Cara Tukar (Port Out) XOX Ke U-Mobile Nombor Lama Kekal Sama. hi there, baru-baru ini aku ambil keputusan untuk tamatkan penggunaan oneXOX yang aku langgan sejak sekitar bulan November, 2018.
Sebelum aku guna oneXOX, aku pakai Digi. Sebelum Digi, aku guna Maxis, dan sebelum Maxis pula aku guna Celcom!
Bercinta habis aku dengan semua TELCO yang ada. Tapi malangnya, aku terpaksa curang dengan mereka selepas berlaku masalah kelembapan memberikan perkhidmatan INTERNET PANTAS.
Bayangkan saja, dengan oneXOX ni, aku langgan pelan B59, setiap bulan aku bayar sekitar RM59.00 (tak sure exact amount - ni belum masuk tax lagi), tapi kelajuan internet yang pada awal penggunaan rasa laju, entah sejak beberapa bulan jadi sangat lembap.
Dan lagi teruk, tak boleh nak HOTSPOT!
Cuba tengok gambar di bawah ni, sewaktu aku port out, aku ada 29GB Internet Data yang tak dipakai! Memang tak mampu nak guna pasal line internet slow yakmat sampai aku rasa nak makan oneXOX ni.
Tapi, oneXOX ni ada kelebihan yang aku suka , sebab tu aku pilih dia selepas aku berpisah dengan Digi.
Korang boleh baca kat entry lama aku : Beralih dari Digi ke XOX, apa yang best sangat tentant XOX ni?
Apa Kelebihan U Mobile Yang Anda Perlu Tahu (Prepaid Funz)
Sebelum aku bagitau macam mana nak tukar XOX ke U Mobile dengan mengekalkan nombor lama anda, mari sini aku mahu cerita mengenai sedikit kelebihan yang ada pada U Mobile.
Aku guna simkad FUNZ dari U Mobile. Boleh beli di 99 Speedmart, tempat lain yang ada jual simkad pun korang boleh pergi tanya juga.
Since anak buah aku guna U Mobile dan dia bagitau area rumah kami ni U Mobile yang bagi speed internet paling laju, sebab tu aku tergerak hati pilih U Mobile.
- Untuk Prepaid Funz, aku cuma bayar RM30.00 sebulan untuk dapatkan INTERNET TANPA HAD (penggunaan di smartphone / tablets tanpa hotspot) , dan maximum 6GB HOTSPOT sebulan. Now aku beli yang RM35.00, 12GB HOTSPOT.
- Sebab aku kaki tengok VIU dan VIKI (layan drama dan filem Korea) , jadi aku memang paling happy dapat guna internet tanpa had. Boleh stream drama / filem kegemaran aku tanpa risau internet data habis.
- Dan memandangkan aku memang perlukan hotspot dari smartphone ke desktop untuk buat kerja-kerja blogging, dan biasanya aku guna sekitar 5GB , so bila aku dapat 6GB sebulan untuk hotspot tu, aku dah rasa happy sangat.
- Kalau nak top up hotspot, RM3.00 untuk 3GB , tapi expiry dalam masa 3 hari. Jadi kalau dah top up tu, jangan lupa pakai hingga habis ok. Kalau tak macam membazirlah pula.
Jadi, ini adalah antara sebab kenapa aku pilih Prepaid Funz U Mobile. Aku dah save banyak ringgit berbanding aku guna oneXOX.
Tapi sms dan call out kena caj tau kalau guna FUNZ ni. U Mobile ada beberapa pilihan pakej prepaid dan postpaid, korang boleh pilih ikut kesesuaian korang.
Macam aku memang jarang gila nak sms dan call, so no harm bagi aku nak guna Prepaid FUNZ ni.
Tukar (Port Out) XOX Ke U-Mobile , Nombor Lama Kekal Sama
Yang paling penting bila korang nak tukar dari satu telco ke telco yang lain, pastikan korang beli simkad telco yang korang nak tukar tu.
Macam dalam kes aku ni, aku beli simkad U Mobile. Lepas dah ada simkad U Mobile, baru boleh buat proses tukar telco atau dalam bahasa yang mudah faham , aku mahu PORT OUT XOX.
Pastikan simkad U Mobile tu korang dah AKTIFKAN di kaunter / kedai tempat korang beli. Selagi simkad tak aktif, sia sia korang tak boleh nak guna.
Macam mana nak aktifkan? Minta saja orang kat kaunter yang jual sim kad ni register nama korang secara online terus. Kalau di 99 Speedmart, dorang memang akan terus register. Time register tu, pastikan dorang reister sehingga simkad ni betul betul boleh digunakan.
So korang try call out once simkad dah aktif. Try saja call out dekat depan kaunter untuk ensure kad betul-betul diaktifkan.
Ni pengalaman sangat. Aku beli simkad, orang kat kaunter bilang dah aktif.
Sekali balik rumah, simkad inactive! Deng. Then terpaksa datang balik pi 99 Speedmart untuk buat pengaktifan semula.
Duh. Wasting time. Tapi belajar dari pengalaman.
Cara Port Out XOX
1. Login ke apps Black X korang (kalau tak download, sila download dan sign up untuk login)
2. Tekan Amount Due seperti gambar di bawah.
3. Kemudian tekan Change Plan. Sekiranya kamu ada baki tertunggak, maka kena jelaskan dulu. Kalau tak, memang akan gagal untuk PORT OUT.
Selepas korang tekan change plan ni, sistem XOX akan update berapa jumlah tunggakan bil korang.
4. Selepas tekan Change Plan, sila pilih PREPAID. Tekan butang DOWNGRADE.
Nanti korang akan terima notifikasi yang korang dah tukar plan dari postpaid ke prepaid.
