Review Gery Crunch Roll Coklat Sedap

Review Gery Crunch Roll Coklat Sedap || Lama juga aku tak tulis entry review. Banyak dalam senarai aku mau review, tapi busy siapkan artikel untuk klien, jadi tolak tepilah dulu review di blog sendiri.

Ada sedikit masa terluang untuk hari ini, jadi aku reviewlah kejap Gery Crunch Roll. Apa sahaja produk keluaran Gery, aku memang teruja untuk mencuba.

Bermula dengan biskut keju, biskut coklat dan biskut kelapa, lepas tu Gery keluarkan wafer pula, dan sekarang Gery crunch roll pula hangat di pasaran.

Antara sebab aku suka Gery ni, pasal rasanya yang sedap. Walaupun jajan junk food sebegini tidak menyihatkan, tapi terpulang juga tengok kau makan berapa banyak.

Kalau setakat sebungkus dua, no big deal sangat buat aku. Lagipun bukan makan setiap hari. Ni kebetulan nampak time beli barang dapur, aku cekuplah sekotak.

Harga Gery crunch roll RM7.80 dan di dalamnya ada 12 pek. Tulisan Thai dengan tanda Halal, jadi aku belilah ya tanpa ragu-ragu.

Review Gery Crunch Roll Sedap Dan Penuh Kecoklatan

Review Gery Crunch Roll Coklat Sedap

Aku suka makan rice crackers, dan bila aku nampa crunch roll ni, aku terbayang rice crackers dan berharap Gery crunch roll ni sedap dan tidak menghampakan aku.

Review Gery Crunch Roll Sedap Dan Penuh Kecoklatan

Buka sebungkus dulu, tengok penuh dengan coklat. Bila kau gigit, dengar bunyi crunch tu. Memang tak tipu, crunchiness lah gitu.

Rasa coklat yang sedap, tapi korang yang cut sugar intake, cukuplah makan sekadar sebungkus. Nanti diet korang hancur berterabur.

Tapi yang pilih happiness walaupun berat badan semakin naik seperti aku, kita layan lah sebungkus dua. Bahahaha.

Abaikan sahaja berat badan yang naik seperti dipam-pam dan masih belum berjaya turun seperti yang diidam-idamkan. 

Nak pasal aku dah ubah mindset aku bahawa happiness is all I need in my life, jadi aku rasa bila aku nak makan something sweet and sugary, aku tak perlu rasa stress dan guilty. Just enjoy the food.

Review Gery Crunch Roll Sedap Dan Penuh Kecoklatan

 My food tester nowadays. Kalau Nami bilang sedap, maka sedaplah tu.

Kalau dia bilang not sedap, maka jangan percaya dengan cakap budak kecil yang cerewet ni pasal makan. 

Rugi kalau tak makan, budak kecil ni dia choosy juga bab makan. Dia ni kalau kau bagi pisang, epal, betik, buah naga, tembikai, timun, tomato tu semua sedapppppp gila bagi dia.

Kalau kau bagi Gery crunch roll, dia makan separuh lepas tu suruh mommy yang habiskan. 

Dia cakap tidak sedap pasal dia tidak suka tu tekstur yang berbiji biji. 

Oh ya, Nami dah masuk 3 tahun. Birthday dia kitorang Insya Allah akan celebrate 28 Ogos nanti, lewat 8 hari dari tarikh birthday sebenar dia, 20 Ogos.

Dan tadi kami pergi grocery shopping, aku berharap dapat beli whipping cream pasal nak buat orange cake, tapi hurmmmm habis stok lah pula.

Lepas tu teringin juga mau buat durian cheese cake pasal dalam peti sejuk ada stok durian dan cream cheese, cumanya aku tiada stok whipping cream, jadi terpaksalah tangguhkan dulu hajat di hati buat orange cake dan durian cheese cake tu.

Jadi, yang suka biskut Gery tu, cubalah Gery Crunch Roll, sedap atau tidak, itu terpulang dengan taste buds masing-masing.

Sekian review makan makan jajan.

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. Cutenya food tester hihi 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, budak kecik tu dibuk nak makan apa yg mommy makan. Bila x sedap, dia suruh mommy pula yg habiskan.

      Delete
  2. macam sedap ni. Happy birthday Nami :)

    ReplyDelete
  3. nmpk sedap ni.. busyra prnah mkn yg biskut dia je.. yg ni belum prnah cuba

    ReplyDelete
  4. suka betul kau kan mpy makan biskut crunchies begini..

    ReplyDelete
  5. Ehhhh, nampak menarik je ni.. nak try la.. saya selalu makan yanng coklat tu jee.. Memang manis betul uii

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.