Berikut dikongsikan maklumat mengenai cara permohonan telefon pintar percuma termasuk syarat kelayakan dan semakan status.
Memohon Telefon Pintar Untuk Golongan B40 Serta Percuma 120GB Data Internet
Sebelum membuat pencalonan murid, sila pastikan murid tersebut adalah dari keluarga B40.1. Anda perlu mendapatkan kebenaran dahulu daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat seperti berikut:-
- Nombor MyKid/MyKid Murid
- Nombor MyKad Ibubapa
- Status menunjukkan mereka dari keluarga B40 di portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
2. Layari Portal BPN Hasil secara online di https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan No. Kad Pengenalan Ibubapa
3. Kemudian, sila klik pada butang 'Semak'
4. Anda perlu mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn
5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan
Kredit Gambar : Twitter YB Nurul Izzah
Langkah-langkah Memohon Telefon Pintar Untuk Golongan B40
1. Sila layari laman web https://appform.prod.frogdev.asia/ untuk membuat permohonan.
Sila masukkan data yang diperlukan.
Sebelum itu, sila layari https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan kad pengenalan anda untuk memeriksa kalau ada adalah penerima Bantuan Prihatin Nasional.
Sila screenshot laman semakan tersebut (contoh di bawah). Selepas itu, sila tekan butang NEXT.
2. Sila Isi Butiran Ibubapa dan Murid
Kemudian muatnaik (upload) bukti status permohonan BPN anda.
Kemudian sila tekan butang NEXT.
3. Sila masukkan butiran tambahan (optional)
Sila tanda RIGHT pada dua kotak kosong kecil di bawah sebelah kiri.
Sila klik butang SUBMIT.
Done! Semoga permohonan anda berjaya, dan semoga memudahkan anak-anak belajar dari rumah (PDPR - Home Based Learning).
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bantuan belajar secara online (Pra-Sekolah, Pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 Sehingga Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 5), bolehlah melayari laman web https://ytlfoundation.org/learnfromhome/
Semoga inisiatif bantuan pemberian telefon pintar percuma dan pembelajaran secara online yang dilakukan YTLFoundation ini bermanfaat untuk semua.
cheers.
3 Comments
Wow menarik nak cuba apply la nanti
ReplyDeleteSemoga bantuan ini akan dapat membantu mereka yang memerlukan..
ReplyDeleteThank you info sis
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.