Review Cheat On Me If You Can Korean Drama (Starring Jo Yeo Jung And Go Joon)

Review Cheat On Me  If You Can Korean Drama || hi there. Fuh kalau korang layan drama ni, mesti hati korang dup dap dup dap tengok watak perempuan yang jadi isteri kepada peguam tu , si Kang Yeo Joo. Dia punya scary tu, fuh macam boleh kena heart attack tau.

Tapi, si suami tu pula, Han Woo Sung, acah-acah suami idaman Korea Selatan kononnya, punyalah hebat berlakon di depan isteri dia kan seperti dialah suami yang paling baik di dalam dunia ni, padahal dia punya curang kat si isteri tu melampau sangat sampaikan aku rasa macam mau tikam saja suami dia tu.



Korean Drama Cheat On Me  If You Can (Starring Jo Yeo Jung And Go Joon)

Barisan Pelakon Cheat On Me if You Can

Title: 바람피면 죽는다 / Cheat on Me, If You Can
Also known as: If You Cheat, You Die / You Cheat, You Die / You’re Dead if You Cheat/ If I Cheat, I Die
Genre: Romance, Comedy, Thriller
Episodes: 16 (To Be Confirmed)
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2020-Dec-02 to 2021-Jan-28
Air time: Wednesday & Thursday 21:30 (2 episodes back-to-back)

Barisan Pelakon Cheat On Me if You Can

Main Cast


Jo Yeo Jung as Kang Yeo Joo
Go Joon as Ha Woo Sung
Yeon Woo as Mi Rae
Kim Young Dae as Cha Soo Ho

Supporting Cast


Kim Ye Won as Ah Se Jin
Lee Shi Un as Jang Seung Chul
Oh Min Suk as Ma Dong Kyu
Song Ok Sook as Yum Jin Ok
Jung Sang Hoon as Son Jin Ho
Bae Noo Ri as Uhm Ji Eun
Han Soo Yun as Park Hye Kyung
Na Young Hee as Ha Woo Sung’s mother
Hong Soo Hyun
Lee Se Na
Kim Jung Pal
Kim Do Hyun
Yoo Joon Hong

Production Credits


Production Company: AStory
Director: Kim Hyung Suk
Screenwriter: Lee Sung Min

Jalan Cerita Cheat On Me If You Can

Kang Yeo Joo seorang penulis buku yang terkenal dan setiap kali dia berjaya hasilkan karya terbaru, mesti akan jadi best-selling ! Dia menulis hanya cerita jenayah seram yang melibatkan pembunuhan kejam. 

Dalam setiap novel dia, sangat jelas cara dia perincikan bagaimana untuk membunuh seseorang. Dia memang akan buat research mendalam hal-hal berkaitan dengan jenayah pembunuhan.

Dan Yeo Joo ni ada satu kelebihan lain iaitu, dia boleh menghidu bau dengan sangat baik. Siapa boleh teka lagi tu bau apa, produk mahal atau murah ... Fuh, ni spesis apa pula ni boleh hidu-hidu bau kan ...

Suami kepada Yeo Joo ni, si Woo Sung pula, seorang peguam yang specialize dalam perceraian rumah tangga. Dan dia ni waktu nak pikat wife dia, siap tulis kat wife dia "If I cheat, I die".

Seorang artist ditemui mati di sungai, dan sebelum ni artis ni memang dikatakan hilang dan tanpa khabar berita. Malah pengurus artis tersebut juga lenyap tanpa berita.

Artis tersebut sebenarnya kawan dengan Yeo Joo cumanya hubungan mereka tidaklah sebaik mana, dan artis tu juga menjalin hubungan dengan Woo Sung. Memang cari nahas sangat si Woo Sung ni kan. 

Jadi bila artis tu hilang, Yeo Joo yang dalam proses untuk siapkan novel terbaru, dia terlibat secara tidak langsung untuk menjejaki artis tersebut.

Dan satu lagi, Yeo Joo ni ada pembantu untuk tolong dia research hal hal berkaitan dengan novel terbaru dia, cumanya pembantu dia ni seorang spy tanpa dia ketahui.

Aku kan curious betul mau tahu kenapa dia nak spy life si Yeo Joo. Bukan dia nak spy sangat pun, tapi dia hanya ikut arahan orang atasan dia sahaja.

