About Author

Header Ads

Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+, Ini Stroller Terbaik Baby Ringan, Mudah Lipat Dan Travel Friendly

Kecoh juga di laman sosial apabila ada yang mempertikaikan antara penggunaan baby carrier atau stroller, mana satu yang lebih baik digunakan.

Bagi aku yang berpengalaman ada anak kecil dan pernah guna baby carrier mahupun stroller, kedua-dua item ini sangat penting, dan penggunaan adalah tertakluk kepada keadaan dan tempat.

Namun, mengikut lifestyle aku sekarang, pastilah aku prefer memiliki stroller kerana senang nak travel dengan anak.

Dengan adanya stroller, tak perlulah aku penat bila berjalan-jalan main kejar-kejar dengan si Nami yang berusia 3 tahun setengah ni, mahupun terpaksa dukung dia bila dia penat berjalan kaki. Anak lebih selamat berada di dalam stroller, tambahan pula apabila anak keletihan, anak boleh tidur dengan selesa.

Untuk pemilihan stroller, pengalaman lalu aku yang tersilap memilih stroller membuatkan aku agak choosy memilih stroller kali ini.

Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+

Akhirnya, pencarian stroller baby terbaik ringan, mudah lipat, dan travel friendly Babyzen Yoyo 6+ menjadi pilihan aku.

Mungkin isu pemilihan stroller boleh mengelirukan terutamanya mereka yang menjadi first time parents, jadi sebelum aku kongsi review pengalaman guna stroller baby terbaik Babyzen Yoyo 6+ , di sini aku kongsikan beberapa jenis stroller baby serta tips pilih stroller baby terbaik untuk anda semua.

Jenis-jenis Stroller Baby Yang Kita Biasa Lihat Di Malaysia

1. Stroller Bersaiz Penuh


Biasanya stroller sebegini saiznya agak besar (bulky), namun ada sesetengah jenama walaupun bulky tetapi beratnya ringan.

Stroller bersaiz penuh biasanya boleh dipasangkan adapter untuk meletakkan baby carrier (yang juga berfungsi sebagai baby car seat) terus ke atas stroller frame lalu menjadi stroller baby.

Selain itu, ada stroller bersaiz penuh yang boleh disambungkan dengan extra adapter untuk menyambungkan kerusi tambahan ataupun papan glider pada frame stroller tersebut.

2. Stroller Larian

Pernah dengar nama stroller larian? Atau lebih dikenali dengan jogger stroller. Biasanya stroller ini bertayar tiga dan saiz tayarnya agak besar. Stroller sebegini boleh dibawa untuk laluan off-road.

Jika anda seorang yang aktif dan selalu melakukan aktiviti larian, maka stroller ini sesuai untuk digunakan bersama anak anda.

3. Stroller Berganda

Stroller berganda atau double stroller mahupun twin stroller merupakan stroller yang boleh meletakkan dua anak dalam satu masa.

Ada juga sesetengah negara yang mempunyai rekabentuk stroller berganda untuk lebih daripada dua orang anak.

4. Stroller Kembara

Mungkin nama stroller kembara agak pelik didengar, tapi biasa dengar dengan nama travel stroller?

Ya, stroller kembara adalah travel stroller, dan biasanya travel stroller lebih ringan berbanding stroller lain dan mudah dilipat serta boleh disandang di bahu seperti anda sedang membawa handbag.

Dan biasanya travel stroller mempunyai cabin size sesuai untuk dibawa masuk ke aircraft dan boleh diletakkan di ruang penyimpanan bagasi.

Ada juga stroller lain yang ringan malah lebih ringan berbanding travel stroller, namun lipatannya jenis lipat payung menjadikan saiznya not a travel friendly stroller.


Tips Pilih Stroller Baby Terbaik Untuk Anak

Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+
Stroller Terbaik Baby Ringan, Mudah Lipat Dan Travel Friendly - Nami & Mommy


1. Pilih Stroller Baby Bersesuaian Dengan Gaya Hidup Anda

Ya, ini sangat penting. Kalau anda sedang mencari stroller, carilah stroller yang sesuai dengan gaya hidup anda kerana selain anak anda yang akan duduk di dalam stroller, andalah yang akan mengendali stroller baby berkenaan.

