10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple

10 Idea Makanan Pembuka Selera || Ada masa-masa tertentu anda tidak mempunyai selera untuk makan walaupun sebenarnya perut tidak kenyang. Situasi ini biasanya terdorong oleh faktor tertentu seperti tekanan kerja, kurang sihat ataupun terlalu kerap mengambil makanan yang sama secara berterusan.

Berikut adalah 10 jenis makanan sebagai pembuka selera yang mungkin boleh memberi idea kepada anda untuk mengisi perut.

10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple

10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple

1/ Ikan Masin

Terdapat banyak resipi atau menu berasaskan ikan masin yang anda boleh perolehi dari kedai makan mahupun menyediakannya sendiri di rumah. 

Salah satu contoh resipi mudah ikan masin ialah ikan masin tumis bawang besar. 

10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple


Caranya ialah dengan menyediakan 200 gram apa-apa jenis ikan masin, dibersihkan dan dipotong mengikut kehendak sendiri. 1 biji bawang besar dan 1 biji bawang merah dipotong mayang. 

Setengah biji lada besar dan 2 biji lada padi dihiris (sekiranya inginkan rasa lebih pedas tambahkan lada padi mengikut kehendak sendiri. 

Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu makan minyak masak. 

Masukkan bawang tadi dan gaul seketika kemudian masukkan lada, ikan masin tadi dan masing-masing 1 sudu kecil pati bilis dan gula. 

Tambahkan sedikit air dan gaul sehingga agak kering. 

Siap.

2/ Ulam-ulaman

Terdapat banyak jenis ulam berasaskan sayuran yang mudah diperolehi di pasar. 

10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple


Ulam dimakan dengan sambal, cicah kicap dan sebagainya. Penyediaan ulam adalah mudah iaitu bahan tersebut di cuci dengan air garam dan dicelup pada air panas lalu di celup semula kedalam air sejuk. 

Antara jenis sayur yang boleh dijadikan ulam ialah bendi, kacang panjang, kobis, pegaga, ulam raja pucuk ubi, timun dan sebagainya.

3/ Ikan Bakar

Ikan bakar dimasak dengan cara bakar yang biasanya dimakan dengan cicah sambal, kicap, lada, limau, sos ataupun dimakan begitu sahaja. 

10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple

Ke semua jenis ikan termasuk sotong, udang, ketam dan kerang boleh dimasak cara bakar iaitu dengan membersihkan ikan tersebut lalu diperap dengan garam, bawang merah, kunyit dan serai (dikisar). letakkan minyak masak untuk elakkan ikan menjadi terlalu kering. 

Perapan dibiarkan sebaik-baiknya melebihi 30 minit. 

Cara bakar sama ada dengan mengunakan bara api dari arang atau kayu, ataupun boleh menggunakan ketuhar pada suhu 180 darjah celceus selama kira-kira 40 minit. 

Lebih sedap lagi apabila ikan tersebut dibungkus dengan daun kunyit atau daun pisang semasa membakarnya.

4/ Makanan Segera 

Makanan segera adalah makanan yang mudah di sediakan. Ianya juga mudah didapati dipasaran serta terdapat banyak pilihan seperti mee segera (jenis berkuah atau goreng), bubur segera, sup segera, roti bakar atau canai, makanan tin dan sebagainya. 

10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple


Jenis makanan ini boleh disimpan dalam rumah dan dimasak pada bila-bila masa.

Makanan segera boleh ditambah dengan bahan mentah lain seperti isi ayam / daging / ikan, sayuran, telur dan sebagainya.

5/ Telur Masin

Kaedah penyediaan telur masin adalah yang paling mudah. Ia hanya perlu direbus kira-kira 5 hingga 10 minit pada air mendidih. 

10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple


Setelah masak ianya di rendam untuk memudahkan membuka kulitnya ataupun dibelah terus dengan menggunakan pisau. 

Telur masin dimakan dengan nasi dan lauk-lauk lain ataupun dicincang untuk dicampur dengan bubur.

Baca Juga : Resipi Ayam Salted Egg Butter Sedap Dan Mudah 

6/ Ikan bilis petai

Menu ini sesuai kepada mereka yang menggemari petai.

10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple


Kaedah penyediaannya ialah dengan menumis 2 biji bawang merah (ditumbuk), masukkan 1 mangkuk kecil ikan bilis, setengah mangkuk kecil petai, 2 biji lada padi atau mengikut citarasa pedas sendiri, 2 sudu kecil lada kering dikisar, sedikit belacan. 

Gaul sehingga naik bau kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan gaul sehingga masak.

7/ Tempe Goreng 

Tempe goreng juga adalah masakan ringkas iaitu dengan menggoreng tempe samaada dalam bentuk kepingan ataupun dipotong kecil mengikut kemahuan sendiri. 

10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple


Tempe boleh didapati di pasar segar. Apabila telah digoreng, ianya dimakan dengan nasi, sambal, ataupun dicicaah dengan campuran kicap + lada padi + asam jawa + sedikit gula.

8/ Salad

Sayuran seperti kobis, tomato, timun, sayur minyak, baby kailan dan sebagainya dipotong mengikut kehendak sendiri lalu digaul dengan mayonis dan sos black pepper. 

10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple


Anda juga boleh menambah yogart untuk lebih sedap. 

Sebaiknya, bahan-bahan ini yang telah digaul disejukkan seketika untuk rasa lebih segar.

9/ Kerabu Mangga

Anda perlu sediakan 2 biji mangga muda dari apa-apa jenis mangga, dikupas kulit dan dihiris halus. 

10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple


Tambahkan 1 biji tomato (dihiris), 1 biji bawang besar (potong mayang), 1 biji belimbing muda di cincang, 1 atau 2 biji perahan limau nipis, 2 biji lada padi dicincang (boleh ditambah mengikut kepedasan yang diingini), 1 sudu kecil garam, 2 sudu kecil pati bilis, 1 sudu makan gula, setengah mangkuk kecil kacang tanah goreng yang telah ditumbuk. 

Campur semua bahan tersebut dan gaul sehingga sebati. Siap.

10/ Steambot

Terdapat banyak resipi steambot iaitu dari segi perasa kuah (sup) dan bahan mentah yang digunakan. 

Sekiranya anda memilih untuk menyediakan steambot jenis makanan laut (seafood), anda boleh menggunakan perasa kuah (sup) dari pati bilis, tomyam, kuah ikan dan sebagainya. 

10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple


Bahan mentah adalah terdiri seperti udang, sotong, isi ikan (terdiri daripada jenis ikan kembung, kerisi, atau tenggiri samaada mentah atau telah digoreng), bahan frozen, sayuran, jagung, mee kering dan sebagainya.

Korang pula suka pembuka selera yang bagaimana? Kalau aku prefer sayur-sayuran, ulam-ulaman, salad gitew. 

Selamat menjamu selera. 

Oh ya hari tu mr.Husband suruh aku buat ikan masin. Dan memang berhantu makan iman masin cicah sambal lada hijau. Argh! tak boleh layan selalu tau.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers


Post a Comment

3 Comments

  1. Semuanya membuka selera terutamanya kan masin dengan telur masin tu. Alamak...naik darah tinggilah pulak nanti.

    ReplyDelete
  2. ikan masin, telur masin, Ikan bilis petai.. oh maiiii..mmg pembuka selera sangat ni..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.