Si Yeo Joo ni pula, aku macam confuse juga sama ada dia terlibat dengan kematian artis tersebut atau tidak. Aku macam rasa dia tahu suami dia curang, tapi takkanlah Yeo Joo tu sanggup membunuh rakan sendiri (artis tu memang rakan dia pun, cuma hubungan tak baik mana sangat).

Walaupun ada saksi yang nampak Woo Sung keluar masuk apartment artis tu dan nama Woo Sung dah masuk dalam suspect list, tapi dia terselamat sangat pasal semua bukti berjaya dimusnahkan oleh lelaki yang nak Woo Sung terlibat jadi ahli politik. So, nama dia clear daripada suspect list tersebut.

Review Cheat On Me  If You Can Korean Drama (Starring Jo Yeo Jung And Go Joon)



Banyak Plot Twist Dalam Cerita Cheat On Me If You Can

Drama Cheat On Me If You Can , bagi pendapat akulah banyak sangat plot twist, sampaikan kau susah gila nak teka siapa sebenarnya yang bunuh artist tu. Artis perempuan yang mati tu nama dia Baek Soo Jung.

Baek Soo Jung ni ada skandal dengan Woo Sung, dan Baek Soo Jung ni juga memang kenal dengan Yeo Joo dan mereka berdua memang tidak sebulu.

Baek Soo Jung ni tiba-tiba hilang dari radar selepas dia menang award. Manager dia pun sama hilang jejak selepas Soo Jung  tidak berjaya ditemui. 

Mulanya aku ingat manager dia yang bunuh, tapi manager dia larikan diri pasal dia ialah suspek utama padahal dia tak bunuh pun Soo Jung.

Lepas tu mayat Soo Jung ni ditemui di dalam tasik dan memang terkejutlah netizen semua kan. Tapi persoalannya siapa yang bunuh Soo Jung?

Cerita Cheat On Me  If You Can ni, fokus utama cerita ni sebenarnya (bagi pendapat akulah) ialah mencari pembunuh Soo Jung. 

Sebab kematian si Soo Jung ni, jalan cerita drama berkembang. Cuma agak sayang juga bagi aku bilamana aku rasa drama ni tak cukup momentum untuk buat penonton stay awake selama 16 episod tu.

Jalan cerita pada awal episod tu memang best, tapi jalan cerita walaupun berkembang malangnya terasa sangat slow.

Cerita dia ambil masa yang lama untuk kita tahu kenapa Pengarah NIS sibuk nak spy kehidupan Yeo Joo.

Tapi once kau dah tahu kaitan tersebut, maka slowly kau dah boleh teka jalan cerita drama ni seterusnya, tapi tu lah bagi aku lambat sangat nak bagitahu penonton. Kita pun rasa macam alahai slow gila lah drama ni.

Selain Soo Jung, ada satu lagi watak perempuan iaitu Mi Rae , pelajar perempuan yang suka si peguam yang kaki curang ni. 

Watak Mi Rae ni, aku tak berapa nak faham kena dia timbul. Just setakat nak tambah watak dan tambah dan rempah ratus kecurangan si Han Woo Sung.

Mulanya aku ingat Mi Rae ni ada kaitan dengan kematian Soo Jung, tapi seriously watak Mi Rae ni sangat tiada kaitan dengan mana-mana watak sedia ada. Kiranya watak dia ni memang stand alone. Tapi aku tak boleh nak hadam sangat watak Mi Rae.

Dia suka Han Woo Sung, dia flirt dekat Han Woo Sung, dan memang Han Woo Sung ada response tapi tidaklah sampai tahap dia curang. Dan aku confuse yang Mi Rae ni anak jutawan, memang kaya gila-gila, pewaris perniagaan keluarga dia, dan Mi Rae ni dah berkahwin pun! Malangnya suami dia jenis abusive.

Watak suami abusive ni pun, kalau tak ada pun tak apa. Setakat nak panjangkan cerita drama ni dan sekadar nak divert fokus penonton keluar dari terlalu berfikir pembunuh Soo Jung.

Siapa Yang Membunuh Baek Soo Jung?


