Live Session Richworks Membongkar 10 Cabaran Berbisnes

Sebut sahaja nama Richworks di kalangan usahawan tempatan, pasti ramai yang mengenali peneraju utama syarikat ini, ianya tak lain tak bukan Datuk Wira Dr. Azizan Osman.


Mungkin ada yang masih belum mengenali Richworks. Mari aku perkenalkan serba sedikit tentang Richworks. Pasti korang teruja dengar kisah kehebatan syarikat Richworks ni, lagi-lagi dalam usaha untuk membantu memajukan para bangsa usahawan. 


Seperti dalam artikel yang pernah aku kongsi, Richworks bantu usahawan bangkit akibat pandemik, aku ada kongsi Richworks sudah beroperasi selama 13 tahun, merupakan syarikat yang paling berjaya di Malaysia dalam membimbing dan melatih usahawan dalam bidang branding, marketing dan leadership. 


Tapi sebelum tu, aku nak kongsi juga, untuk any Singapore corporate company yang mencari bantuan latihan korporat, boleh view best corporate training Singapore, corporate training that transforms managers !


Richworks Pakar Memberi Solusi Di Dalam Permasalahan Bisnes


Korang ada bisnes? Nak kembangkan bisnes lagi tapi tidak ada solusi? Atau bisnes korang tak mampu nak berkembang lagi? - Apa kata korang join Richworks?


Richworks memberikan bimbingan untuk membantu setiap usahawan keluar dari masalah perniagaan mereka dan membantu memberi solusi kepada setiap masalah bisnes yang dihadapi.


Richworks menyediakan pelan bimbingan strategi yang disesuaikan dengan level perniagaan korang agar perniagaan korang bergerak maju dan menguntungkan. Nak maju, kenalah ikut nasihat sifu kan, tak gitu?


Dah berapa ramai usahawan yang berjaya from zero to hero selepas mengikuti program anjuran Richworks. Sungguh, bukan kaleng-kaleng ya.


Dan satu lagi, mungkin ada yang terfikir “Ala, mana ada modal nak ikut program Richworks. Mesti mahal nak bayar yuran penyertaan”.


Hah, part ni korang sangat silap. Tahun 2021, Richworks menjayakan 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh Richworks sendiri. Maksudnya, 13 PROGRAM PERCUMA tau, dan seramai 605,000 orang telah mengikuti program tersebut!


Kalau korang jenis skeptikal takut ditipu untuk program usahawan di bawah Richworks ni, aku sangat syorkan korang join sahaja dulu program percuma ni. 


Kalau selepas dah join program yang free tu, dan rasa seperti ada magnet nak suruh korang join program berbayar, time tu korang join lah. Bukan ada paksaan pun kan. Semuanya keputusan di tangan sendiri.


Dan aku nak share juga, selain program percuma Richworks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sekali lagi melangkah ke hadapan apabila mengambil inisiatif untuk membuka ruang mengadakan LIVE SESSION berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik di saluran Telegram Azizan Osman Official.


Ketahui Apa Cabaran Kritikal Perniagaan Sekarang!


Tahun 2022 dijangka bukanlah tahun yang mudah bagi sesiapa pun, termasuklah golongan usahawan. Kita ingat Covid akan hilang, dan hidup kembali tenang? Kita silap. Tak ada sesiapa yang boleh predict masa depan. Tengok sahaja, angka Covid semakin naik dan agak membimbangkan.


Korang tahu tak, salah satu sikap orang yang berjaya adalah bangun awal pagi kerana mereka percaya ianya akan memudahkan pintu rezeki terbuka.


richworks membongkar cabaran berbisnes


Dr. Azizan Osman juga berkongsi sedikit pandangan berkaitan dengan sentimen pasaran, kadar inflasi dan kenaikan harga barang yang melonjak sekitar 30% sehingga lebih 100% ketika ini.


Bab harga barang naik ni, aku pening kepala macam mana nak cukupkan barang dengan bajet yang sedia ada.