Contohnya anda seorang yang selalu travel bersama anak, pastikan anda mencari stroller baby yang memiliki ciri-ciri travel stroller antaranya ringan, mudah lipat dan cabin size seperti Babyzen Yoyo2 - stroller baby terbaik untuk travel dan kegunaan harian.

2. Sesuaikan Dengan Bajet

Ya, bajet juga mempengaruhi pilihan stroller baby yang hendak dibeli. Selepas anda memastikan jenis stroller baby mana satu yang anda perlukan, adakah stroller penuh, berganda, larian atau kembara dan sebagainya - maka pilihlah yang sesuai dengan bajet anda.

Setiap jenis stroller baby harganya berbeza-beza bergantung dengan jenama di pasaran.

3. Ciri-ciri Keselamatan Pada Stroller Baby

Ciri-ciri keselamatan pada stroller baby adalah antara penting. Pastikan stroller baby yang ingin dibeli mempunyai sistem 5-point harness yang boleh memegang bahu, pinggang dan celah kaki anak anda dengan baik. Selain itu, klip harness juga mudah dibuka namun kukuh apabila dipasangkan untuk anak anda.

Sistem brek yang efisien juga sangat penting untuk memastikan stroller baby akan berhenti bergerak serta merta apabila brek ditekan.

Pastikan stroller baby tidak mempunyai mana-mana sudut atau kawasan yang tajam yang boleh mendatangkan kecederaan pada anak anda dan badan stroller (frame) kukuh dan tidak mudah terlipat.

Tayar stroller juga mudah untuk dipusing-pusingkan untuk memudahkan pergerakan anda bersama anak anda, dan akan berhenti sebaik sahaja brek dikenakan.

Selain itu, pastikan berat maksimum yang boleh ditampung oleh stroller baby untuk memastikan stroller yang digunakan adalah bersesuaian dengan berat anak anda dan tidak melebihi berat yang disyorkan.

Kanopi pada stroller juga adalah penting untuk melindungi anak anda daripada terkena pancaran matahari yang kuat apabila berada di kawasan luar (outdoor) serta memberikan keselesaan ketika anak anda mahu tidur.

4. Material Stroller Yang Tahan Lasak Dan Mudah Dibasuh

Bagi aku sebagai pengguna stroller selama beberapa tahun, salah satu yang aku pentingkan ialah material stroller yang tahan lasak dan mudah dibasuh.

Material yang tahan lasak membuatkan stroller tidak mudah koyak dan boleh dipakai lama. Dan biasanya anak juga makan dan minum ketika berada di dalam stroller dan ada masanya makanan dan minuman terkena fabrik stroller dan kotor.

Jadi, penting untuk fabrik tersebut mudah dibasuh dan cepat kering. Ada sesetengah stroller fabriknya tidak boleh dipisahkan dengan rangka (frame) stroller dan ini agak leceh untuk membersihkan stroller berkenaan.

Dan ada juga stroller yang boleh dipisahkan daripada fabrik tempat duduk dan memudahkan kerja-kerja pembersihan seperti stroller Babyzen Yoyo2.

5. Saiz Stroller, Ringan, Dan Mudah Lipat

Saiz stroller, ringan dan mudah lipat juga antara tips pilih stroller baby terbaik untuk anak anda.

Pastikan saiz stroller boleh muat bonet kereta anda. Ada stroller yang terlalu besar dan mengambil sebahagian ruang pada bonet kereta anda. Dan inilah yang pernah aku alami apabila aku pernah membeli stroller yang bersaiz besar.

Biasanya orang lelaki tidak kisah sangat dengan berat stroller kerana mereka mampu mengangkat stroller dengan mudah dan tidak merungut.

Namun, untuk kebanyakkan ibu yang aku kenal, mereka lebih memilih stroller yang ringan kerana bukan sahaja mudah diangkat, tetapi menyenangkan mereka untuk menguruskan stroller berkenaan.

Stroller mudah lipat sangat penting ya. Biasanya kita ni lepas angkat anak dari stroller, kita akan dukung anak kita sebelah tangan, manakala sebelah tangan lagi akan lipat stroller kan?

Jadi, penting sangat untuk mempunyai stroller boleh lipat, lagi-lagi akan menjadi satu bonus kalau stroller tu ada one-click-button dan stroller terlipat cantik.