Perkara yang aku rasa agak keterlaluan dalam cerita Cheat Me If You Can ialah apabila polis / detektif yang ditugaskan untuk menyiasat kes ini gagal untuk mencari pembunuh Soo Jung.

Dan sebaliknya, Yeo Joo yang berjaya membuktikan pembunuh sebenar Soo Jung!

Aku rasa nak ketuk-ketuk detektif berdua tu.

Aku rasa sesiapapun yang follow cerita ni rapat-rapat memang boleh teka pembunuh Soo Jung bila satu persatu clue direvealed. 

Dan penonton dapat jawapan jelas kenapa Baek Soo Jung dibunuh.

Ending Cerita Cheat On Me if You Can


Ending Cerita Cheat On Me if You Can


Pengakhiran ceritanya yang buat kita tertanya-tanya.

Pembantu penulis kepada Yeo Joo iaitu Cha Soo Ho yang juga merupakan spy yang dihantar NIS , memberitahu Yeo Joo yang dia akan berhenti bekerja di NIS dan akan memulakan kehidupan baru dia.

Soo Ho siap tanya Yeo Joo lagi kalau Yeo Joo nak ikut dia mulakan hidup baru. Tapi HELLO, Yeo Joo seorang yang sangat setia dalam perhubungan dan takkan curang dekat Woo Sung.

Tapi tu lah, memang sangat mengecewakan si Woo Sung yang curang banyak kali di belakang Yeo Joo.

Mi Rae (yang bagi pendapat aku watak yang agak useless dalam cerita ini),  akhirnya memohon perceraian dan meminta firma guaman Woo Sung untuk handle kes cerai dia, dan meminta alimony sebanyak 200 juta untuk perceraian tersebut.

Gila tak terkejut beruk si Woo Sung ni bila dapat tahu si Mi Rae ni isteri orang dan sebenarnya Mi Rae ni kaya sangat-sangat.

Selepas Yeo Joo ucapkan selamat tinggal dekat Soo Ho, dia dapat satu panggilan daripada detektif persendirian yang memberitahu Yeo Joo bahawa si Woo Sung ni upah detektif ni untuk bunuh Yeo Joo dan bagitau Yeo Joo yang suaminya berlaku curang.

Dan bila Woo Sung balik rumah, scene Yeo Joo tikam Woo Sung menjadi jalan cerita terakhir untuk drama Cheat On Me if You Can.

Persoalannya, betul atau tidak Woo Sung yang minta detektif persendirian tu bunuh Yeo Joo?

Pendapat aku tentang arahan Woo Sung untuk membunuh Yeo Joo


Bagi akulah, bukan Woo Sung yang arahkan untuk bunuh Yeo Joo, sebaliknya Mi Rae yang berbuat demikian kerana ada satu scene sebelum itu yang menunjukkan Mi Rae berfikir yang dia akan berusaha dapat apa yang dia mahu asalkan dia berusaha.

Dan yang datang ke pejabat detektif persendirian tu bukan Woo Sung, tetapi dua orang lelaki yang bertanya kalau detektif tu boleh bunuh seseorang, dan aku rasa orang yang dimaksudkan ialah Yeo Joo. 

Dan aku berpendapat dua orang lelaki tu dihantar oleh Mi Rae.

Aku tidak rasa Woo Sung nak bunuh isteri dia pasal selama ini (walaupun dia curang banyak kali) kerana memang Woo Sung yang beria-ia berusaha untuk mendapatkan Yeo Joo sehinggalah dia berjaya untuk memujuk Yeo Joo untuk berkahwin dengan dia.

Orang lain yang benci Yeo Joo ialah mak tiri dia, dan memang mak tiri dia click dengan samseng, tapi aku tak rasa mak tiri dia nak bunuh Yeo Joo. Kalau betul dia nak bunuh Yeo Joo, dah lama dia boleh berbuat demikian.

Cerita Korean Drama ni aku tengok online kat VIU. Dn kalau tak silap ni drama Premium, so kena langgan VIU baru boleh tengok ok.

Tapi korang boleh try cari link kat Facebook kalau nak tengok secara percuma, tak pun kena cari kat Telegram kot kotlah ada yang upoload dan share kat tele ok.

cheers.


Post a Comment

1 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.