10 Resipi Minuman Berbuka Puasa Sedap Dan Mudah Disediakan

10 Resipi Minuman Berbuka Puasa Sedap Dan Mudah Disediakan || Berikut adalah 10 resipi mudah disediakan di dapur anda dan sedap sebagai minuman berbuka puasa.

Gais, korang dah ready nak sambut Ramadhan? Sebelum tu, semak dulu kalau ada puasa yang wajib diganti, dan yang tak berpuasa kerana sakit atau ada aral melintang dan terlupa ganti puasa sebelum ini, jangan lupa bayar fidyah ok.

Pastikan korang semak nilai bayaran fidyah bagi negeri masing-masing. Kalau yang berada di Sabah, bayaran fidyah negeri Sabah boleh dibuat secara online ke Baitulmal Negeri Sabah.

minuman berbuka puasa


Jom kita lihat 10 resipi minuman berbuka puasa.


1/ Cincau susu (untuk hidangan 5 gelas)

● 4 tin minuman cincau (apa-apa jenama minuman cincau tin seperti yeo's, seasons, chill dan lain-lain)

● 1 tin susu cair

● 2 cawan ais hancur

Cara buat - Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam jug, gaul dan ianya siap sedia untuk di hidang.


2/ Air kelapa madu (untuk 1 biji kelapa muda)

● 1 biji kelapa muda

● 2 sudu makan madu asli

● Setengah cawan ais ketul

Cara buat - Ambil air kelapa tadi bersama isinya di masukkan kedalam jug. Kemudian campur dengan madu bersama ais ketul, gaul sehingga sebati dan sedia untuk dihidang.


3/ Dragon mix fruit

● 1 biji buah naga (samaada yang berwarna merah, kuning ataupun putih)

● 1/4 buah tembikai (warna kuning atau merah; lebih menarik sekiranya berlainan warna dengan buah naga tadi )

● 1 tin laici (sekali dengan airnya)

● 4 sudu makan susu pekat manis

● 1 cawan air masak

● 1 cawan ais ketul

Cara buat - Buah naga dan tembikai dipotong dadu, dicampur dengan susu pekat manis, air dan ais. Gaul rata dan ia sedia untuk dihidang.


4/ Sirap bandung laici (untuk hidangan 4 gelas)

● 4 sudu makan sirap ros

● 8 hingga 10 sudu makan susu pekat manis

● 4 biji buah laici

● 3 gelas air masak

● 1 gelas ais ketul

Cara buat - masukkan air kedalam jug bersama sirap ros, susu pekat manis dan gaul rata. Kemudian masukkan laici dan ais. Gaul seketika dan minuman sedia untuk dihidang.


5/ Soya jagung cincau (untuk hidangan 4 orang)

● 1 kotak (1 liter) minuman soya dari apa-apa jenama

● 2 tin minuman cincau dari apa-apa jenama

● 1/2 tin jagung manis berkrim 

Cara buat - Campur semua bahan ke dalam jug dan gaul kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang kurangnya setengah jam sebelum diminum.


6/ Air limau selasih (untuk hidangan 5 orang)

limau selasih


● 8 hingga 10 biji limau kasturi di belah dua dan di buang biji

● 2 sudu makan biji selasih direndam dengan air mendidih

● 3 sudu makan gula pasir

● 4 gelas air masak

● 1 gelas ais ketul

Cara buat - Perah limau kasturi dan masukkan sekali kedalam jug bersama kulit serta masukkan biji selasih gula pasir, air dan gaul. Kemudian masukkan ais sebelum ianya dihidang.


7/ Jus nenas madu (untuk 2 biji nenas madu)

● 2 biji nenas madu di kupas dan dipotong kecil

● 2 sudu makan madu asli

● 2 cawan air masak

● 1 cawan ais ketul

Cara buat - Kisar (blender) nenas kemudian masukkan kedalam bekas bersama bahan-bahan lain di atas. Gaul hingga sebati dan sedia untuk dihidang.


8/ Jus serai (untuk hidangan 4 gelas)

● 4 batang serai dititik

● 3 ketul gula batu

● 3 sudu makan gula pasir

● 4 gelas air masak

● 1 gelas ais ketul

Cara buat - Kacau gula batu dan gula pasir sehingga larut didalam air, masukkan serai dan ais, gaul seketika dan sedia untuk dihidang.


9/ Teh Cincau (untuk 1 jug)

teh cincau


● 3 uncang teh

● 6 hingga 8 sudu makan susu pekat manis

● 250gm cincau hitam di cincang

● 4 sudu susu cair

Cara buat - Teh uncang dimasukkan bersama 1/3 air panas kedalam jug dan digaul sehingga masak. Kemudian masukkan susu pekat manis serta susu cair dan digaul lagi. Masukkan air sejuk (berais) kedalam jug sehingga agak penuh dan masukkan pula cincau. Gaul seketika dan ia sedia untuk di hidang.


10/ Air buah (untuk hidangan 10 orang)

● 1/2 biji tembikai merah

● 1/2 biji tembikai kuning

● 4 biji epal dikupas kulit

● 1 biji nenas madu dikupas kulit

● 1/2 kilo buah mata kucing di buang biji

● 2 kotak (1 liter setiap satu) minuman strawberry (apa-apa jenama)

Cara buat - potong dadu semua buah diatas kecuali buah mata kucing di belah dua dan masukkan kedalam bekas. Masukkan minuman strawberry, gaul beserta ais ketul secukupnya dan siap untuk dihidang.


Baca Juga : Resipi Mudah Minuman Sago Gula Melaka


Dalam banyak-banyak pilihan di atas, kalau korang prefer yang mana? Aku suka yang #4 - sirap bandung laici tu.

Insya Allah bertemu kita dengan Ramadhan ya.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

4 Comments

  1. Wak kalau berbuka, cari air panas aje
    tak mau yang ada ais

    ReplyDelete
  2. tak lama lagi puasa akan menjelang tiba

    ReplyDelete
  3. Bookmark dulu Mrs Pip. Bulan puasa nanti boleh try :)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.