Seperti stroller Babyzen Yoyo2, tak perlu susah-susah untuk lipat, hanya perlukan satu button untuk lipat dan buka stroller dengan mudah.

6. Ruang Penyimpanan Barang Di Bawah Stroller

Ruang penyimpanan barang di bawah stroller juga agak penting kerana memudahkan anda meletakkan barangan bayi yang penting seperti beg baby yang diisi dengan lampin, pakaian, tisu basah, botol susu dan sebagainya.

Namun, janganlah jadikan ruang penyimpanan di bawah stroller sebagai ruang untuk menyimpan barang-barang shopping anda yang berat pula! Nanti stroller baby anda akan jadi overweight dan mungkin akan mengurangkan ciri-ciri keselamatan yang telah direka khas untuk stroller tersebut.

Ada banyak lagi tips pilih stroller baby untuk anak, namun 6 tips di atas adalah antara tips yang aku utamakan dalam pencarian untuk mendapatkan sebuah stroller idaman untuk anak.

Tidak Mahu Ulangi Pengalaman Salah Pilih Stroller

Ni pengalaman aku beli stroller baby sebelum ni. Pertama kali beli stroller, aku tidak fikirpun tentang kesesuaian stroller tu dengan gaya hidup aku. Aku main beli saja asalkan sedap mata memandang dan sesuai dengan bajet yang aku ada.

Jadi, stroller pertama aku jenis bulky dan seakan-akan jogger stroller. Stroller ni aku akui memang kukuh, namun masalahnya stroller tu berat, besar dan ambil ruang untuk masuk dalam kereta.

Lepas tu, aku beli stroller kedua. Stroller kedua aku ni dibeli tanpa dirancang. Kisahnya ni stroller emergency time aku beli.

Waktu tu aku bawa Iman dan Amin shopping. Iman naik stroller pertama, manakala Amin didukung oleh mr.Husband. Dan kebetulan hari tu kitorang shopping banyak barang dan terlupa bawa baby carrier. So end up penat dukung Amin, mr.Husband beli extra stroller untuk Amin.

Dijadikan cerita time beli stroller tu, aku pesan dengan mr.Husband beli stroller yang ringan dan mudah lipat. Jadi mr.Husband pun belilah stroller yang seperti aku cadangkan.

Tapi masalahnya, stroller yang dibeli tu jenis lipat payung - memanjang la pula. Hurm, masalahnya aku nak stroller yang mudah lipat jadi pendek, bukan apabila dilipat ia memanjang.

Kedua-dua stroller aku dah masuk elok dalam stor. Covid pun sudah reda, jadi aku fikir balik mahu pergi roadtrip dengan anak-anak seperti yang kami selalu buat dulu.

Iman dan Amin pun dah besar, dah tak pakai stroller tu. Sebenarnya, kedua-dua stroller tu masih dalam keadaan yang baik, tapi aku tak plan nak bagi Nami guna stroller tu memandangkan bagi pendapat aku stroller baby terbaik mestilah ringan, mudah lipat dan travel friendly.

Jadi, now it’s time cari stroller untuk Nami pula.


Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+, Ini Stroller Terbaik Baby Ringan, Mudah Lipat Dan Travel Friendly

Sukanya Nami guna stroller Babyzen Yoyo2 - senang mommy bawa Nami jalan-jalan


Untuk Nami, aku belajar dari pengalaman lalu. Jadi aku pilih travel stroller memandangkan stroller jenis ni ringan, mudah lipat, cabin size juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik, dan materialnya juga tahan lasak.

Dah nama pun travel stroller, mestilah user friendly untuk digunakan dan heavy duty.

Banyak juga jenama stroller baby yang aku risik, aku baca review pengguna, ambil tahu ciri-ciri stroller tu, dan ada beberapa jenama yang aku shortlisted masuk wishlist aku.

Kebetulan pula aku tengah preggy sekarang, jadi memang penting untuk aku dapatkan extra stroller untuk mudahkan aku bergerak sambil tolak Nami dalam stroller sambil bawa perut yang memboyot ni. Penat tau main kejar-kejar dengan anak apabila berjalan di tempat awam.

Alhamdulillah, rezeki sangat dapat seketul stroller Babyzen Yoyo2 6+ pack.

