Dan telur merupakan sumber protein yang baik untuk tubuh, selain tu harga yang murah membuatkan telur merupakan bahan dapur wajib ada di dalam rumah aku.
Jadi jom kita intai-intai 10 aneka resipi telur yang sedap dan senang pula untuk disiapkan.
1/ Telur masak sos
Rebus 10 biji telur, kupas kulit dan celup dengan telur mentah. kemudian golekkan kedalam tepung serbaguna.
Goreng telur tersebut dengan tenggelamkan dalam minyak panas sehingga lapisan tepung berwarna keperangan.
Angkat dan simpan dalam bekas.
Panaskan kuali dengan 4 sudu makan minyak masak, masukkan 2 ulas bawang putih cincang, masukkan 1 batang kayu manis, 2 ulas bunga lawang dan 5 biji bunga cengkih.
Gaul sehingga naik bau. Masukkan masing-masing 6 sudu makan sos cili dan sos tomato, 3 sudu sos tiram, 2 mangkuk kecil mixed vegi, sekiranya ingin pedas boleh masukkan hirisan cili mengikut kehendak masing-masing.
Gaul seketika dan masukkan 1 cawan air dengan bancuhan 2 sudu kecil tepung kanji, 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 2 sudu kecil serbuk pati ayam.
Gaul sehingga mendidih, matikan api dan tuang kedalam telur goreng tadi. Siap.
2/ Telur berkuah
10 biji telur rebus dikupas kulit dan di celup dengan tepung serbaguna kemudian digoreng pada paras minyak menenggelami telur tersebut sehingga berwarna keperangan lalu diangkat dan disimpan dalam bekas.
Masukkan setengan cawan kecil mixed vegi dan gaul seketika.
Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu minyak masak.
Potong halus 6 tangkai kacang panjang, 3 biji lada besar warna merah, setengah biji lobak merah dan 1 biji bawang besar.
Sekarang perlukan sambal untuk dituang pada telur mata.
Antara resepi ini semuanya, mana yang paling sedap ikut tekak korang?
Panaskan kuali dengan 2 sudu minyak masak. Masukkan 2 ulas bawang putih cincang, 1 inci hirisan halia dan gaul hingga naik bau.
Masukkan setengah mangkuk kecil cendawan hitam (black fungus) yang telah kembang direndam dan di cincang.
Masukkan setengan cawan kecil mixed vegi dan gaul seketika.
Masukkan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula dan 3 sudu kecil pati ayam.
Masukkan 2 cawan air bancuhan tepung gandum, gaul sehingga mendidih dan masukkan 2 sudu kecil minyak bijan.
Matikan api dan tuangkan kedalam telur tadi.
Siap.
3/ Telur masak mayonis
Pecahkan 5 biji telur dan pukul rata. Masukkan 1 sudu kecil pati ayam,
Masing-masing setengah sudu kecil garam dan gula.
Masukkan 3 sudu makan mayonis, beberapa batang daun sup yang telah dipotong halus dan pukul sehingga sebati.
Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu minyak masak.
Masukkan 2 ulas bawang putih yang telah dicincang,
1 inci lobak merah dicincang dn gaul seketika.
Masukkan telur yang telah di bancuh tadi dan kecilkan api.
Tutup kuali dan biar seketika. terbalikkan masakan telur dan biar seketika sehingga masak.
Siap.
4/ Sup Telur
Tumis 2 biji bawang merah dan 2 inci hirisan halia.
Masukan 4 cawan air dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan masing-masing 2 sudu kecil garam dan pati ayam, 1 sudu kecil gula.
Masukkan 4 biji telur secara perlahan-lahan dan biarkan seketika.
Masukkan setengah cawan daun sayur manis ataupun sayur sawi dan matikan api.
Masukkan 1 sudu besar bawang goreng.
Siap.
5/ Telur Campur
Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas, masukkan 3 sudu kecil pati ayam, 1 sudu kecil garam dan gula.
Potong halus 6 tangkai kacang panjang, 3 biji lada besar warna merah, setengah biji lobak merah dan 1 biji bawang besar.
Kemudian tumis bahan ini sehingga agak masak dan masukkan kedalam telur tadi. Pukul telur bersama semua bahan tadi hingga sebati.
Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu makan minyak masak untuk menumis 2 ulas bawang putih hancur.
Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu makan minyak masak untuk menumis 2 ulas bawang putih hancur.
