Gentle Parenting : How Not To Be An Angry Mama

Gentle Parenting : How Not To Be An Angry Mama. hi there. Hari ini aku nak open up sikit tentang isu salah satu masalah parenting yang aku hadapi iaitu masalah 'angry mama'.

Lagi senang nak faham, masalah kita yang mak-mak ni cepat sangat marah kat anak-anak (dan juga suami). Tapi kalau kita berdepan masalah dengan orang lain, kita bukanlah seorang yang cepat naik meter kemarahan tu pun!

Agak lama juga tidak bercerita mengenai parenting journey aku, so hari ni aku nak share masalah Angry Mama yang aku hadapi sejak beberapa tahun, dan aku try hard nak cope dengan benda ni. 

Dan setiap kali aku berdepan dengan masalah Angry Mama ni, aku mesti menangis selepas aku marah anak-anak aku. Aku rasa macam susah sangat nak deal dengan anak-anak sendiri. W.H.Y?


I get angry to my kids, and it doesn't make me happy at all - all the frustration, angry thoughts and stress lingers with me, and I hate it so much that I really want to shut down my world.


Ya, kalau korang faham apa yang aku cuba sampaikan dengan ayat di atas, korang mesti dapat rasa sedikit sebanyak emosi yang aku terpaksa hadapi.

Dan aku tak suka speak up masalah yang aku hadapi. Aku tak share dengan sesiapa kenapa aku cepat marah bila anak-anak tantrum (padahal benda tu boleh settle dengan baik tanpa aku marah pun). 

Dan bila aku dah calm down, aku akan nangis dan tertanya-tanya what happen to me? This is not SO me at all.

Aku tak pernah dengar istilah Gentle Parenting (nampak sangat aku kurang ilmu parenting kan), dan buat pertama kali aku ambil langkah untuk erase my bad motherhood behavior not to be an angry mama anymore. 

I don't want to be an angry mama anymore!

Aku terjumpa perkataan gentle parenting ni bila aku start blogwalking kat blog-blog parenting. Banyak parenting blogger yang share pengalaman mereka dan juga pengetahuan ilmiah mereka mengenai ilmu keibupaan.

Gentle Parenting : How Not To Be An Angry Mama


Apa itu Gentle Parenting?

Dari perkataan tu pun kita dah boleh agak gentle parenting ni macam mana kan. 

Gentle Parenting ialah teknik keibubapaan menggunakan kelembutan apabila berdepan dengan situasi anak-anak yang boleh buat kita marah.

Selama ni aku sikit-sikit mau marah, tapi lepas aku baca perkongsian seorang mama ni di blog dia themovingmama.com mengenai gentle parenting, aku rasa penulisan dia membantu aku yang sedang berusaha untuk merawat diri sendiri untuk tidak menjadi the angry mama.


Gentle Parenting : Tanya diri sendiri Why Am I an Angry Mom?

Aku tanya benda ni berulangkali dekat diri sendiri, kenapa aku senang nak rasa marah dekat anak-anak? Kerana mereka buat aku annoyed?

Aku memang struggle dengan keadaan aku untuk buang tabiat buruk yang cepat naik marah ni.

Am I alone in this boat? Ada tak ibu ibu yang macam aku? Pernah tak you ols tanya diri sendiri kenapa nak cepat marah dekat anak anak? Tapi korang kalau berdepan dengan masalah dengan orang lain, boleh saja korang settlekan dengan elok kan.

Sebab selama ni, tanpa aku sedar, aku selalu ignore untuk settlekan masalah dengan anak-anak.

Cari Sebab Apa Yang Buat Kita Marah

  • Contohnya anak buat kerja rumah sambil bermain / tidak peka dengan apa yang kita ajar

Sekarang ni musim Covid19 kan, jadi anak-anak struggle belajar dari rumah.

Setiap hari guru-guru akan update kerja rumah untuk disiapkan.

Dan aku kena ajar anak aku macam mana nak siapkan homework dorang, plus kena struggle a bit memandangkan mereka sekolah cina, so kerja rumah seperti Bahasa Cina, Sains dan Matematik memang dalam bahasa Mandarin sepenuhnya.

Effort aku nak mengajar anak memang ada, tapi aku tak happy bila aku mengajar, anak pula sibuk bermain dengan benda lain. So in my mind, macam mana dorang nak faham kalau tak tumpu perhatian.

Benda ni buat aku marah. 

