Review Korean Movie Penny Pinchers. hi there, ada sesiapa yang peminat Song Joong Ki? Boleh layan movie Penny Pinchers, gandingan bersama Han Ye Seul. Aku layan movie ni di VIU apps.
Kebetulan nampak movie ni baru di upload di VIU, ingatkan movie terbari Song Joong Ki, lepas aku dah habis siap tengok movie ni, then baru aku Google pasal movie ni, oooo ni movie release Nov 2011.
Kira movie lama la kan. No wonder aku pelik phone yang dorang guna dalam movie penny pinchers ni very the old model! kah.
Sebelum aku review movie ni, jomlah kita tengok senarai pelakon. Movie ni tak ramai pelakon pun, tu pun watak lain keluar sekejap sekejap saja. Memang fokus untuk watak utama Song Joong Ki dan Han Ye Seul saja.
Senarai Pelakon Korean Movie Penny Pinchers
Han Ye-seul as Gu Hong-silSong Joong-ki as Chun Ji-woong
Shin So-yul as Ha Kyung-joo
Lee Sang-yeob as Yang Gwan-woo
Lee Jae-won as Tae-woo
Lee Yong-joo as Chang-geun
Kim Dong-hyun as Hong-sil's father
Moon Se-yoon as Sysop
Jalan Cerita Korean Movie Penny Pinchers
Ji Woong ni dia jenis ikut saja cakap si Hong Sil. Tapi dia tak tahu niat si Hong Sil ni apa sebenarnya. Sebenarnya Hong Sil ni nak capai impian dia untuk ada saving sebanyak 200K dollar, tapi dalam kes dia, untuk simpan duit sebanyak tu, dia kena pakai 'borrower name'.
Jadi, dia perlukan details si Ji Woong ni untuk dia daftarkan akaun untuk Ji Woong dekat syarikat dia invest duit dia.
Dan dalam masa yang sama, Hong Sil ajar Ji Woong semua cara untuk dapatkan duit, dan dalam beberapa hari saja Ji Woong click dengan Hong Sil ni, dia dapat duit few hundred dollars. Dan setiap kali dia dapat duit, mesti si Hong Sil ni suruh Ji Woong pi simpan duit dalam bank.
Gambar di atas: persahabatan Ji Woong dan Hong Sil, dorang saling berkongsi cerita
Dah hari-hari bersama cari duit, dorang pun develop a kind of friendship relationship. Sedikit sebanyak Ji Woong tahu pasal past life si Hong Sil.
Bapa Hong Sil ni kaki judi, mak dia dah passed away dan dia tabur abu mak dia kat sebatang pokok. Dan setiap kali dia ada masalah, dia akan lawat pokok tu dan meluahkan perasaan dia.
Dipendekkan cerita, satu hari tu kawasan pokok tu akan dibangunkan untuk resort dan pokok kesayangan Hong Sil tu akan dipindahkan.
Dan sebelum tu pula, syarikat tempat Hong Sil save duit dia tu didapati scam orang, dan lesap semua duit si Hong Sil tu. Duit yang dia masukkan guna nama Ji Woong tu dia dah keluarkan sebelum tu dan tinggal sedikit duit yang dia tinggalkan untuk Ji Woong sebagai tanda terima kasih pinjamkan nama untuk buka akaun (tanpa pengetahuan Ji Woong)
Dan Ji Woong pun dah tahu pasal duit pampasan yang Hong Sil ambil bagi pihak dia. Mengamuk si Ji Woong ni. Tapi bila dia tahu yang duit Hong Sil semua lesap oleh syarikat investment tu, timbul pula rasa kesian dekat Hong Sil.
Dan lagi kesian bila dia tahu yang pokok kesayangan Hong Sil tu akan dipindahkan. Tapi macam mana nak tolong Hong Sil untuk dapatkan pokok tu balik?
Dan Hong Sil pun dah pindah ke bangunan lain memandangkan tempat dia tinggal tu akan dibangunakan. Depan tempat dia tinggal tu dia buat tanda nak tanam pokok mak dia tu, tapi duit dia semua dah hilang. Memang down gila Hong Sil time ni sampai nak bunuh diri terjun sungai.
Dalam Movie ni kan, walaupun si Song Joong Ki tu budak jobless, tapi aku perasan lah, pakaian dia semua kemas, tak da yang selebet selebet.
Gambar atas: Ni cara Hong Sil nak jimat duit, dia ajak Ji Woong jalan kaki balik rumah.
Korang rasa dapat tak Ji Woong Tolong Hong Sil beli pokok kesayangan dia tu?
Ji Woong kejar kontraktor yang alihkan pokok tu. Dia siap deal dengan kontraktor tu untuk bawa duit beli pokok tu sebelum kontraktor tu tanam pokok tu tempat lain.
Kontraktor tu bagitau kena bayar sebelum jam 9malam, kalau tak dorang terpaksa tanam pokok tu kat tempat yang disediakan.
Ji Woong keluarkan semua duit yang Hong Sil save untuk dia sebelum ni, kemudian dia jual semua barang yang dia ada untuk cukupkan duit dia termasuk jual scooter kesayangan dia tu.
Berjaya juga dia beli pokok tu walaupun last minute. Dan Ji Woong Siap tanam pokok tu kat tempat yang Hong Sil dah tanda siap siap depan rooftop baru dia.
Bila esoknya Ji Woong datang jumpa Hong Sil, dan bagitau dia dah belanjakan semua duit yang Hong Sil bagi dia untuk simpan selama ni, Hong Sil mulanya rasa macam nak marah tapi bila dia nampak pokok mak dia tertanam di depan rooftop tu, happylah Hong Sil.
