Ini Sebabnya Kenapa Mesti Pasang Gigi Palsu Selepas Cabut Gigi Geraham

Kenapa Mesti Pasang Gigi Palsu Selepas Cabut Gigi Geraham? Ini Sebabnya ... hi there, ini cerita follow up selepas aku cabut dua gigi geraham bulan Disember 2019. 

Memang sakit gigi ni tak boleh bawa bincang. Sekali gigi tu sakit, memang rasa semua tak kena. Rasa nak mengamuk pun ada. Adeh.

Tahun lepas aku punya tahap sakit gigi tu memang teruk. Siap nangis guling guling lagi. Dah lah sakit tak kenal waktu. Sakit time tengah malam pula tu.

Jadi aku ambil keputusan cabut saja gigi yang sakit tu. Gigi geraham kecil dan gigi geraham besar yang duduk sebelah menyebelah.

Pada mulanya aku nak buat rawatan akar untuk gigi geraham kecil, tapi it takes time nak buat dan keadaan gigi aku tak begitu elok nak buat rawatan akar, so end up aku cabut saja.

Yang gigi geraham besar tu pula, aku pun nak buat rawatan akar (root canal treatment) tetapi memandangkan aku kena pergi KK untuk buat, kena cari klinik mana yang boleh buat, jadi aku rasa macam leceh pula.

Dahlah gigi aku sakit, kalau aku nak tunggu semua tu then tiba-tiba sakit gigi datang menyerang kembali, memang parah lah menanggung sakit gigi.

Dan untuk root canal treatment gigi geraham besar, ada 3 kali rawatan untuk completekan satu gigi punya treatment, dan jumlah harga pula sekitar RM1000.00 untuk satu gigi sahaja (ini apa yang dentist di Beaufort tempat aku minta advice tu bagitau)

Dentist yang di Beaufort tu tak buat root canal treatment untuk gigi geraham besar. Dan aku pula rasa macam leceh nak turun naik KK-Membakut untuk buat treatment. 

Lagi-lagi kena angkut tiga orang anak sekali setiap kali aku nak pergi treatment kan, so cabut sajalah gigi ni. Senang cerita.

pasang gigi palsu murah papar

Rasa Pipi Macam Senget Sebelah (Jatuh) Selepas Cabut Gigi

Aku tak tahulah kalau korang ada pengalaman Rasa Pipi Macam Senget Sebelah (Jatuh) Selepas Cabut Gigi , atau korang punya muka kekal balance kiri kanan seperti biasa.

Macam kes aku, selepas beberapa bulan aku cabut gigi, aku perasan muka aku sebelah tu nampak nipis sikit, dan paling ketara aku rasa muka aku macam sebelah tu jatuh sikit.

Setiap kali aku senyum, aku nampak muka aku macam tak best (tak cantik obviously aku rasa). Terus ada perasaan insecure. 

Walaupun aku ni surirumah, tak jumpa orang selalu, tetapi bagi aku penting untuk kita rasa cantik untuk diri sendiri. Penting untuk rasa confident untuk diri sendiri.

Ini cara aku appreciate diri aku. Aku tak pernah nak rasa cantik untuk orang lain. Cukup untuk diri aku sendiri. Dan ini juga buat aku sedikit unhappy dan it leads to stress sebenarnya.

Selain tu, aku ada masalah nak kunyah makanan kerana perlu bergantung guna gigi geraham di sebelah kanan pula. 

Yang aku cabut tu dua-dua gigi geraham atas sebelah kiri. So gigi sebelah kiri aku ni macam jarang pula aku guna since dah fungsi untuk mengunyah tu tak ada.

End up aku fikir elok aku pasang gigi palsu. 

Maybe effect muka macam senget sebelah kiri tu pasal aku dah tak mengunyah guna gigi sebelah kiri kan.

Aku pun tak pasti sebenarnya.

