Setiap tahun, mesti ada berita tentang banjir di negara kita. Malah di tempat aku ni pun, setiap hujung tahun hingga ke awal tahun, pekan lama tak sah kalau tak banjir.
Dan mereka yang tinggal di hulu kawasan tanah rendah (dan memang kawasan tu adalah tadahan hujan) memang akan berdepan dengan masalah banjir. Kesian kat salah seorang kenalan aku yang tinggal di hulu Membakut, rumah dia boleh dikatakan setiap tahun akan dinaiki air.
Bahaya Banjir
Apabila berlaku banjir, sesuatu kawasan yang pada kebiasaannya digunakan sebagai tempat menjalankan aktiviti harian seperti kawasan rumah, jalanraya, kedai, ladang dan sebagainya tidak lagi sesuai diduduki atau kunjungi kerana permukaan pada kawasan tersebut dipenuhi air.Pada satu tahap, paras air yang semakin tinggi akan mendatangkan pelbagai masalah yang melibatkan ketidakselesaan, bahaya serta mengancam keselamatan manusia mahupun hidupan dikawasan tersebut.
Antara kejadian bahaya yang berlaku akibat banjir ialah kehilangan nyawa dan harta benda, hakisan, mendapan tanah, kerosakan infrastruktur, kerugian, penyakit dan sebagainya.
Oleh itu adalah penting kepada kita untuk mengetahui langkah-langkah awal sebagai persediaan untuk menghadapi banjir agar kita selamat dan dapat mengurangkan risiko banjr serta kesusahan yang berlaku.
10 Perkara Yang Perlu Dibuat Dalam Persiapan Menghadapi Banjir
1/ Jaga keselamatan diri sendiri dan keluarga
Sesetengah individu ataupun kanak-kanak tidak mengendahkan keselamatan diri dengan meredah ataupun bermain pada air banjir yang mengundang pelbagai masalah seperti hanyut dibawa arus, terkena benda bahaya atau tajam yang tidak kelihatan dalam air, tersekat, jangkitan penyakit, termasuk ke kawasan paras air dalam dan sebagainya.
2/ Simpan dokumen penting
Dokumen penting seperti pengenalan diri dan sijil-sijil haruslah dikumpul pada satu tempat yang selamat dan mudah dibawa sekiranya perlu untuk meninggalkan rumah.
Atau bungkus / balut sebaik-baiknya dokumen penting korang dan letak di tempat yang tinggi di dalam rumah. Kalaulah banjir besar berlaku, tak pasal-pasal rumah tenggelam hingga ke bumbung. At least kita usaha dengan balut kemas dokumen penting guna plastik atau material yang waterproof kan, Insya Allah selamat dokumen tersebut.
3/ Berhubung dengan pihak keselamatan
Sebelum berlaku banjir, anda perlu mengetahui pihak-pihak keselamatan di sekitar anda serta nombor telefon agar mudah untuk dihubungi.
Ketika ini, penggunaan media sosial memberi kelebihan kepada kita untuk mudah mengikut perkembangan dari masa ke semasa.
Antara pihak-pihak keselamatan / berkaitan yang boleh dihubungi ketika banjir adalah
- Jabatan Bomba
- Jabatan Pertahanan Awam
- Polis
- Pejabat Kesihatan berhampiran
- Majlis Daerah
- Pemimpin setempat / kampung
4/ Bekalan makanan dan keperluan harian
Kebiasaannya banjir berlaku ketika musim tengkujuh pada satu-satu masa setiap tahun.
Jabatan metrologi akan mengeluarkan amaran awal sekiranya mendapati ramalan cuaca yang berpotensi berlaku banjir melalui media ataupun boleh mengikuti website Jabatan Metrologi Malaysia.
Informasi ini sangat berguna untuk kita membuat persediaan menghadapi banjir dengan menyimpan bekalan makanan untuk satu-satu tempoh tertentu.
Antara makanan dan barang keperluan yang harus disimpan adalah seperti beras, minyak, susu bayi, roti, makanan dalam tin, makanan segera, telur, air minuman dan sebagainya.
Selain itu, jangan lupa sediakan awal keperluan pakaian dan tolettries, begitu juga bagi yang ada anak kecil, lampin pakai buang anak kena standby awal-awal.