Kalau anda tak pernah dengar jenama Babyzen Yoyo2 atau mungkin pernah dengar jenama ni tapi tidak familiar dengan stroller ni, jom aku kongsikan serba-serbi review pengalaman aku guna stroller Babyzen Yoyo2.

Happy sangat apabila Babyzen Yoyo2 6+ pack mendarat ke rumah aku. Wei, stroller idaman kalbu berjaya dimiliki. Haha, perangai mommy blogger kan, semua benda dia nak share and review.

Jadi yang nak kenal dengan stroller Babyzen Yoyo2 6+, baca sampai habis tau. Ni memang stroller baby terbaik bagi aku since pengalaman aku guna stroller ni memang berbeza dengan dua ketul stroller terdahulu.


review stroller terbaik babyzen yoyo2


Stroller Babyzen Yoyo2 6+ - The One You Need


  • Ringan

Babyzen Yoyo2 6+ pack ni ringan tau, beratnya hanya 6.2kg. Senang lah nak angkat sana sini stroller yang ringan macam ni.

Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+

Stroller ni memang  ringan, dan disediakan shoulder strap memang senang aku angkat letak di bahu macam handbag saja. 

  • Mudah Dilipat

Satu lagi ciri menarik yang menjadikan Babyzen Yoyo2 adalah stroller baby terbaik kerana sangat mudah dilipat.

Hanya satu klik sahaja, stroller Babyzen Yoyo2 boleh dilipat dan dibuka dengan mudah dan cepat.

Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+

Boleh tengok simple video lipat dan buka stroller ni, serius senang sangat asalkan anda ikut teknik yang disarankan oleh Babyzen.

  • Babyzen Yoyo2 Memang Travel Friendly Stroller

Saiz stroller ni apabila dilipat hanya bersaiz 52 x 44 x 18 cm (20.5 x 17.3 x 7.1 in) menjadikannya sama seperti cabin luggage dan boleh dibawa masuk dalam penerbangan.

Pendek kata stroller Babyzen Yoyo2 ni jenis cabin size sebab tu ianya jadi travel friendly stroller. Disertakan sekali carrying bag.

  • Disertakan Dengan Padded Shoulder Strap

Senangnya nak bawa stroller yang boleh disangkut di bahu. Stroller ni didatangkan dengan padded shoulder strap. Jadi bahu tidaklah rasa sakit apabila ada pelapik tebal sebegini.

Selesa saja angkat stroller ni letak di bahu. Macam angkat hand bag pula.

Padded shoulder strap ni terletak di dalam ruang penyimpanan barang dan bagi akulah shoulder strap ni adalah rahsia untuk lipat stroller dengan cepat (tengok video yang aku kongsikan ok).

  • Frame

Frame stroller ni disediakan dalam dua warna - hitam dan putih. Anda suka warna apa? Aku pilih hitam.

Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+

Selain itu, material untuk frame ni adalah aluminum alloy, stainless stell dan fibre-glass reinforced technical plastics yang menjadikan stroller ni tahan lama untuk digunakan. 

  • Handlebar

Handlebar Babyzen Yoyo2 ni guna soft faux leather. Bila anda pegang pun, memang rasa lembut, sangat gentle pada tangan anda.

Dekat handlebar tu, ada tether strap. Aku mulanya tak kisah sangat pun tether strap ni. Ingatkan “oooo nanti bolehlah gantung mainan anak dekat strap ni” ….

Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+

Eh tapi aku silap la. Bila aku strolling in the park bersama Nami, tether strap ni sangat berguna tau. Aku masukkan tangan aku dan tolak stroller, so tether strap ni berikan extra safety pada aku supaya stroller tak terlepas dari tangan aku.

Now I know betapa bagusnya ada strap sebegini dan very suggested semua stroller baby pasang strap sebegini sebagai salah satu ciri keselamatan pada stroller tersebut.

Nampak macam remeh, tapi sebenarnya tether strap ni sangat berguna bagi aku.

  • 0+ Dan 6+ Pack

Ada sesetengah jenis stroller, sangat tidak friendly untuk bayi seawal usia 0 bulan, stroller kena pasang adapter untuk sambungkan baby carrier. Tapi masalahnya, bila pasang baby carrier, kita tak boleh lipat stroller seperti biasa.