Dan selain tu, sebab aku nak pasang gigi palsu juga ialah kerana susahlah juga nak makan harap gigi sebelah kanan sahaja. 

Macam bagi extra beban pula bila sebelah kanan sahaja yang terpaksa buat kerja kan.


Buat Temujanji Pemeriksaan Gigi : Scaling,  Pasang Gigi Palsu dan Tampal

Bulan September tahun ni, aku bagitau kat mr.Husband yang aku nak pasang gigi palsu. 

Tapi sebelum tu aku nak scaling dulu since aku dah agak lama tak scaling gigi.

Jadi mr.Husband suggest untuk buat di Klinik Pegigian Eris yang terletak di Pekan Papar (dekat dengan pejabat JNT).

Since mr.Husband hari tu tampal gigi awal tahun ni kat klinik tu secara kebetulan, dan doktor gigi tu so far yang terbaik mr.Husband pernah jumpa, jadi mr.Husband bilang lepas ni kalau mau buat rawatan gigi, buat saja di Klinik Dr. Eris ni.

Jadi waktu aku buat appointment, jadual doktor tu memang penuh, aku kena waiting list mulanya.

Tapi aku try juga pujuk minta nurse kat klinik tu untuk dapatkan aku waktu temujanji secepat mungkin dan kalau ada yang gap 20 - 30 minutes in between pun jadilah.


4/9/2020 Scaling Gigi + Sukat Gigi Palsu

May be rezeki aku la kot, bila nurse tu call balik dan bagi tau ada yang cancel appointment so aku dapat lah slot temujanji awal. 

Kalau tak kena tunggu lagi few weeks!

Aku dah bagitau aku nak scaling gigi dulu, then baru buat gigi palsu.

Kos untuk scaling gigi kena bayar RM90.00. 

Kalau korang nak harga murah, buat scaling kat klinik pergigian awam. 

Servis pergigian kat klinik awam pun ok, cuma korang kena tunggu lama sikit kerana biasanya klinik gigi awam memang penuh kan.

Ada satu gigi aku sakit bila kena scaling. Doktor Eris bagitau gigi tu ada lubang dan kena buka tampalan lama dan tampal yang baru.

Next appointment lah aku buat.

Lepas scaling, doktor ukur bahagian gigi untuk buat gigi palsu. Prosedur tak lama sangat pun.

Tapi kena datang balik untuk fitting gigi palsu.


15/9/2020 : Try in Gigi Palsu

Once done dengan ukur gigi palsu, next two weeks aku datang pula untuk fitting gigi palsu.

Time ni tak boleh ambil lagi gigi palsu tu. 

Belum siap sepenuhnya. Just nak fitting untuk tengok mould gigi tu ok ke tak.


2/10/2020 Gigi Palsu Siap Untuk Diambil

Next two weeks aku datang lagi untuk ambil gigi palsu.

Nasib baik dapat slot 2 haribulan, kalau tak kena tunggu lama lagi kan.

3 haribulan dah start kawalan rentas daerah di Sabah gara-gara statistik COVID-19 meningkat semula.

Dan tempat aku tinggal bersebelahan daerah dengan Papar.

Allah permudahkan semuanya untuk aku.

So, time aku datang ambil gigi palsu ni, aku tampal sekali gigi yang berlubang sakit time scaling tempoh hari.

Dan seriuslah lama tak tampal gigi kan. Boleh tahan juga bila gigi kena drill!

Tapi demi nak jaga gigi, terpaksalah tahan juga kena drill sampai kau rasa nak nangis tahan sakit.

Untuk tampal gigi geraham ni pula, aku bayar RM90.00


Time pasang gigi palsu ni, doktor akan fitting dulu.

Dia akan try pasang gigi palsu tu, fit ke tak, atau kena buat adjutsment.

Macam kes aku, doktor buat adjustment sikit coz bila dia bagi fitting, rasa ketat sangat tak selesa.