Kalau terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan banjir, terutamanya bagi orang tua / uzur, anak-anak silalah sediakan lampin pakai buang dewasa untuk kegunaan mak bapa yang berusia dan sukar untuk ke tandas.
Almaklumlah waktu banjir ni, kena berkongsi tandas dan mungkin kedudukan tandas yang jauh mahupun kurang selesa digunakpakai oleh orang tua, jadi tidak salahkan untuk bagi pakai disposal diapers buat mereka yang berusia / uzur. Ini semua untuk menyenangkan diri mereka juga.
5/ Ubat-ubatan atau kit perubatan keselamatan
Kit perubatan keselamatan adalah ubat-ubatan penting yang perlu disediakan untuk menghadapi banjir. Antara yang perlu disediakan adalah seperti berikut:-
- Panadol
- Ubat batuk & selsema
- Ubat luka
- Bandage & kapas
- Minyak angin
6/ Penyediaan kit banjir
Ia boleh diperolehi di kedai perkakasan keselamatan atau pasaraya tertentu untuk disimpan dalam rumah di satu tempat yang mudah diambil apabila berlaku banjir.
Antara peralatan penting sebagai kit banjir ialah:-
- Pakaian asas / baju hujan
- Wisel
- Lampu suluh
- Tuala / tisu
- Alat komunikasi & bateri
- Jaket keselamatan
- Bag kalis air
- Tali
7/ Berhati-hati dengan kuasa elektrik
Apabila air mula bertakung, pastikan anda mematikan bekalan elektrik pada suis utama (main switch board) agar tidak berlaku pengaliran kuasa elektrik.
Elakkan berdekatan atau menyentuh tiang atau kabel ekektrik kerana keadaan basah juga boleh berlaku aliran elektrik.
8/ Bahaya binatang dan serangga berbisa ketika banjir
Ancaman binatang berbahaya seperti buaya, ular, biawak dan sebagainya boleh berlaku kerana binatang-binatang ini bebas berkeliaran di dalam air tanpa jelas kelihatan.
Serangga berbisa seperti kalajengking, lipan, semut dan sebagainya akan bergerak meninggalkan tempat takungan berair dan ketempat yang lebih tinggi yang cenderung kepada kedudukan manusia sekaligus berisiko sebagai ancaman.
9/ Penjagaan penyimpanan makanan dan minuman
Ketika banjir, tikus akan bergerak aktif untuk mencari tempat kering dan memakan bekalan makanan yang disimpan. Selain itu, masalah kencing tikus (Leptospirosis) berisiko tinggi berlaku.Makanan yang disimpan perlulah diletak ditempat yang selamat dan dimasukkan ke dalam tong simpanan yang bertutup.
10/ Elak terkena penyakit akibat banjir
Apabila berlaku banjir ataupun selepas banjir, beberapa jenis penyakit sering menyerang manusia.
Ini disebabkan oleh kesan kekotoran yang dibawa oleh air, pembiakan nyamuk semakin banyak, bakteria dan keadaan lembab pada kawasan keseluruhan.
Antara jenis penyakit yang biasa berlaku ketika dan selepas banjir ialah seperti kolera / taun, demam denggi dan malaria, cirit birit, sakit mata (konjunktivitis), hepatitis A, demam kepialu (typhoid),cacar air, sesak nafas dan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD).
Oleh itu, kita perlu mengamalkan langkah-langkah bagi mengelak daripada terkena jangkitan penyakit-penyakit ini.
Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelak terkena jangkitan penyakit-penyakit ini, antaranya adalah seperti berikut:-
- Jaga kebersihan persekitaran terutama dari segi penyediaan makanan.
- Basuh tangan dan diri dengan bersih.
- Minum air yang telah dimasak ataupun air bersih.
- Elakkan memakan makanan mentah, yang telah sejuk atau dibiarkan tanpa penutup.
- Segera dapatkan rawatan dari doktor sekiranya tidak sihat.
- Elakkan mandi atau bermain pada air banjir.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Jaga diri ketika berdepan dengan masalah banjir, dan ikut nasihat pihak keselamatan.
cheers.
Kredit Gambar : Google & Pexels
0 Comments
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.