Baby carrier perlu dibuka terlebih dahulu sebelum frame boleh dilipat - ini sama dengan kes stroller pertama aku.

Ada pula stroller khas untuk bayi namun tidak sesuai digunakan apabila anak semakin membesar. So kena beli the whole new set pula untuk toddler.


review stroller baby terbaik babyzen yoyo

Berbeza sangat dengan Babyzen Yoyo2 ni, anda boleh beli Babyzen 0+ newborn untuk anak berusia 0-6 bulan. Dan bestnya boleh lipat seperti biasa. Yoohoo! Best kan.

Apabila baby berusia 6 bulan dan ke atas, masa untuk tukar daripada 0+ newborn kepada Babyzen 6+ pack - dan stroller boleh menampung berat anak sehingga 22kg.

6+ pack menyediakan pilihan warna fabrik yang pelbagai. Ada 9 pilihan warna menarik untuk kanopi (canopy) + kusyen tempat duduk (seat cushion) .

Perlukan double stroller? Dengan YOYO Connect, single stroller boleh digabungkan menjadi double stroller.

Versatile sangat kan.

Pilihan warna yang ada ialah ginger, peppermint, toffee, aqua, black, grey, taupe, red and Air France blue - dan aku pilih warna khaki (taupe color).

Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+
warna 6+ pack pilihan aku untuk kanopi dan kusyen duduk


Babyzen ni ada aksesori lain dengan pilihan warna yang anda boleh sedondonkan dengan stroller - nanti boleh tengok di laman web mereka (aku ada sediakan link web di bawah ni).

Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+
Kanopi tu memang best, hampir boleh tutup wajah anak.
Boleh melindungi anak terkena pancaran matahari secara terus
dan membantu anak tidur nyenyak juga dalam stroller 
tanpa gangguan orang nak intai anak anda.

Material fabrik yang berkualiti. Kanopi untuk stroller Babyzen ni siap ada UV protection(UPF 50+) , dan fabrik boleh dicuci guna mesin basuh di bawah suhu 30°C.

Jadi kalau kusyen atau kanopi kotor, jangan risau tau. Anda boleh buka dan cuci seperti biasa. Eh tapi aku sayang pula cuci guna mesin basuh, guna tangan saja - hehe, gentle washing la katakan.

  • Abah-abah 5 Mata (5 Point Harness)

Setiap stroller baby terbaik memastikan anak duduk dengan selamat di dalam stroller dan bila stroller bergerak, anak takkan jatuh dari stroller, sebab itu Babyzen Yoyo2 siap dengan abah-abah 5 mata (5 point harness).

Abah-abah mudah dilaraskan mengikut ketinggian/saiz anak yang sedang duduk di dalam stroller tersebut.

Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+

Klip untuk mengunci abah-abah juga mudah dipasangkan.

  • Ruang Penyimpanan Barang

Bagi aku, stroller baby terbaik mesti ada ruang penyimpanan yang boleh letak baby bag atau barangan asas baby.

Untuk Babyzen Yoyo2, ruang penyimpanan boleh memuatkan sehingga 5kg berat barang. Aku puas hati dengan ruang penyimpanan tu pasal dah guna dan letak barang, memang muat sangat untuk baby bag.

Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+

Dan satu lagi, di belakang stroller ni ada zip pocket. So nak letak barang yang ringan pun boleh seperti letak diapers, tisu basah, atau hand sanitizers.

Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+

Aku letak diapers si Nami, boleh muat 4 helai dan juga satu botol kecil hand sanitizers.

  • Stroller Kukuh Dan Mudah Digerakkan (Sturdy And Super Maneuverable)

Penting juga kalau guna stroller, mestilah kukuh dan bila digerak-gerakkan depan belakang kiri kanan, mudah untuk dialihkan (super maneuverable).

review stroller baby terbaik babyzen yoyo

Menggunakan teknologi terkini Hytrel® elastomer suspension, Babyzen stroller sangat mudah digerakkan. Memang smooth sangat pergerakan guna stroller ni.

Memang time aku guna stroller Babyzen ni strolling in the park, senang sangat tayar stroller tu nak dipusing-pusingkan sampaikan aku cakap dekat mr.Husband “eh smooth gila la stroller ni bergerak”.

