Review Sabun Viral Candy Di TikTok Beli Dekat Shopee - Yeay or Nay! || hi there, ok lepas dapat tahu ada sabun viral terpaling senang nak pakai, dan terpaling sesuai untuk surirumah yang malas nak sukat-sukat sabun, sabun viral candy adalah penyelesaiannya.
Sabun Viral Candy Di TikTok Beli Dekat Shopee - Yeay or Nay!?
Dan aku terjebak sama beli sabun viral candy ni ok. Ada yang suka panggil sabun viral, ada pula bilang sabung viral candy, tak lupa juga yang tulis sabun viral tiktok. haish! macam-macamlah nama diberi, tapi semuanya merujuk pada sabun yang sama.
Sebab harga sabun viral candy (laundry beads) ni murah, satu bekas harganya RM10.50 untuk 100 biji, maka aku beli terus 2 container yer.
Dan dekat seller yang aku beli tu, satu container tu ada 5 pewangi yang berbeza-beza. Tapi ada juga aku nampak seller lain jual abun viral candy ikut warna, dia tak mix satu container dengan warna lain.
Setiap warna tu mewakili haruman yang berbeza-beza. Macam kes aku ni, seller tu kalau tak silap dah explain Purple (Lavender), Blue (Natural), Red (Rose), Yellow (Perfume), Green (Fruity) haruman bagi setiap warna.
Review Sabun Viral Candy Di TikTok Beli Dekat Shopee
- Haruman
Pertama, kita tengok 5 haruman tadi ok.
Purple (Lavender),
Blue (Natural),
Red (Rose),
Yellow (Perfume),
Green (Fruity)
Antara semua 5 warna tu, memang semua lah wangi tapi PALING WANGI dan paling aku suka ialah warna kuning, haruman memang wangian perfume. Suka bau tu.
- Pembungkusan
Barang dibungkus dengan elok, siap letak dalam container.
Tiada beads yang pecah.
Puas hati dengan delivery daripada seller ni.
Dan seller ni jual lebih 300 ribu container sabun ni ! woha, sebab tu seller ni aku rasa memang trusted seller sangat.
- Yeay or Nay?
Ok persoalan yang paling penting untuk dijawab.
Adakah sabun ni hebat atau tidak?
Ini review aku ya.
Aku guna sabun viral candy ni, untuk setiap FULL LOAD (cucian penuh) aku guna 8-10 beads.
Washing machine aku pula saiz 6.5KG full load.
Kain yang dicuci memang bersih.
Tiada masalah.
- Wangi tak?
Jujur ya aku jawab, kalau untuk kaler kuning tu (haruman perfume), aku bolehlah hidu bau wangi yang sederhana. Tak lah wangi kuat sangat.
Tapi untuk warna beads yang lain, wangian dia tak lah sekuat mana pun, melainkan kau pakai sehingga 15 beads full load untuk dapatkan haruman yang agak kuat.
Tapi macam membazir pula kalau pakai banyak semata-mata nak wangi jer lebih.
Kalau kau nak kain kau wangi menusuk kalbu, betterlah guna sabun cuci yang haruman memang kuat.
- Repeat to purchase?
Kalau macam aku, YES aku akan repeat to purchase sabun ni pasal sabun ni paling senang nak guna.
Hanya masukkan sabun viral candy dalam washing machine, lepas tu kau on air dan masukkan kain, lepas tu cuci macam biasa.
Tak perlu nak sukat-sukat sabun.
Harga pun bagi aku affordable.
Walaupun tak wangi sekuat mana, tapi kain aku dicuci dengan bersih.
Kalau korang nak beli sabun viral candy dekat Shopee, aku suggest korang beli dekat >>> Trusted Seller Sabun Viral Candy.
Aku harap review sabun viral candy ni membantu korang buat decision nak beli ke tak sabun ni. Kalau nak cuba pakai, apa salahnya beli minimum order dulu kan. Bukannya mahal mana pun sabun ni.
Kalau korang suka, bolehlah re-purchase lagi. Kalau tak suka, tak perlulah beli lepas tu, senang cerita.
Lagipun kalau tengok review orang, berbeza satu individu dengan individu yang lain. Ada yang cakap suka, ada yang bagitau NAY.
Citarasa dan expectation masing-masing kita tak sama. Tapi kalau korang tanya aku, aku jawab aku suka sabun ni.
Dan aku harap in the future, dorang boleh buat sabun ni dalam bentuk tablet dengan pewangi yang berbeza-beza, so bolehlah elakkan kot kot kalau berlaku kebocoran pada beads sabun ni kan. ekeke.
Semoga review ni membantu korang semua ok.
Happy laundry-ing .
cheers.
2 Comments
Sabun candy yang viral ni . Memang ia cair dalam basuhan ke .
ReplyDeleteYa CL, cair dalam basuhan .. masukkan sahaja dlm washing machine tanpa perlu buka Dan buang plastik sabun viral tu.
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.