Cavando Pink Loafer Shoes Ni Cantik, Selesa Dan Harga Pun Affordable

Hi. Rasanya tahun ni aku jatuh cinta dengan warna Pink. Sebelum ni aku tak pernah rasa warna pink tu sesuai dengan jiwa aku. Teringat kisah dulu, mak aku paksa aku pakai baju raya warna pink, mahu tak mahu aku pakai dengan hati terpaksa.

Bukan apa, aku rasa warna pink ni tak sesuai dengan warna kulit aku yang agak gelap. Kalau korang nampak aku kat socmed kulit warna cerah, well it is all tipu tau. Filter jak bah tu. Aku ni warna kulit coklat-coklat gelap sikit, sebab tu aku rasa warna pink ni NOT SO FOR ME.

Tapi entahlah tahun ni kan, aku rasa semua aku nak kaler pink. Haish! Hari tu beli keyboard dan mouse kaler pink, besar kecik besar kecik ja husband tengok kenapalah aku pilih warna pink.

Lepas tu bila kasut baru aku ni Cavando Pink Loafer Shoes  dah sampai dari Shopee, husband aku boleh pula dia cakap "alaaaaa, kenapa warna pink?" ...

Hiks laki aku ni. Dah kasut aku, suka akulah nak beli warna apa. Apoooo!

Lepas tu dia sambung pula ayat dia "Kalau warna pink, macam mana saya mau pinjam kasut ni?"

Ya ampun laki aku ni ... Dia ingat apa boleh main kongsi kongsi kasut! Eh taknak lah aku. Kalau kita sama saiz pun, ndak lah aku mau berkongsi kasut bah.


Cavando Pink Loafer Shoes Ni Cantik, Selesa Dan Harga Pun Affordable

Ni kasut pertama aku beli tahun ni. Lamanya ndak beli kasut.
 
Kalau dulu sebelum kawin, aku ni jenis gila beli kasut. Macam-macam kasut aku beli. Tapi mak aku paling tak boleh tahan tengok kalau aku pakai high heels 3 - 4 inch. 

Bising mak aku. Dia cakap nanti kalau aku jalan, boleh terjatuh. pasal dia tau kerjaya aku time tu memang banyak guna kaki untuk buat visitation kat hospital.

Aku sajalah pakai high heel time tu. Kalau kerja kat site construction, mana ada peluang nak bergaya sakan kan. Masuk site pakai safety boot, pakai safety helmet. Baju pula pakai uniform office. memang tak merasalah aku nak berfesyen.

Tapi bila tukar kerja jadi hospital consultant / resource personnel, semua berubah. Time tu lah boleh melaram pakai high heel , ekeke.

Arwah pakcik aku tu siap dia cakap aku ni the next Imelda Marcos pasal banyak betul kasut di rumah. Eh please lah, Emelda Marcos tu beli kasut guna duit rakyat dia, aku beli kasut guna duit gaji.

Cavando Pink Loafer Shoes Ni Cantik, Selesa Dan Harga Pun Affordable

Cavando Pink Loafer Shoes Ni Cantik, Selesa Dan Harga Pun Affordable

Now dah kawin, dah ada anak. Aku tak pakai dah high heel tu. Taubat aku. Nak dukung anak sambil guna high heel, memang cari nahas sendiri namanya.

Sekarang ni aku suka guna kasut jenis loafer shoes. Kasut main sarung. Eh ada yg cakap ni kasut karipap. Whatever la, yang pasti kasut macam ni sangatlah selesa di kaki aku bila dah jadi mak mak ni.

Kasut ni jenama Cavando. Aku pun tak pernah dengar brand ni. Nampak sangat aku dah lama tak beli kasut kah apa ni, sampaikan brand kasut tempatan pun aku ndak berapa kenal sudah bah.

Brand Cavando ni dijual dalam kedai BUM Equipment kat Shopee. Bila nampak kasut ni, dan harga pula RM49.00 sepasang, dan warna pink tu menggoda bagi aku, so tak fikir panjang terus beli loafer shoes pink ni.

