Oral Thrush - Lidah Bayi Berwarna Putih, Ini Apa Yang Ibu Perlu Tahu || Terbaca perkongsian Dr Siti Aishah Suhaidi di Twitter, seorang ibu datang kepadanya dan menunjukkan lidah bayinya berwarna putih.
Baby saya naik putih-putih dalam mulut dia, kata si ibu.Saya try cuci dgn kain basah tapi putih2 tu tidak dapat hilang pun.Kenapa ya doktor?
Aku dah ada 3 orang anak, dan ini kali pertama aku tahu hal berkaitan dengan oral thrush.
Selama ini bila lidah anak nampak putih, aku cuma ingat oooo itu mesti lebihan susu menempel di lidah, namun ternyata sangkaan aku itu silap.
Doktor menjelaskan yang berwarna putih di lidah bayi itu ialah oral thrush yang terjadi akibat jangkitan kulat (yeast infection), yang berlaku di dalam mulut bayi, dan juga di sekitar nursing area (p a y u d a r a) si ibu.
Sekiranya ada jangkitan berlaku di kawasan nursing, n i p p l e akan terasa sakit, naik merah-merah dan gatal di sekitarnya.
Tanda-tanda lain oral thrush
-kepingan putih di lelangit, pipi dlm, mulut, bibir dan tonsil
-baby menangis kalau menyusu dan tak nak menyusu
-berdarah di kawasan putih ketika cuba cuci kawasan oral thrush
-p a y u d a r a berasa naik ruam kemerahan dan cracked n i p p l e
-ruam lampin / diaper rash
Apa perlu dibuat sekiranya terjadi oral thrush?
Ini saranan Dr Siti Aishah Suhaidi di akaun Twitter miliknya
-jumpa doktor untuk dapatkan rawatan
-rawatan yg diberi ialah antifungal syrup nystatin 100,000unit qid
-basuh botol, alat pam susu dan sterilize bottle dan alat pam susu
-sentiasa tukar breast pad kalau susu ibu yang sentiasa melimpah
Kepada ibu ibu yang nursing anak kecil tu, teruskan beri susu badan seperti biasa.
Jangan salahkan diri kalau anak ada oral thrush.
Cepat dapatkan rawatan doktor secepat mungkin dan juga amalkan kebersihan diri yang baik. Happy b r e a s t f e e d i n g to all new moms.
Yang utama, kita support kita, ibu-ibu jangan mudah sedih dan rasa bersalah ya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu ibu semua.
cheers.
Yang utama, kita support kita, ibu-ibu jangan mudah sedih dan rasa bersalah ya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu ibu semua.
cheers.
Source: https://twitter.com/ctsarahaishah/status/1359346513936175104
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
0 Comments
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.