Kemudian masukkan bahan-bahan tadi kedalam kuali dan gaul dengan api sederhana.
Memasak telur hancur perlukan masa untuk menggaul sehingga masak dan membentuk ketulan-ketulan kecil.
Matikan api, masukkan 1 sudu makan minyak bijan, gaul seketika. Siap.
6/ Telur masak sambal
Sediakan 10 Biji telur mata iaitu dengan menggoreng satu persatu telur pada kuali panas berminyak.
Simpan telur mata tanpa bertindih kealam satu bekas.
Sekarang perlukan sambal untuk dituang pada telur mata.
Anda boleh memilih apa-apa jenis sambal untuk digunakan.
Salah satu penyediaan sambal adalah dengan menggunakan udang kering, iaitu; 1 mangkuk kecil udang kering, 2 biji bawang merah, 1 inci halia, sedikit lengkuas, setengah inci kunyit dan lima biji lada padi (lada boleh ditambah mengikut kepedasan yang diinginkan).
Kisar kesemua bahan-bahan tersebut dengan sedikit minyak, gaul dengan api perlahan sehingga pecah minyak. masukkan 1 sudu kecil gula dan garam secukup rasa.
Matikan api dan tuang sambal pada telur mata tadi.
Siap.
7/ Telur gulung
Pecahkan 10 biji telur dan masukkan 3 sudu kecil pati ayam, 1 sudu kecil garam dan gula, 2 sudu makan tepung jagung dengan bancuhan sedikit air, masing-masing 1 mangkuk kecil lada besar merah dan hijau dipotong halus.
Campur ke semua bahan tersebut dan pukul sehingga rata.
Panaskan kuali dengan 1 sudu kecil minyak masak dan ratakan minyak pada permukaan kuali.
Masukkan setengah mangkuk kecil campuran telur tadi dan pusing kuali sehingga telur melebar nipis dengan api kecil sehingga masak iaitu tekstur sedikit keras, kering dan boleh dipisahkan dari permukaan kuali.
Gulung perlahan-lahan telur menggunakan sudu pada saiz gulungan yang diinginkan dan simpan pada bekas.
Ulang kaedah memasak tadi sehingga habis bahan tadi. Siap.
8/ Telur Kukus
Pecahkan 5 biji telur dan campurkan 2 sudu kecil pati ayam, masing-masing setengah sudu kecil garam dan gula, 1 ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar dikisar, masing-masing setengah biji lada besar hijau dan merah dipotong halus, 1 sudu kecil minyak bijan.
Pukul bersama bahan-bahan tersebut sehingga rata dan masukkan kedalam bekas lalu dikukus selama 10minit. Siap.
Pecahkan 5 biji telur dan masukkan kedalam bekas lalu dipukul rata dengan campuran 1 biji bawang besar dipotong mayang, 1 sudu kecil pati ayam, masing-masing setengah sudu kecil garam dan gula, masing-masing setengah biji lada besar hijau dan merah dihiris, boleh simpan cili sekiranya inginkan pedas.
Masukkan campuran bahan tersebut pada kuali panas dengan 2 sudu makan minyak masak, kecilkan api dan biarkan sehingga agak kering, kemudian terbalikkan telur dan biarkan seketika sehingga masak sepenuhnya.
10/ Cara betul rebus telur (Telur Rebus)
Basuh 10 biji telur dan masukkan ke dalam belanga.
Masukkan air pada paras menenggelami telur tersebut.
Kemudian masukkan masing-masing 1 sudu makan garam dan minyak masak
Masak sehingga mendidih dan biarkan mendidih selama kira-kira 7 minit.
Kemudian rendamkan kedalam air biasa sehingga suam.
Cara betul memasak telur rebus akan memudahkan kita mengupas kulitnya dan akan menjadikan penampilan telur yang lebih menarik.
Antara resepi ini semuanya, mana yang paling sedap ikut tekak korang?
Jomlah masak telur sedap-sedap. Biarlah simple, janji menyelerakan.
ehehehe.
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
4 Comments
Boleh guna tips past tu untuk buat nasi lemak nanti. Huhu
ReplyDeleteSemua sedap. Ada yang dah pernah cuba masak.
ReplyDeleteperhhhhhh telur dadar & sambal telur paling feveret ! hehehe
ReplyDeleteKari telur dengan telur masak kurma pun sedap kak pip hihi
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.