Lepas dia buat adjustment, dah ajar pasang dan buka gigi tu dan cara nak jaga gigi palsu agar gigi palsu tahan lama.

Untuk kos gigi palsu yang aku buat, harga semua ialah RM220.00 (sukat RM30.00, Deposit RM170.00, final payment RM20.00).


Ini Sebabnya Kenapa Mesti Pasang Gigi Palsu Selepas Cabut Gigi Geraham


Waktu aku dah siap fitting tu, nurse datang bagi penerangan sekali lagi bagitau macam mana nak pasang dan buka gigi palsu, dan juga macam mana nak jaga gigi palsu agar tahan lama.

Time ni doktor Eris dah ke bilik lain nak attend pesakit lain pula.

Nurse tu explain lah, elok juga aku pasang gigi palsu ni kerana kalau kalau gigi geraham sudah tiada (macam kes aku sebelah kiri), dan tak boleh mengunyah, jadi kita akan bergantung kat sebelah gigi lagi kan (sebelah kanan), jadi akan ada effect kat muka kita bila gigi geraham dicabut


  • Sebelah muka akan besar sikit, kerana otot muka terpaksa bekerja keras untuk mengunyah.
  • Sebelah muka akan leper sikit dan nampak macam jatuh pasal otot muka tu macam dah tak digunakan sangat.
  • Gigi akan bergerak (berjarak) di antara satu sama lain , so jangan hairan kalau tiba-tiba rasa macam gigi jongang atau ada gap jauh di antara satu sama yang lain


So, betullah apa yang aku rasa selama ni , muka aku macam nampak tak balance.


pasang gigi palsu murah papar


Cara Penjagaan Gigi Palsu

Dan nurse tu advice, pakai gigi palsu ni seperti biasa selepas bangun tidur.

Dan jangan sesekali bawa gigi palsu tidur.

Bersihkan gigi palsu setiap kali lepas penggunaan, berus seperti kita berus gigi kita macam biasa, letaklah ubat gigi.

Selepas makan, bersihkan gigi palsu dengan air.

Lepas tu kalau tak nak guna, rendam dalam air bersih dan tutup botol / bekas kita simpan gigi palsu ni.

Gigi palsu biasanya boleh tahan sehingga 5 tahun kalau di jaga dengan betul.


Kos Rawatan Gigi Bukan Murah, Jadi Silalah Jaga Gigi Anda Sebaiknya

Jadi , korang semua yang gigi masih cantik tu, silalah jaga gigi dengan elok.

Buatlah pemeriksaan gigi di klinik gigi setahun sekali atau dua kali.

Jangan bila dah sakit baru terhegeh-hegeh nak pergi klinik gigi.

Dan I tell you, kos rawatan gigi bukan murah ya.

Kalau pergi klinik awam, yes boleh dapat harga murah setakat nak bayar seringgit dua kan.

Tapi kalau pergi klinik swasta, memang agak costly.

Nak tampal sahaja dan cecah RM90.00,

Gigi palsu geraham 2 batang sahaja dah cecah RM220.00

Ni gigi palsu biasa tau, kalau flexible denture lagi mahal! 

Kalau korang nak pasang Flexible Denture, harganya lagi mahal sekitar RM550.00 untuk gigi geraham 2 batang macam dalam kes aku.

Nak buat rawatan akar gigi boleh cecah ribu ringgit!

Banyak lagi treatment gigi lain yang seperti bridge atau crown kalau tak nak buat gigi palsu, tapi harga mahal, ikut kemampuan korang lah.

Macam aku tak mampu nak buat yang mahal-mahal, so alhamdulillah dapat buat gigi palsu pun aku dah happy.

Now aku makan pun dah rasa selesa, boleh mengunyah dua belah kiri kanan.

Muka aku pun dah rasa macam tak jatuh sebelah.

So I am happy now.


Thanks for reading.

Semoga bermanfaat.

cheers.


Republished.