Terus boleh bertukar jadi momnosaurus (dinosaur).

Sepatutnya, aku kena apply teknik Gentle Parenting.

Tak perlu marah.

Aku boleh saja bagi anak aku take 5 kejap untuk dorang relax , lepas tu pay attention dengan apa yang aku ajar dan siapkan kerja rumah secepat mungkin.

Aku boleh saja cakap dekat anak anak:

  • "Siapkan kerja rumah cepat, jangan bermain. Lepas ni mommy kena siapkan makan malam pula. Kesianlah dekat mommy. Banyak lagi kerja lain mommy kena siapkan."

atau 

  • "Kalau siap kerja rumah awal, kamu bolehlah makan awal. Lepas tu boleh sambung main toys. Kalau lambat makan, no toys tau."

Lepas ni, aku nak try belajar buat ayat gentle parenting, kena practice dan kena apply. 

Mungkin akan ambil masa untuk anak-anak faham apa yang aku cuba sampaikan, tapi aku harap sangat ianya membantu aku untuk menghilangkan rasa angry mama tu.


Teknik bertenang 60 saat

Satu lagi yang aku nak try buat ialah teknik bertenang 60 saat.

Korang pernah try teknik ni?

Kalau dalam mana-mana situasi yang buat emosi terganggu sampai rasa mahu marah, cuba kira 1 hingga 60, sambil tarik dan hembus nafas.

Dalam masa yang sama, cuba fikir sama ada kamu mahu teruskan marah atau cari jalan untuk settle down perasaan marah tersebut.

Siap sahaja kiraan 60 , kalau masih mahu marah , sila ketap mulut ketat-ketat.

Why?

Saying things out loud sewaktu marah mungkin akan membuat emosi tercalar.

Kes aku marah tanpa fikir, terus tercakap "teruk betul bah xxxx (sebut nama anak) ni, matematik simple macam ni pun tidak tahu jawab." ....

Benda macam ni yang aku mahu mengelak. Jadi aku akan cuba untuk buat teknik bertenang 60 saat ni.

Sebab lain yang mungkin buat kita marah, antaranya ialah:-

  • lapar
  • penat
  • burnt out settlekan semua kerja rumah yang banyak sendirian
  • dengar bunyi yang kuat (jiran sebelah pasang muzik syok sendiri dia lupa yang kita sakit telinga dengar bunyi kuat sangat)
  • sebab-sebab lain yang korang boleh list-kan sendiri apa yang buat korang marah
  • rasa tertanggu bila anak-anak kacau kita tengah buat kerja / menghadap phone

Cuba identify perkara yang buat korang marah lepas tu cuba pula find solution dengan setiap permasalahan tersebut.

Kalau tengah penat, anak-anak pula bergaduh, memang boleh melenting jiwa raga.

Lepas ni mungkin aku nak cuba untuk biarkan dorang bergaduh selagi tidak mencederakan sesiapa, dan aku just keep on taking my 5 minutes nap.

Atau, aku pisahkan dorang supaya berhenti bergaduh, dan bolehlah aku rehat take 5 dengan aman damai.



Rancang Masa Kerja Dengan Baik

Sebagai seorang mak, lagi-lagi surirumah, kita mesti sedia maklum dengan jadual harian anak-anak dan jadual harian kita sendiri seperti bila masa nak masak, nak kemas rumah, nak urus anak-anak pergi sekolah, nak cuci kain, dan sebagainya kan.

Jadi, penting juga untuk kita rancang masa kerja dengan baik, so that kita ada masa untuk curi-curi berehat in between nak tunggu buat kerja lain.

Jangan asyik layan handphone.

Untuk part rancang masa ni, so far jarang sangat aku terbabas dengan time management aku. Memang aku seorang yang cuba ikut masa kerja dengan sebaiknya.

 

Mama Juga Kena Self-Care

Ya, self-care ni memang ada masa tak sempatlah nak buat.

Busy sangat ingat nak siapkan kerja-kerja rumah kan, sampaikan diri sendiri tidak diurus dengan baik.

Ini juga penyebab kenapa aku boleh marah kot.

Bayangkan kau baru habis makan, tak menyempat nak basuh tangan, anak dah meragam.

Baru siap mandi, tak menyempat nak pakai skincare, anak dah cakap LAPAR.

Baru nak sikat rambut, anak dah nak minta bancuh susu botol.

Hish.

Atau tak ada me-time langsung , 365 hari memang life ni berputar untuk ahli keluarga saja.

