted egg aka telur masin dan lenyek-lenyekkan di dalam kuali.
7. Tumis kuning telur masin sebentar dan pastikan kuning telur masin di lenyek sehingga berderai-berai di dalam kuali
8. Masukkan lobak yang dicincang memanjang. Boleh tukar jika tidak suka makan lobak. Boleh guna sayur manis juga kalau nak.
9. Masukkan ayam yang telah digoreng, dan gaul sebati semua bahan bahan tersebut bersama ayam dan tumis seketika. 
10. Masukkan susu cair dan gaul semua bahan.
11. Boleh tambah secukup rasa, garam dan gula secukupnya. Nak lagi rasa salted egg, boleh tambah serbuk salted egg ke dalam masakan.
12. Gaul semua dan kalau dah puas hati dengan rasa ayam salted egg, bolehlah matikan api
13. Masukkan cepat daun kari yang telah dipisah-pisahkan ke dalam masakan tadi dan gaul rata.
14. Dah siap dan rasanya pun sedap? Ok, bolehlah matikan api dan hidangkan masakan untuk seisi keluarga merasa.
15. Kalau nak berkuah, gunalah setin susu cair. Habiskan saja tanpa rasa bersalah, ekeke. Kalau nak yang kering-kering sikit, guna hanya 1/2 tin atau 3/4 bahagian susu cair tu ok.

Ayam Salted Egg Butter Sedap dan Mudah Tiru Resepi Selebriti Eina Azman

Sedap giler sehingga bertambah nasi dua tiga kali! Woha, macam mana nak kurus kalau makan tak ingat dunia? Hiks!

So, yang suka makan ayam salted egg ni, disyorkan masak sahaja sendiri kalau ada kelapangan. Seriously, ayam salted egg ni kinda mahal lah juga dijual di luar, makanya kita buat homemade ayam salted egg dan makan bersama ahli keluarga. Memang heavenlah sangat bagi penggemar salted egg makan resipi ni. hehe.

Resipi asal Eina Azman tu guna sotong, tapi dalam dapur mrs pip tiada sotong. Jadi, ganti dengan ayam sajalah. Dan Mrs Pip dah cuba masak ayam salted egg butter sedap dan mudah ni menggunakan bebola daging, dan rasanya pun sedap.

Dan lobak tu Mrs Pip add saja masuk dalam resipi padahal Eina Azman tak letak pun lobak dalam resipi dia. I is cannot kalau tak makan sayur hokey. Jadi kita tiruvasi resipi dia ikut seler sendiri.

Tu saja nak share untuk korang semua. Selamat mencuba resepi salted egg ni ok. Semoga korang pun makan tambah nasi dua tiga kali. LOL.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

7 Comments

  1. Sedapnya... Ishkkk! Baru nak diet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomlah masak ayam salted egg sedap ni. abaikan diet tu, ekeke.

      Delete
  2. wahh sgt sedap ni sis, selalu dgn sotong je, nnt nak try dgn ayam juga. saya peminat telur masin. tambah skrg pun ada serbuk telur masin dijual. juga sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. try guna ayam sis. sedap. sotong pun sedap juga.

      Delete
  3. hahahhaa tengok cara masak tu pun better beli dekat kedai jak lah. Buat buttermilk chicken pun malas apatah lagi salted egg

    ReplyDelete
  4. ooo x makan nasi. tak pa, boleh masak utk anak anak buah kat kampung lain kali. ayam salted egg ni bagi saya sedap. hope anak anak buah Diana suka resipi ni.

    ReplyDelete
  5. Ratah pun sedap ni dan mengenyangkan.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.