6 Resipi Overnite Oat Ringkas Sesuai Untuk Menu Diet Dan Mudah Disediakan

6 Resipi Overnite Oat Ringkas Sesuai Untuk Menu Diet Dan Mudah Disediakan . hi there, memandangkan mrs pip dalam proses untuk kurangkan 10kg berat badan, jadi perkara pertama yang mrs pip sedang rancang ialah menu untuk orang diet yang membantu turunkan berat badan, dan salah satunya menu diet yang ramai share adalah overnite oat  yang ringkas dan mudah disediakan serta sedap.


6 Resipi Overnite Oat Ringkas Sesuai Untuk Menu Diet Dan Mudah Disediakan 

Bercakap tentang oat, mrs pip memang penggemar rolled oat. Setiap kali bancuh minuman chocolate malt, wajib letak rolled oat , ataupun fruit muesli (yang biasanya 60% kandungannya adalah rolled oat).

Resipi how to make overnight oats ni mrs pip terjumpa di dalam facebook yang dikongsi oleh seorang rakan, dan memandangkan resipinya kelihatan menarik dan mudah disediakan, jadi mrs pip share kat sni, senang nak buat rujukan nanti.

Resipi Overnite Oat Sesuai Untuk Menu Diet - Ringkas Dan Mudah Disediakan

Biasanya mrs pip kalau buat overnite oat, resipinya simple dan plan sahaja dan boleh naik bosan asyik makan resipi yang sama. Jadi lepas ni, no more rasa bosan memandangkan 6 resipi overnite oat sesuai untuk menu diet mrs pip ni kelihatan sangat sedap.

6 Resipi Overnite Oat Sesuai Untuk Menu Diet - Ringkas Dan Mudah Disediakan

  • Vanilla Overnight Oats Recipe


- Rolled oat
- Plain greek yogurt 
- Milk
- Vanilla
- Maple Syrup
- Salt

Masukkan oat, tambah yogurt, tuangkan susu, letak vanilla kalau nak rasa extra sedap.
Kalau tiada vanilla pun tak pa, it is optional.
Nak rasa manis, letak male syrup. Kalau tak suka, maybe boleh letak honey.
Sedikit garam.

Overnight oat macam ni yang mrs pip selalu buat, tapi part yogurt tu, mrs pip lebih suka letak strawberry yogurt memandangkan mrs pip tidak begitu suka dengan plain yogurt.

  • Seed Butter Overnight Oats Recipe


- Rolled oat
- Plain greek yogurt
- Milk
- Vanilla
- Maple syrup
- Seed butter
- Salt

Sama seperti resipi vanilla overnight oat tu, cuma yang ni korang add seed butter.
Seed butter pula terpulang kat korang nak guna apa.
Alahai, kalau susah susah tak tahu nak letak apa, korang letak saja biji kuaci tu, jadilah sunflower seed butter kan. 

Tak pun boleh guna chia seed juga.


6 Resipi Overnite Oat Sesuai Untuk Menu Diet - Ringkas Dan Mudah Disediakan


  • Chocolate Overnight Oats Recipe


- Rolled oats
- Plain greek yogurt
- Milk
- Vanilla
- Maple syrup
- Cocoa powder
- Salt


Untuk chocolate overnight oats ni, part susu tu, korang boleh guna susu coklat instead of susu putih, jadi korang tak perlu nak susah-susah add serbuk koko kan.

Tapi, kalau korang memang ada serbuk koko kat rumah siap-siap, bolehlah ikut resipi asal yang disyorkan.

Tapi, part nak letak maple syrup dan salt tu, so far mrs pip kalau buat overnight oat, memang tak pernah letak extra perisa manis dan masin. So far memang rasa manis overnite oats tu memang dapat dari rasa susu coklat yang digunakan.

That's it, simple and easy.


  • Apple Pie Overnight Oats


- Rolled oats
- Plain greek yogurt
- Milk
- Vanilla
- Maple syrup
- Apple
- Cinammon (kayu manis) / Cinammon powder (serbuk kayu manis)
-Salt

Siapa yang suka makan cinammon roll, bolehlah cuba buat resipi apple pie yang ditambah dengan cinammon.