Selain tu, pedal brek pada stroller ni pun memang sangat cekap. Once kita tekan brek, serta merta stroller ni akan berhenti bergerak.

Tutorial (Beserta Video Ringkas) Cara Lipat Dan Buka Stroller Babyzen Yoyo2 6+

Hint: Practice makes perfect.

Setiap kali beli stroller, kita perlu cekap untuk lipat dan buka stroller tersebut. Sistem lipat dan buka stroller biasanya berbeza-beza mengikut jenama stroller masing-masing.

Jadi, kenalah pandai lipat dan buka stroller dengan cekap dan cepat.

Untuk stroller Babyzen Yoyo2 ni, aku boleh cakap hanya dengan satu klik sahaja, stroller boleh dilipat dan dibuka dengan sangat mudah.

Sekali dah tahu teknik yang betul, memang mudah sangat untuk lipat dan buka stroller Babyzen Yoyo2.

Sila lihat video yang disertakan di bawah untuk memudahkan pemahaman anda semua.


Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang Babyzen Yoyo2?

Boleh layari laman web (klik link):https://www.babyzen.com/us/en-us


Nak dapatkan Babyzen Yoyo2, anda boleh dfi mana-mana outlet Happikiddo dan Mothercare


Dan untuk melihat perkongsian Babyzen Yoyo2 di media sosial, boleh klik Facebook Babyzen dan Instagram Babyzen


Kesimpulan

Sesuai sangat kalau aku cakap ini adalah stroller terbaik baby yang aku pernah miliki. Stroller Babyzen Yoyo2 ni memang sangat ringan, boleh angkat sebelah bahu sahaja.

Direka versatile untuk kegunaan ibu dan anak dengan pilihan warna yang menarik dan boleh dipadankan dengan aksesori lain dari jenama Babyzen.

Stroller ni pun hanya dengan satu klik, mudah sahaja untuk dilipat dan dibuka. Hanya perlukan beberapa kali latihan untuk menyesuaikan diri melipat dan membuka stroller - alah bisa tegal biasa bak kata pepatah.

Review Pengalaman Aku Guna Babyzen Yoyo2 6+
Enjoy si Nami strolling in the park bersama mommy dan daddy

Dan untuk sesiapa yang suka travel bersama anak kecil, aku syorkan anda untuk memilih Babyzen Yoyo2. Bukan sahaja ringan dan mudah dibawa ke mana-mana, malah stroller ini bersaiz kabin yang memudahkan stroller ini boleh diletakkan di dalam ruang bagasi kapal.

Pendek kata, Babyzen Yoyo2 adalah stroller paling praktis dan paling mudah untuk digunakan. Sama ada untuk stroller harian, apatah lagi untuk stroller travel. Memang awesome.

Aku harap review pengalaman aku guna stroller Babyzen Yoyo2 ni membantu anda yang sedang mencari stroller baby terbaik ringan, mudah lipat dan travel friendly.

Stroller Terbaik Baby Ringan, Mudah Lipat Dan Travel Friendly
Mommy is ready to stroll. So next destination kita nak pergi mana?

Happy Strolling!

cheers.

_________________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Post a Comment

6 Comments

  1. Lengkap review kak pip.. Terbaiklah.. Saya tak pernah beli lagi stroller.. Pernah pakai yang kakak bagi yang anak dia punya ja..

    ReplyDelete
  2. Pilihan bijak and paling best, senang bawa untuk travel. Senang lipat ? Bestnya..ada stroller tu susah nak lipat.haha

    ReplyDelete
  3. Terbaik sis.. 🥰best information 👍

    ReplyDelete
  4. stroller memang keperluan wajib bagi kami kalau ada anak kecik.. walaupun ada yg kata tak payah guna.. ianya memudahkan sebenarnya.. lagi2 kalau ada anak yg lasak dan semangat.. tak larat nak berdukung je.. lagipun anak pun boleh berehat kat dalam tu..

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak amik tau ttg stroler ni .. makin canggih sekarang ni .. boleh lipat2

    ReplyDelete
  6. Hebatnya stroller ni.. siap boleh lipat 'ikat tepi'. Hihi.. Info ni pun padat sungguh-sungguh membantu sangat siapa yang tengah cari stroller. Zaman saya dengan stroller dah lama berlalu.. hahaha.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.