Gambar atas: Pokok kesayangan si Hong Sil yang berjaya dibeli oleh Ji Woong dari pemaju pembinaan.
Dan Ji Woong siap cakap dekat Hong Sil, dia akan tolong Hong Sil kumpul semula duit yang dah lesap tu. Kalau Hong Sil boleh kumpul duit tu dalam masa 5 tahun seorang diri, dia yakin kalau dia tolong Hong Sil, dorang berdua boleh kumpul duit sebanyak tu dalam masa 3 tahun, atau 2 tahun katanya.
Gambar di atas: Ji Woong lakonan Song Joong Ki (bawa scooter pun nampak gojes)
So the end.
And yes, dorang bercinta akhirnya. Happy ending.
Yang Menarik Tentang Korean Movie Money Pinchers
Dalam movie ni, hubungan antara Hong Sil dan Ji Woong memang tiada adegan percintaan antara dorang berdua sehingga ke ending movie ni baru dorang bercinta.
- 1. Belajar berjmat - cermat
Jadi, fokus movie ni memang cerita Hong Sil kaki gila cari duit, dan Ji Woong yang banyak belajar dari Hong Sil macam mana nak buat duit.
So dalam masa yang sama, aku pun terbelajar sama hal-hal jimat cermat. Cumanya , kenalah tahu jimat cermat dan kedekut tu berbeza. Aku tak rasa si Hong Sil ni kedekut, tapi memang dia jenis beli hanya untuk keperluan.
Selagi boleh jimat, dia akan jimat kaw kaw duit dia.
- 2. Nak simpan / melabur duit, pilihlah tempat invest yang sah
Selain tu, kalau nak buat savings atau investment, pilihlah syarikat yang betul dan memang syarikat pelaburan yang sah.
Jangan terlalu taksub nak savings dan dapat pulangan simpanan yang tinggi.
Janganlah menipu dan mempergunakan orang untuk dapat apa yang kita nak.
Dalam movie penny pinchers ni, nasib baiklah si Ji Woong ni berhati perut. Sanggup tolong Hong Sil walaupun Hong Sil dah mempergunakan dia.
- 3. Kena faham erti setia kawan.
Macam dalam movie ni, walaupun Hong Sil dah buat salah, Ji Woong yang pada mulanya memang marah , tetapi dia sedar Hong Sil yang banyak bantu dia selama dia susah. Hong Sil yang ajar dia macam mana nak cari duit dan jimat duit.
Life is suck tanpa duit, tapi lagi suck kalau kita tiada kawan susah senang kan.
Macam si Ji Woong ni, dia ada beberapa kawan lain, tapi bila dia susah tiada siapa yang nak tolong dia kecuali si Hong Sil ni.
- 4. Jangan mudah percaya dengan orang yang tiba-tiba baik dengan kita
Kah. Aku memng jenis cepat sangat suspicious kalau orang tu tetiba baik dengan aku.
Mesti aku cuba cari sebab kenapa dia baik dengan aku ni.
Eh, korang ada perasaan macam aku kah?
Mungkin pasal aku pernah lalui keadaan yang orang tetiba baik dengan aku, then end up aku dapat tahu manusia tu lah penyebar fitnah ... woha! sakit hati tau.
- 5. Nak cari duit? Buatlah apa kerja sekalipun, asalkan ianya halal lagi baik.
Aku percaya kalau kita cari rezeki, kenalah cari rezeki yang halal lagi baik.
Kaya kepok-kepok tapi duit haram, tak takut balasan di hari akhirat?
Lagipun hati kita akan lebih tenang dan senang kalau rezeki kita datang dari sumber yang halal kan.
Macam kes si Hong Sil ni lah, tak patut dia guna nama bapa dia untuk dapatkan duit pampasan perpindahan tu kan.
Tengok apa jadi? end up si Ji Woong juga yang tolong dia bila dia susah.
Happy watching.
Worth to watch walaupun korean movie Penny Pinchers ni merupakan filem tahun 2011.
cheers.
11 Comments
Hero Korean dress up kemas2 je.
ReplyDeletekan , jarang betul selekeh selebet dorang ni.
Deletemenarik jugak cite ni...kot terrajin nanti umi boleh tonton hehe
ReplyDeletetengoklah umi, untuk happy2 ... cerita santai2 ...
DeleteAisemen....baru ja BW rmh Zumal tadi, dia pun review drama ni jg. Mesti best betul kan... ;)
ReplyDeletecerita santai2 , bolehlah layan.
Deletelagipun part2 cinta tak byk, so oklah.
kalau byk scene cinta2 ni, alahai malas lah nak layan sangat.
OK. Nak add dalam wishlist. :)
ReplyDeletehappy watching.
Deleteehee tak ingatla da penah tengok ke x citer ni.. nampak storyline menarik tapi kurang minat Joongki jadi kalo masuk list pun lewat2 sikitlah hehe..
ReplyDeletehaha, saya ni kalau joong ki biasa2 saja. tapi tengok jalan cerita macam ok boleh layan, tu yang layan tengok cerita ni. nak juga tahu macam mana nak jadi money pincher ni, ekekeke. tapi macam tak mampu nak tiru pula untuk jadi seorang very the money pincher. adeh.
Deletekalau movie korea ni, tak suka yg cinta2...
ReplyDeletekalau cinta2 , layan drama dorang best.
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.