Cavando Pink Loafer Shoes Ni Cantik, Selesa Dan Harga Pun Affordable

Kalau tengok dalam gambar di Shopee, kaler pink dia nampak plain saja. Tapi bila dah beli, bukan plain pink tau, tapi metallic pink. Lagilah aku suka pasal nampaklah kasut ni shiny shiny sikit. 

Lagi satu, bila pakai memang selesa sangat. Tak ada efek 'menggigit' kat belakang kaki yang boleh sebabkan blister. Jadi aku berani nak rekemen kat korang yang suka loafer shoes, bolehlah beli brand Cavando ni.

Untuk saiz kasut pula, macam aku memang pakai saiz 7 atau saiz 38, dan kasut ni since jual under BUM Equipment, aku assume kasut ni memang dah established brand, so kasut ni mesti sukat ikut standard saiz kasut biasa (bukan macam sesetengah kasut yang tiada brand, biasanya kena ambil satu atau dua saiz lebih besar kan).


Cavando Pink Loafer Shoes Ni Cantik, Selesa Dan Harga Pun Affordable

Ni gambar poster kasut yang aku cekup dari Shopee. Kasut ni ada tiga warna, black, pink dan tan (warna kulit).

Kalau yang berminat nak tengok kasut ni dekat kedai BUM Equipment di Shopee, korang boleh klik link di sini Cavando Pink Loafer Shoes.

Bukan kasut ni saja tau ada, ada banyak lagi pilihan lain kasut wanita yang cantik-cantik kat BUM Equipment Shopee dan harga aku tengok memang affordable sekitar RM50.00 sepasang. Eh rambang mata dibuatnya.

Lepas ni apa lagi barang kaler pink aku nak beli? Handbag la kot ... dasar wanita kan. Semua nak matching matchy2 kan.

carlo rino pink handbag

Lepas ni target seterusnya ialah Carlo Rino pink handbag ni pula. Harga boleh tahanlah juga bagi surirumah macam aku ni yang kalau nak beli sesuatu akan work hard cari side income untuk dapatkan barang yang aku nak.

Link di Shopee, boleh klik di sini >>> Carlo Rino Pink Handbag 

Kalau husband bagi duit, tu aku buat savings. Kalau aku nak barang lain, aku akan usaha beli guna mana-mana side income / job hustle yang aku dapat.

Semoga hujung bulan Jun nanti, beg Carlo Rino ni berjaya mendarat kat rumah aku, hewhewhew :))

Terima kasih sudi baca review Cavando Pink Loafer Shoes dan sambil sambil dengar kita membebel nak handbag baru kaler pink :))

have a nice day.

cheers.

Post a Comment

12 Comments

  1. Comel la kak.. Pink dia tu.. Lembut ja.. Tengok pun tau selesa ni.. Nam cari jugak la utk spare

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka dgn warna pink kasut ni, mmg comel pun.

      Delete
  2. cantik la kasut tu.. ada kaler lain kan? terbekenan pulak dah.. matilah nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 2 kaler lain.
      hitam dan kaler kulit sikit.

      Delete
  3. Comel pulak tengok kasut ni . Tambah lagi warna dia soft pink gitu . Nampak selesa sangat . Lembut

    ReplyDelete
  4. Alamak sweetnye kasut dia color pink. Berkenan tengok

    ReplyDelete
  5. comelnya..saya dulu camtu jugak sis..wlupun kulit cerah sikit tp still x suka kaler pink..skrg entah cane minat plak pink..ekeke

    ReplyDelete
  6. cantiknyaaa kasut..padan lah ngn handbag tuuu....

    ReplyDelete
  7. Lucu juga bah husbnd kak pip tu siap mau tukar2 kasut hahaha apapun kasut dan beg tu ctkkk sgt hahaha

    ReplyDelete
  8. cantiknya..macam satu pasang dengan beg tu hehehe

    ReplyDelete
  9. lembut colornya^^
    design pun simple

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.