Stop.

Mama, please make your own me-time.

Please do self-care tau.

Now aku belajar untuk compromise dengan anak-anak.

"Kalau mommy makan, please wait sampai mommy habis makan baru mommy buatkan susu / bancuh minuman korang".

Dan aku siapkan makanan lain in case anak-anak lapar dan aku tak sempat masak, dorang boleh kudap-kudap dulu dengan makanan ringan yang aku sediakan.

Dan untuk Nami, masa menyusu dia aku dah boleh expect bila, so aku siapkan susu botol awal-awal, Kalau time aku mandi atau tengah memasak, dia tak perlu tunggu lama untuk dapatkan susu, memang dah buat siap-siap tadi.

So, tak da lah aku nak struggle stress soran sorang berdepan dengan problem kecik kat rumah kan. 

Dulu aku struggle juga hal-hal macam ni, tapi since aku belajar gentle parenting ni, aku dah boleh cope a bit overcome stress seperti ini.

Baca Juga : Tips 10 Cara Jimat Masa Lipat Baju 


Fikir Benda Positif, Bercakap Hal Yang Positif, Buat Perkara Positif

Ini pun nampak macam mudah kan, tapi bukan senang sangat nak buat.

Time kau tak marah, memang senang nak fikir yang positif semua.

Tapi time emosi kau letih, dan buat kau marah, semua pun jadi negatif!

Jadi, aku try sebaiknya untuk tahan diri dari cakap benda merapu bila aku sedang marah.

Bila aku marah, aku try teknik 60 saat.

Lepas tu, aku tanya diri aku sama ada aku still marah atau tidak.

Kalau aku still marah, aku akan run away sekejap dari anak-anak.

Kalau aku rasa aku ok, aku bagitau diri sendiri 

"Hal kecil, tiada apa yang perlu dimarahkan"

ataupun 

"Maafkan saja anak-anak. They are still kids." , etc.


Aku dalam proses berusaha untuk Not To Be An Angry Mama.

Aku harap sharing aku ni sedikit sebanyak membantu ibu-ibu lain untuk menjadi ibu yang lebih baik dari hari sebelumnya.

Aku rasa tak perlu ada rasa malu untuk share masalah parenting kita. 

Cumanya, kena tengok cara juga nak share bagaimana.

Kalau aku, lebih rasa selesa share di blog.

Ada yang baca, so maybe yang same boat macam aku, bolehlah saling bertukar pendapat, saling support each other, bagi kata-kata semangat.

Perjalanan motherhood kita ni semua berbeza-beza. 

Hope korang tak kecam aku yang seorang Angry Mama (dan yes I am a strict momma too).

Wish me all the best in my creating my motherhood journey to be more meaningful and beautiful.

And I pray to all of you, to be always in good state of health.

Take care.

cheers.

Post a Comment

9 Comments

  1. may be boleh jadi angry mama sesekali tengok pada kesalahan anak-anak masa tu. If simple atau hal yang kecik je, may be mama boleh praktikkan 60 second rest tu. betul, sometime mama pun perlu kan me time jugak. bila minda kita letih, badan pun letih tu yang sebabkan kita cepat marah bila anak-anak buat hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah semoga sentiasa mampu ingatkan diri sendiri untuk elak marajh dan guna teknik 60saat tu.

      Delete
  2. Marah2 tu tak elok sebenarnya.. ni sifat negatif. Tak baik untuk kesihatan diri dan hubungan dalam keluarga. Tapi bagus lah dah amalkan gentle parenting dan teknik 60saat. Dengan cara ini boleh kawal rasa marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'll try my best untuk kawal rasa marah yang pandai dtg tetiba. adeh.

      Delete
  3. good tips Mrs Pip tapi bukan semua orang mampu hehee...tapi harus belajar untuk mampu tangani not to be an angry mama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I am trying Umi, memang rasa susah nak kawal rasa marah ni, tapi I'll try my best. Mood marah ni dtg tak menentu. Doakan saya jadi mama yang baik ya Umi.

      Delete
  4. sayalah yang selalu hijau itu..adudududu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita mampu jadi mama yang cool. Amiin.

      Delete
  5. ada masa memang mood marah pandai datang ..
    adeh.
    semoga boleh abaikan mood marah ni.
    lepas dah marah, mesti kak pip akan rasa bersalah dan akan nangis sorang2 ...

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.