Untuk pengetahuan semua, kebaikan bawang putih selalu dikaitkan dengan wanita berpantang. Namun kali ini, ada banyak cara menggunakan bawang putih seperti yang syorkan.
Berikut adalah 22 kebaikan bawang putih yang digunakan sebagai perubatan.
1/ Merawat usus
Masalah usus atau usus keras boleh dirawat dengan cara mengambil 5 ulas bawang putih tanpa kulit, dibakar (panggang) dan dimakan 2 kali sehari.
Selain cara tersebut, boleh dilakukan kaedah merendam bawang putih denga air panas lalu dibiarkan sehingga suam lalu diminum.
2/ Elak serangan jantung, kanser & darah tinggi
Mengelakkan penyakit serangan jantung, penyakit kanser dan mengurangkan tekanan darah tinggi - 1 ulas bawang putih dikupas kulit dan dibersihkan lalu dimakan mentah setiap pagi.
3/ Elak masalah kolesterol
Mengurangkan penyempitan kolestrol pada saluran darah - Tabiat memakan mentah 1 ulas bawang putih setiap pagi dan malam mampu mengurangkan penyempitan kolestrol pada saluran darah.
4/ Perbaiki daya ingatan
Meningkatkan daya ingatan - 5 ulas bawang putih tanpa kulit, bakar (panggang) lalu dimakan 2 kali sehari
5/ Atasi cirit-birit
Mengatasi masalah cirit-birit - 2 ulas bawang putih direbus dengan 1 cawan air, dibiarkan sejuk lalu diminum. Kaedah ini dilakukan 3 kali sehari sehingga sembuh.
6/ Merawat kandungan gula dalam darah
Mengurangkan kandungan gula dalam darah - 1 ulas bawang putih tanpa kulit diketuk lalu dimasukkan ke dalam gelas berisi air panas, dibiarkan sejuk lalu diminum setiap pagi.
7/ Kecacingan
Masalah cacing - Kunyah 3 ulas bawang putih dan telan hingga habis diikuti dengan meminum air suam. Amalkan setiap pagi dan malam selama tiga hari berterusan.
8/ Atasi sakit perut & gastrik
Penawar sakit perut dan gastrik - 5 ulas bawang putih dikunyah lalu ditelan pada pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.
9/ Atasi masalah darah tinggi
Penawar darah tinggi - 1 ulas bawang putih diketuk, campur dengan perahan setengah biji limau kapas dalam cawan, tuang dengan air suam lalu diminum setiap pagi.
10/ Membantu penyakit lemah urat
Mengatasi penyakit lemah urat - 7 ulas bawang putih direbus dengan 3 cawan air sehingga mendidih lalu dibiarkan sejuk untuk diminum setiap pagi, tengahari dan malam.
Lakukan setiap hari secara berterusan sehingga sembuh.
11/ Masalah sakit saraf
Menyembuhkan sakit saraf - Bawang putih ditumbuk dengan campuran halia, gosokkan secara perlahan-lahan pada saraf atau urat, leher, tulang belakang dan rusuk.
Selain itu, seulas bawang putih dimakan bersama susu lembu segar setiap pagi hingga sakit saraf sembuh.
12/ Masalah kembung perut
Mengatasi kembung perut - 2 ulas bawang putih tanpa kulit dikunyah dan ditelan sehingga habis diikuti dengan meminum air suam.
Lakukan setiap pagi, tengahari dan malam setiap hari sehingga masalah kembung perut sembuh.
13/ Masalah telinga bernanah
Mengubati telinga bernanah - Tumbuk bawang putih sehingga lumat, ambil air perahannya lalu dititiskan kedalam telinga yang bernanah.
Lakukan beberapa kali sehingga sembuh.
14/ Kulit muka berbintik ?
Mengatasi kulit muka berbintik - Tumbuk bawang putih sehingga lumat bersama minyak badam kemudian sapukan pada bahagian yang berbintik dan dibiarkan seketika sebelum ianya di bersihkan.
Lakukan beberapa kali sehingga bintik hilang.
15/ Atasi masalah batuk biasa
Sememangnya batuk biasa akan buat kita kurang selesa. batuk biasa - 6 ulas bawang putih ditumbuk sehingga lumat bersama gula batu kemudian di campur dengan 1 cawan air lalu dibiarkan selama 6 jam.
Minum 1 sudu makan setiap hari sehingga batuk sembuh.
16/ Masalah penghadaman
Masalah pencernaan - Makan 5 ulas bawang putih mentah setiap pagi dan petang.
Lakukan setiap hari sehingga hilang masalah pencernaan
17/ Penjagaan kulit kepala dan rambut
Menjaga kesihatan kulit kepala dan rambut - Memakan bawang putih mampu menjaga kesihatan kulit kepada dan rambut.
Kulit kepala yang gatal boleh di sapu dengan hirisan bawang putih dan dibiarkan seketika sebelum dibersihkan.
18/ Atasi jerawat
Mengubati jerawat - Bawang putih dihiris dan digosok pada jerawat dan dibiarkan seketika sebelum dibersihkan semula.
Lakukan beberapa kali sehari sehingga jerawat hilang.
19/ Merawat sakit gigi
Menghilangkan rasa sakit gigi - Bawang putih ditumbuk sehingga lumat lalu diletakkan pada bahagian gigi yang sakit.
Lakukan setiap kali gigi anda sakit sebelum anda berjumpa dengan doktor gigi.
20/ Sakit kerongkong atau suara serak
Kunyah beberapa ulas bawang putih dan telan secara perlahan-lahan.
Lakukan beberapa kali sehari sehingga sembuh.
21/ Anti penuaan
Nak cantik dan lambat tua? Ini rahsianya - 15 ulas bawang putih dibakar (panggang) lalu dimakan.
Amalkan 2 kali sehari setiap hari.
22/ Masalah kuku rapuh
Hiris bawang putih lalu digosok pada permukaan kuku. Lakukan beberapa kali sehari setiap hari sehingga kuku lebih kuat dan cantik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
cheers.
2 Comments
makan mentah2 ni banyak khasiatnya tapi tula rasa dia tu cannot go betul huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum, hai! Jemput join Giveaway Cuya ^^
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.