5. Masuk laman web U Mobile. Pilih SWITCH NOW to U Mobile.
6. Isi semua details :
Korang dah beli kan simkad tadi siap-siap, so time register di kaunter tu, sila guna details yang sama untuk pendaftaran online seperrti gambar di bawah ni ya.
Isi Nombor IC dan Service Provider korang guna. Macam dalam kes aku ini, aku guna oneXOX, dan masukkan nombor lama korang.
7. Untuk MNP Dealer Code tu, korang abaikan sahaja.
Masukkan nombor baru simkad U Mobile yang korang dah beli awal tadi.
Masukkan serial number simkad.
8. Lepas tu korang tekan butang CONFIRM REQUEST.
Nota: Kalau aku tak silap, korang boleh beli nombor U Mobile secara online di laman web mereka tanpa perlu pergi beli di kedai.
Cuma aku tak tahu sama ada dia akan pos simkad ke alamat kediaman korang atau dia akan bagi nombor U Mobile dan serial number.
9. Bila korang dah klik confirm request tu, korang akan nampak perkataan Your MNP status is processing di bahagian bawah perkataan details.
10. Tunggu sehari dua, korang akan dapat SMS untuk setuju atau tidak setuju untuk port out. Korang reply YES ok , sila rujuk gambar di bawah.
11. Lepas korang reply YES, korang hanya perlu tunggu beberapa minit untuk tahu status port out berjaya dan kalau berjaya, U Mobile akan bagi SMS untuk memneritahu yang nombor baru simkad korang beli tu dah di port in guna nombor lama korang.
Silalah rujuk gambar di bawah.
Alhamdulillah, sekarang nombor phone lama aku dah aktif untuk U Mobile pula.
Jadi begitulah langkah-langkahnya untuk cara tukar (Port Out) XOX Ke U-Mobile dan Nombor Lama Kekal Sama.
Aku harap aku boleh bercinta lama dengan U Mobile ni pula.
So far speed internet tempat aku laju dengan U Mobile ni, dan tiada masalah hotspot untuk buat kerja-kerja blogging di desktop.
Lagi satu, aku bayar pun sebulan RM30.00 sahaja. Jimat duit bayar bil telefon.
Dan kalau korang nak PORT OUT UMOBILE pula, korang kena buat benda yang sama seperti yang aku buat.
Beli simkad Telco yang korang nak port in. Katakan nak PORT OUT UMOBILE ke Digi. Kena pergi laman web Digi dan cari cara-cara nak PORT IN Digi.
Sekarang ni, semua pun boleh buat atas talian, dah tak perlu nak pening-pening pergi branch kan. Yang penting korang kena rajin Google untuk dapatkan info yang korang nak tu.
So anyone nak port out umobile, step pertama kena beli simkad telco yang korang nak port in.
Lepas tu, pergi laman web telco tersebut dan cari bahagian port in. Bila korang berjaya isi details yang dikehendaki, korang dah boleh ready untuk port out umobile korang.
thanks for reading.
cheers.
15 Comments
So far masih setia dengan Digi. hehehe.. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)
ReplyDeletesaya pun teringin nak tukar ke xox. tapi tak terbuat lagi sampai skrang.. errmm
ReplyDeletePernah guna umobile, dan xox ni..ermm tp skg ni bg sha guna digi lg murah, no yg skg ni guna tune talk..xpakai lngsung sbb agak mahal juga plan nya..xda free basic pn..so klu d rumah guna wifi, d luar guna digi, klu laluan mati, on kan ja 1 hari hihi
ReplyDeleteSekarang nak tukar talian telco dah mudah tanpa perlu tukar nombor.
ReplyDeleteAde jugk yg memahami perasan sye smase brcinte dgn xox ni.. Sikit2 sye mule perasan yg die (xox) cube cubit2 duit saye mlalui tax.. Dari rm59 hingga ke rm64.05.. hrmmm.. Sye amik kputusan utk sayonara dgn xox ni.. Dan tq utk keterangn di ats ye mrs pip.. Haligatoo 🤣😍
ReplyDeleteIsi no ic perlu ada sengkang(-) ka x payah?
ReplyDeletesaya pun x ingat. tapi rasanya x perlu sengkang2 ni.
DeleteTerima kasih atas penerangan.. dh byk kali nak port out dri xox selalu tak berjaya..terpaksa bayar jugak bill walaupun data tak guna sbb terlalu slow.. tapi ada tempat line ok..
ReplyDeleteKalau beli simkad umobile tu beli yg ada no atau beli yg mnp? Kalau beli yg ada no boleh ke nak kekal no lama?
ReplyDeleteHi. saya beli yg ada nombor, lepas tu ikut step yg saya berikan di atas untuk port out XOX ke UMobile. Nombor lama saya kekal tau.
DeleteSo konklusinya, kalau nak port out XOX dan nak masuk Umobile, pastikan hutang bil XOX dijelaskan terlebih dahulu, kemudian downgrade ke prepaid dan baru buat port out ke Umobile.
Terima ksh.....info yg sgt membantu👍👍👍
ReplyDeletejika current service provider tak ada nama ONE XOX macam mana ya ? pilih celcom ?
ReplyDeleteBoleh try klik celcom since XOX ni park under Celcom kan. Tapi kalau Port out x menjadi, maksudnya mmg kena pilih XOX la juga ...
DeleteNk tnya. Nampak sis pkai fon yg boleh pakai 2 sim card. sy pakai fon yg boleh masuk 1 je sim card. so mcm mana nk dpt sms tu ya? adakah sy perlu letak sim card xox dulu lepas port out xox successful, keluarkn simcard tu then masukkan simcard umobile plak ke?
ReplyDeletetq sis
Rasanya memang kena port out dulu, dah successful baru port in simkad baru.
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.