Ia merupakan kumpulan otot yang berongga di bahagian dada dan bekerja sepanjang masa dengan kapasiti 4 hingga 7 liter darah dipam setiap minit.
Perlu diambil perhatian bahawa masalah jantung adalah penyebab utama kematian di seluruh dunia.
Oleh itu, penjagaan untuk memastikan jantung sentiasa sihat tidak boleh dipandang remeh. Kaedah penjagaan jantung adalah lebih baik berbanding perubatan apabila berlaku gangguan yang disebabkan beberapa jenis penyakit jantung.
Umumnya, terdapat beberapa penyakit jantung berlaku antaranya penyakit jantung hipertensif, peradangan, gagal berfungsi dan sebagainya.
Berikut adalah cara penjagaan jantung supaya menjadikan jantung selalu sihat dan dapat mengurangkan risiko penyakit yang tidak diingini.

6 Cara Penjagaan Jantung Untuk Hidup Yang Lebih Sihat
1. Amalan cara hidup yang betul
Makanan yang diambil setiap hari perlulah berkadar dan kuantiti sederhana melainkan sekiranya melakukan aktiviti yang kerap memerlukan kerahan tenaga.
Aktiviti makan, tidur dan bersenam selain bekerja perlulah seimbang mengikut keperluan.
Contohnya, sekiranya aktiviti makan dan tidur melebihi keperluan kebiasaan berbanding aktiviti fizikal yang kurang, ini akan mendorong masalah berat badan (obesiti) yang cenderung kepada risiko masalah jantung.
Amalan pemakanan yang tidak sihat seperti berlemak, manis dan makanan segera mendorong kepada gejala penyakit seperti diabetis, kolestrol dan darah tinggi yang merupakan punca kepada penyakit jantung.
Mengambil makanan yang baik untuk jantung adalah seperti buah-buahan, daging ayam, ikan, sayur-sayuran dan makanan berserat.
Kesihatan diri akan melancarkan pergerakan darah serta menjamin oksigen yang cukup untuk tubuh.
2. Mengambil makanan berkualiti

3. Bersenam
Kesihatan diri akan melancarkan pergerakan darah serta menjamin oksigen yang cukup untuk tubuh.
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari adalah memadai untuk mengekalkan kesihatan tubuh secara keseluruhannya.
Keadaan ini membolehkan jantung mengepam darah dan oksigen pada kadar normal dan akan menjadikan jantung berfungsi dengan baik sepanjang masa.
Baca Juga: Gejala Depresi Atau Kemurungan - Ketahui Simptom, Punca Dan Cara Merawatnya
Dari masa ke semasa kita perlu memeriksa tekanan darah untuk mengetahui dan mengawal sistem pergerakan darah pada saluran.
4. Kawal tekanan darah
Dari masa ke semasa kita perlu memeriksa tekanan darah untuk mengetahui dan mengawal sistem pergerakan darah pada saluran.
Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung mengepam pada kadar lebih laju yang menyebabkan orgen tersebut bekerja lebih kuat sehingga pada satu tahap akan menjejaskan fungsi jantung.
Kadar kolestrol tinggi dalam darah akan mendorong pengumpulan plak kolestrol pada saluran yang menyebabkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi.
5. Kurangkan makanan berkolestrol tinggi
Kadar kolestrol tinggi dalam darah akan mendorong pengumpulan plak kolestrol pada saluran yang menyebabkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi.
Gejala ini akan menyebabkan penyakit jantung iskemik.
Oleh itu, mengawal kolestrol harus dilakukan iaitu dengan mengurangkan pengambilan makanan berkolestrol tinggi seperti masakan bergoreng, makanan laut (seafood), susu, ais krim, makanan ringan, makanan berasaskan daging dan sebagainya.
Salah satu penyebab tekanan darah tinggi adalah tekanan perasaan dan depresi.
6. Elakkan tekanan ataupun depresi
Salah satu penyebab tekanan darah tinggi adalah tekanan perasaan dan depresi.
Gejala ini akan menyebabkan pembuluh darah menjadi kaku yang memberi kesan terhadap jantung.
Oleh itu, berusaha lah menghindar dari permasalahan yang mengganggu fikiran dengan menyelesaikan setiap konflik ataupun masalah yang dihadapi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Hargailah jantung anda.
cheers.
0 Comments
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.