Cara Hilangkan Stress Berkesan Hanya Dengan Praktikkan Amalan Zikir Harian Ini

hi there, just nak kongsi cara hilangkan stress dengan amalan zikir harian. Terbaca perkongsian menarik di Instagram milik JentikHati mengenai masalah stress , dan bagaimana untuk menanganinya.

Yes, hanya dengan amalan zikir harian Insya Allah kita mampu menghilangkan stress pada diri kita dan membuat hidup terasa lebih tenang. 

Kita yang beragama Islam ni memang kena yakin betapa zikir harian yang kita selalu baca sangat membawa kebaikan kepada kita. Mustahil apa yang Nabi kita ajarkan tu adalah sia sia. NO. Tiada yang sia sia , malah semuanya membawa keuntungan kepada diri masing-masing kalau kita amalkannya.

Cara Hilangkan Stress Dengan Berkesan Hanya Dengan Praktikkan Amalan Zikir Harian Ini


Amalan Zikir Harian Yang Mudah Ialah Salah Satu Cara Hilangkan Stress Dengan Berkesan 


Mari kita lihat zikir harian mudah yang kita boleh baca setiap masa setiap waktu untuk memberikan kita rasa aman, nyaman dan tenang dengan semua permasalahan yang kita lalui. Ada masa-masa tertentu kita tidak akan lari daripada berdepan dengan STRESS, tapi kita haruslah mempunyai pengetahuan bagaimana untuk handle stress tersebut.

Cara Hilangkan Stress Dengan Berkesan

Sekiranya kita stress kerana hal-hal dunia, maka sebutlah La Ilaha Illah-Allah banyak banyak kali kerana ianya akan memberitahu kita betapa tiada apa yang perlu ditakuti atau disukai berlebih-lebihan melainkan Allah SWT sahaja.

Cara Hilangkan Stress Dengan Berkesan

Kalau kita stress kerana orang sekeliling, maka cara untuk hilangkan stress tersebut ialah dengan membaca zikir La Hawla Wala Quwata Illa Billa untuk memberitahu diri sendiri betapa semua orang tiada kuasa melainkan dengan kehendak Allah.

Cara Hilangkan Stress Dengan Berkesan

Kalau stress yang disebabkan diri sendiri, maka cara hilangkan stress dengan berkesan ialah dengan membaca Astagfirullah sebanyak yang mungkin kerana ia akan menggugurkan dosa-dosa kita dan juga menambah rezeki ke dalam hidup seharian kita. 

Cara Hilangkan Stress Dengan Berkesan

Zikir adalah 'santapan' kepada roh kita, jadi setiap hari jangan pernah lupa untuk baca zikir. Bacalah dalam setiap keadaan jika boleh. Ketika bangun pagi, ketika lepas solat, ketika keluar rumah, ketika memandu, ketika dalam perjalanan ke destinasi, etc sentiasalah baca zikir.

Hanya berzikir, kita boleh jemput aura positif masuk ke dalam kehidupan kita. Dan yang lagi hebat dengan amalan zikir harian selain hilangkan stress dengan berkesan ialah kita letakkan Allah dekat dengan kita tanpa kita sedar. 
 
Cara Hilangkan Stress Dengan Berkesan

Jadi lepas ni kalau korang rasa life korang banyak betul beban, semua tak kena, terlalu bergantung dengan orang, cuba baca zikir banyak-banyak, dan cuba lupakan semua permasalahan kamu.Dalam masa yang sama, bagitau diri kita betapa kita ada Allah SWT untuk jaga kita, dan Allah lah sebaik-baik Maha Kuasa untuk membantu menghindarkan segala masalah dalam diri kita.

Cara Hilangkan Stress Dengan Berkesan

Antara kebaikan-kebaikan lain amalan zikir harian selain hilangkan stress dengan berkesan ialah 


  • Mengingati Allah membuatkan Allah suka dan sayang pada kita
  • Mendekatkan diri pada Allah
  • Menghilangkan rasa risau pada hati kita
  • Sebagai bekalan di akhirat
  • Menghilangkan dosa dan diselamatkan daripada hukuman
  • Insya Allah dalam keadaan kita susah, Allah ada bersama kita
  • Memelihara lidah daripada berkata benda yang tidak elok
  • Selamatkan kita daripada jauh dari Allah SWT
  • Menyuburkan jiwa
  • Memperkuatkan hati dan tubuh badan
  • Rasa tenang dan malaikat selalu bersama menjaga kita
  • Tumbuhnya pokok-pokok di syurga untuk kita
  • Naungan pada Hari Penghakiman

Stress ni bukan perkara yang korang boleh bawa main-main. Yes, ada orang stress-nya sekejap sahaja, lepas tu dia boleh overcome. 

Tapi ada orang stress dia berpanjangan sehingga boleh develop depression. Yang ini merisaukan bila tanpa sedar orang tu depress sampai boleh sakit dan fikir perkara-perkara yang tidak seharusnya , seperti dalam Korean Movie Kim Ji Young Born 1982 || Kisah Depresi Seorang Isteri Menjadi Suri Rumah. 

Dan tidak semua orang stress tu, dia akan minta pertolongan dengan orang sekeliling dia. Kenapa tak nak orang tolong? Antara sebabnya kerana dia tak trust orang, atau orang akan persendakan dia kerana merasakan tiada sebab untuk dia stress.

Korang pernah tak rasa stress ? Stress level korang tahap macam mana?

Mrs Pip antara manusia di dalam dunia ni yang pernah mengalami stress tahap dewa, sampai satu masa dulu rasanya nak suicide sahaja. Yes, tak tipu. Memang pernah ada rasa macam tu.

Tapi, alhamdulillah. Allah sayang kat mrs pip. Dia tak bagi kita ada rasa suicide tu lama-lama. Memang Istighfar banyak-banyak, dan recite La Hawla Wala Quwata Illa Billa tu sangat membantu untuk kembali ke pangkal jalan, selain take a break from life thingy. 

Buat korang yang ada rasa stress, sila dapatkan pertolongan daripada orang yang korang trust. Dan just in case korang ada kenalan yang dalam fasa stress / depresi, please be a good listener. 

 Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Have a good life. XOXO.

cheers.

Post a Comment

4 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.