1st published on 20.11.2020

Post a Comment

13 Comments

  1. huhu kena jaga gigi.. apa lagi yang masi muda nie kan... dulu sy scaling gigi makan duit RM150 juga buat scalling di klinik swasta .. tp puas hatilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scaling Ni harga mmg berbeza-beza, depends dengan kerak gigi.
      Kalau tebal sangat, harga pun Mahal sikit kena charge.
      Depends Juga dgn klinik tu letak harga mcm Mana, tapi biasanya klinik pergigian mmg ada standard harga dari KKM kalau x silap kan.

      Delete
  2. Maybe juga sebab gigi dah rompangkan.
    Memang kena jaga Gigi Ni elok2 ...jgn jd mcm Mrs pip ...

    ReplyDelete
  3. Tq atas perkongsian. Susah betul bila most clinic x tulis harga rawatan dkt website or FB page. Tertanya2 juga berapa kena prepare.

    Sy pernah emergency treatment root canal sbb itu je yg doc suggest. Terkejut dnga rm1200 utk 3 kali appointment. End up sy pergi 1x je, sbb gigi dh xsakit. Tp buruk la gigi sbb patah separuh 😂.

    Tq for cerita yg informative.

    ReplyDelete
  4. haaa betul sgt. kalau takde gigi mmg akan cepat nampak tua juga. sebab tu ada tulis entri ni https://modernmumthingy.com/10-tips-nampak-muda/ ada sentuh pasal bab gigi

    ReplyDelete
  5. Hujung bulan 3 arwah mama cabut 5 batang geraham sebab nak mulakan procedure kemoterapi..
    Dah pergi ke IKN untuk buat acuan port gigi semua..

    Tapi Allah lebih menyayangi Mama.. 26/7/21 mama dijemput Allah akibat covid.

    ReplyDelete
  6. Bp umur pip ms cabut gigi..gigi geraham bawah ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur 40 tahun sis ...
      Jaga gigi eleok2, once dah cabut, takkan sama walaupun pakai gigi palsu.

      Delete
  7. Saya jumpa artikel ni lepas dah cabut 1 gigi geraham besar. Yes memang sangat2 tak selesa bila tinggal gusi je area kita selalu kunyah. Pedih je gusi tu. Baru 3 hari lepas kena cabut. Masih belum dapat move on. Now kena fikir nak buat gigi palsu pula kan. Baru tahu akan effect muka. So, kena relax dulu la kot, makan bubur saja.

    ReplyDelete
  8. doktor swasta mmg akan suggest pasang gigi palsu bila gigi gerham dicabut..agak mahal klu buat rwatn akar, ari tu mngndung eshal sakit gigi merebak kesemua gg, bila dah bsalin bru p cabut...skg mcm mau p buat gg palsu sbb gg gerham da xda hihih..gud sharing kak pip

    ReplyDelete
  9. Salam sy baru lepas cabut gigi geraham atas gigi geraham bawah pun dah xda mmg betul saya sendiri merasakan kao kita dah xde gigi muka mmg akan kendur dan jatuh semua dan nampak sgt tua dari umur sebenar .. saya pun tgh bercadang nk buat gigi palsu atas dan bawah .. jadi jagala gigi anda jika masih ok harga utk penjagaan dan rawatan gigi mmg sangat mahal kalau kita ke swasta nak ke kerajaan mmg waiting list tu lama sgt.. sama2 kita jaga gigi kita

    ReplyDelete
  10. kinah pun perasan lepas cabut geraham bongsu, gigi geraham sebelah tu macam senget dan bila makan ayam atau daging selalu tersangkut, kemudian muka pun rasa kendur sebelah

    ReplyDelete
  11. Sy jumpa blog ni sbb google pengalaman pakai gigi palsu ..gigi sy geraham sebelah kanan , atas bawah dah tak ada( baru cabut 27hb Jun 2023) sebelah kiri , atas penuh , bawah pulak dah tak ada

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.