Bahan-bahan pun senang nak dapat. Tapi antara kayu manis yang sebatang tu dengan serbuk kayu manis (biasa dijual di dalam botol kecil), mrs pip lebih prefer pinch a bit of cinammon powder. Tak kuasa nak masukkan sebatang kayu manis kat dalam overnight oat, nanti rasa overnight oat tu dikawal oleh si kayu manis.

Tapi kalau korang tak nak letak kayu manis tu pun tak pa, just letak potongan epal sahaja pun boleh, overnight oats korang still akan rasa sedap.


6 Resipi Overnite Oat Sesuai Untuk Menu Diet - Ringkas Dan Mudah Disediakan

  • Pumpkin Spice Overnight Oats


- Rolled oats
- Plain greek yogurt
- Milk
- Vanilla
- Maple syrup
- Pumpkin puree
- Pumpkin pie spice
- Salt

Yang ni buat penggemar labu, bilehlah mencuba resipi pumpkin spice overnight oats. Tapi di tempat mrs pip ni, tiada jual tau pumpkin puree dan pumpkin pie spice tu.

What to do? Janganlah risau, cari cara alternatif.

Beli buah labu tu, buang kulit, potong dadu, kemudian rebus sehingga lembut. Kemudian terpulang korang nak letak dalam overnite oat labu yang dipotong dadu kecil ataupun yang korang dah purikan.

Nak rasa spicy? Part ni mrs pip no idea macam mana nak buat. Maybe a pinch of cinammon will do.

  • Banana Raspberry Overnight Oats


- Rolled oats
- Plain greek yogurt
- Milk
- Vanilla
- Maple syrup
- Banana
- Rasperries
- Salt

Nampak sedap kan bila tambah overnight oats dengan pisang dan buah raspberry. Tapi bukan semua orang senang nak dapat bekalan raspberry ni.

Macam mrs pip, memang suka tambah pisang dalam overnight oats. Dan untuk buah raspberry tu, mrs pip ganti dengan kurma dan anggur hitam. 

Terpulang dengan kreativiti korang. Dan as usual, mrs pip prefer strawberry milk instead of white milk, rasa overnight oats tu lebih rasa sedap. 

Maple syrup dan salt tu memang tak letak pun tak da hal. Overnight oats still rasa sedap.


6 Resipi Overnite Oat Sesuai Untuk Menu Diet - Ringkas Dan Mudah Disediakan

Dan kalau korang tiada idea mana macam mana nak susun mana yang masuk dulu mana yang kemudian untuk biuat overnight oats, boleh rujuk panduan buat resipi overnight oat mudah di atas. 

6 Resipi Overnite Oat Sesuai Untuk Menu Diet - Ringkas Dan Mudah Disediakan

Tapi mcm mrs pip, main letak layer by layer iaitu contohnya masuk oat sikit, pisang sikit, yogurt sikit, kemudian oat, kemudian kurma sikit, tambah yogurt lagi sikit, tabur chia seed sikit, kemudian baru tuang susu.

More or less macam ni lah kalau mrs pip buat overnight oat. Tengok apa bahan yang ada waktu buat , kita mix and match. Yang penting, overnight oats tu rasa sedap dan mengenyangkan bila kita makan esok pagi ketika sarapan. 

Jadi, selamat mencuba 6 Resipi Overnite Oat Ringkas Sesuai Untuk Menu Diet Dan Mudah Disediakan.

Dan thanks kepada pemilik asal resipi dan gambar ni, semua resipi overnight oats sangat yummy dan senang nak buat kan. Dan happy dieting.

Semoga mrs pip berjaya hilangkan 10kg lemak degil ni.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

3 Comments

  1. Pumpkin Spice Overnight Oats tu menarik.. nak cuba jugak la

    ReplyDelete
  2. ya Allah. semua nampak sedap. halaaaa nak join turunkan berat juga 😭

    ReplyDelete
  3. Sedapnya menu overnight oats. Boleh tiruvasi. Suka letak layer berulang ulang :)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.