Sabun Viral Basuh Baju (Laundry Beads)

Sabun Viral Basuh Baju. hi there, woha! baru aku tahu ada sabun viral basuh baju kat Shopee. Gila ke apa sabun ni sampaikan satu seller tu jual cecah lebih 300K !

Lepas tu, pejam celik pejam celik saja aku tengok harga jualan, seketul sabun tu (dalam bentuk beads), tak sampai pun seposen (dalam RM0.08 sahaja). Eh biar betul?

Surirumah macam aku, memang suka benda-benda macam ni. Suka benda yang menyenangkan aku buat kerja, lepas tu dapat harga murah!


Sabun Viral Basuh Baju


Sabun Viral Basuh Baju (Laundry Beads)

Sabun viral basuh baju ni juga kan, dikatakan lebih berkonsentrasi tinggi dengan kehebatan mencuci yang mantap. 

Jadi bila dah konsentrasi tinggi, tak perlu nak pakai dalam jumlah yang banyak, pakai sikit sahaja dah ok boleh bersihkan baju.


Sabun Viral Basuh Baju

Aku ni bab-bab mencuci baju, part cedok sabun masuk washing machine memang kena sukat ikut banyak sikit kain. Bagus juga ni bila ada laundry beads sebegini siap tak perlu nak sukat banyak sikit sabun.

Dah boleh senangkan aku cuci kain. Satu beads = satu kali cuci kain. Tak perlulah nak sukat sukat sabun tu.Yeay, suka sangat sabun macam ni. Haish, siapalah punya idea menyenangkan semua surirumah cuci kain ni.
 

Sabun Viral Basuh Baju


Boleh tahan juga kan, satu beads tu boleh cuci sekitar 20 - 30 pakaian sekali cuci. Ok lah, kitorang satu rumah pun pakai bukannya banyak mana pun.

Lagipun kalau setakat nak guna dua beads sekali cucian, ok jer kan. Tak mahal mana pun sabun viral basuh baju ni kan.


Sabun Viral Basuh Baju


Warna beads sabun viral basuh baju tu mewakili keharuman sabun tersebut.

Hijau (fresh fruit)
Biru (natural)
Merah (rose)
Kuning (lily)

Yang warna ungu tu aku tak jumpa pula haruman apa. Tapi ikut logiklah kan, sabun pencuci sememangnya harum, so aku rasa yang warna ungu tu maybe harum lavender kot.


Sabun Viral Basuh Baju

Tengok jumlah jualan seller satu ni, kan dah bagitau awal-awal jualan sabun viral basuh baju cecah hingga 300 ribu jualan. 

Aku nak beli dalam 100 ketullah. Nak juga beli sabun viral basuh baju ni kan. Korang rasa aku patut cuba haruman apa?

Beli rose atau lily kot since aku memang suka haruman bunga-bunga. ekeke.


Sabun Viral Basuh Baju


Product Description

  • Product series: laundry ball 
  • Efficacy: Color protection, low viscosity and instant solubility 
  • Scope: all clothing 
  • Type: Perfumed Gross 
  • Weight: 8g Fragrance type: various 
  • Volume: 3.5cm * 3cm 
  • Product selling points: Enzyme formula , 8 times concentration, Low foam and easy to float, The characteristics of clean and translucent

Aku sertakan sekali product description untuk sabun viral basuh baju ni, senang korang nak refer. dan berminat nak beli laundry beads ni, korang boleh klik link di bawah.

Boleh Klik Link Di Sini >>> Sabun Viral Basuh Baju (Laundry Beads) 

ok lah puan surirumah dan mak wanita hebat semua, jom cuba sabun ni, nampak macam barang baik saja kan. Tak cuba mana nak tahu ok ke tak sabun ni.

Tu saja nak share dengan semua.

Thanks for reading.

cheers.
 

Post a Comment

4 Comments

  1. macamana tahu ni, kita tengah duk usya sabun viral bentuk beads ni. dari haritu duk fikir nak beli ke tak, nak beli ke tak..ni mrs pip pulak dah share, okey lah onzzz beli. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom FS, Kita beli jom. Saya pun nak cuba pakai..

      Delete
    2. Dah beli mrs pip.. Hehe.. Nnti kita review..

      Delete
  2. Menariknya. Baru tahu ada dalam bentuk beads begini.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.