Sebab itulah menurut Dr. Azizan Osman semua orang perlu ada kesedaran berdepan dengan keadaan ekonomi sekarang dan bagi mereka yang berbisnes, pasti ianya cabaran yang agak sukar untuk mereka hadapi pada tahun ini.


Kalau dah barang semua naik harga, bayangkan kuasa membeli semakin berkurangan. Pastilah kena tempias bagi mereka yang berniaga, tak begitu?


Menurutnya lagi, kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina menyatakan memang banyak syarikat sedang tutup dan ada yang sudah lingkup kerana tak mampu bertahan dengan ketiadaan permintaan.


Kalau ada kilang sendiri pun, ada produk sendiri tapi tak tahu soal pemasaran produk pastilah boleh membuatkan sesuatu perniagaan tu akan menjadi malap dan akhirnya mengalami kerugian. Mahu tak mahu terpaksa ditutup.


Jangan tanya “Apa bisnes yang bagus ketika ini?”. Semua bisnes mengalami kesukaran saat ini. Apa yang membezakan anda ialah cara anda untuk mencari solusi menaikkan bisnes anda.


Kalau kekal ditakuk yang lama, maka habis berkecailah bisnes anda nanti.


Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Jadi, nak bisnes terus berkembang, kenalah berjuang betul-betul dan kekalkan momentum anda. 


Kena ingat pesan Dr. Azizan Osman bahawa pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.


Jadi kena hargai apa yang anda ada sekarang, dan kena buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Anda bayangkanlah sendiri  jika terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Silap percaturan - bisnes tak berkembang dan terus ranap!


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Apabila pasaran perlahan, menurut Dr. Azizan Osman anda perlu bertindak pantas dan gunakan semua platform yang ada. Jangan takut-takut, jika tidak pasti anda akan ketinggalan.


Oleh itu, anda bersedia tak untuk bersama dengan Dr. Azizan Osman  Ahad ini? Ini khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.


richworks program usahawan titan


Jangan Biarkan Bisnes Tiada Sales!


Betul sangat apa yang dikongsi oleh Dr. Azizan Osman. 


Antaranya berkaitan dengan kadar kenaikan harga barang. Barang runcit sahaja naik dalam diam. Boleh pening macam mana nak berbelanja ikut bajet, kejap-kejap barang asyik naik. Kalau sampai satu masa nanti kurangnya proses jual beli, bukan sahaja bisnes lingkup, kita semua pun boleh lingkup sama.


Itu pandangan saya sebagai surirumah. Pandangan korang sebagai usahawan pula bagaimana? Takkan nak biarkan bisnes korang tak ada sales?


Sebab tu kalau korang rasa nak majukan lagi bisnes korang dan nak sales meroket , selain nak tahu apa lagi kemungkinan cabaran perniagaan yang bakal dihadapi tahun 2022 ini, apa kata korang join Live Chat Dr. Azizan Osman di Telegram yang disediakan.


Sertai Saluran Telegram Azizan Osman Official


Yang nak join tu, boleh klik dan sertai >>> saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang. Bukan korang sahaja yang join, aku pun akan join sama. Manalah tau aku nak buat bisnes servis blogging and content writer sebagai produk utama aku, so aku nak juga tahu selok-belok cabaran orang berbisnes 2022 ni macam mana.


Dan bagi pendapat peribadi akulah, tidak rugi pun join Richworks LIVE SESSION Dr. Azizan Osman. Mesti banyak sharing menarik daripada beliau nanti.


Nak kenal Richworks dengan lebih dekat lagi?Klik Laman Web dan Media Sosial milik Richworks.


Laman Web Richworks || FB Richworks || Youtube Richworks || IG Richworks 



Nota: Artikel ini dikemaskini pada 24/12/2024 dan disiarkan sebelumnya pada 11/2/2022

Post a Comment

1 Comments

  1. Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.