Rumah Ronald McDonald yang ke-4 bakal dibina di Sabah bertempat di perkarangan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), dan dijangka akan beroperasi pada suku pertama tahun 2023 nanti.
Sekitar majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara RMHC dan KKM
Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara RMHC dan KKM
Untuk pengetahuan, pada 5 Ogos 2022 yang lalu, satu majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di hospital tersebut antara Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah termeterai.RMHC Malaysia telah diwakili oleh Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia dan Mohd Nasri Mohd Nordin, Pengurus Besar, RMHC Malaysia, manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diwakili oleh Datuk Harjeet Singh A/L Hardev Singh selaku Ketua Setiausaha, KKM dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) diwakili oleh Dr. Marcus Netto selaku Pengarah.
Kelengkapan Di Rumah Ronald McDonald
Rumah Ronald McDonald ke-empat ini akan dilengkapi dengan 16 bilik keluarga termasuk kemudahan lain untuk kegunaan keluarga seperti dapur dan ruang makan, bilik dobi, ruang istirahat, bilik permainan kanak-kanak dan juga bilik solat.Rumah Ronald McDonald adalah kemudahan penginapan sementara atau “home away from home” untuk keluarga yang mempunyai anak yang dirawat di hospital. Fasiliti ini meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dengan kos penginapan yang sangat berpatutan bagi membolehkan ahli keluarga menginap berdekatan dengan anak mereka ketika sedang mendapatkan rawatan perubatan.
Menurut Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia Rumah Ronald McDonald pertama di Malaysia telah dibina pada tahun 1999, bertujuan menawarkan penginapan yang mudah, selesa dan berpatutan dalam pekarangan hospital kepada keluarga pesakit kanak-kanak.
Tujuan utama pembinaan Rumah Ronald McDonald adalah untuk meringankan beban kewangan dan emosi yang dihadapi keluarga terlibat, terutamanya mereka yang daripada golongan B40, di mana anak mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan. Memberi sokongan kepada golongan masyarakat yang memerlukan ketika waktu-waktu sukar adalah teras utama bagi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia).
Dato’ Azmir menjelaskan lagi pembinaan Rumah Ronald McDonald ke-empat di negara ini dapat dilakukan dengan jayanya hasil sumbangan ikhlas orang ramai melalui tabung derma RMHC dan kios pesan sendiri yang terdapat di lebih 300 restoran McDonald’s di seluruh negara.
Sesi penerangan & soal jawab berkaitan Rumah Ronald McDonald
Program Komuniti RMHC
Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II, dalam ucapan beliau menyatakan sangat berbangga dapat menyokong inisiatif yang sangat bermanfaat seperti ini, memandangkan banyak keluarga yang terpaksa berulang-alik untuk menjaga anak mereka yang sedang menerima rawatan perubatan di hospital.
Rumah Ronald McDonald dibina dalam pekarangan hospital yang membolehkan keluarga yang terlibat mendapat kemudahan penginapan dengan harga berpatutan dan supaya mereka berada berdekatan dengan anak apabila diperlukan. Ini secara langsung memberikan ketenteraman kepada keluarga serta mengurangkan beban yang dihadapi. Kerjasama antara pihak Kementerian dan RMHC Malaysia menyatakan komitmen untuk terus membantu keluarga agar sentiasa dekat bersama melalui inisiatif sebegini.
Pengagihan Happy Meal kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut
Selain tabung derma RMHC Malaysia, pelanggan juga boleh membuat sumbangan melalui Kiosk Pesan Sendiri di restoran McDonald’s dan juga saluran pembayaran digital seperti PayPal, Boost, e-dompet Touch ‘N Go dan platform e-dagang Shopee.
RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah.
Latar Belakang Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia)
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah.
Staff McDonald yang bertugas semasa majlis berlangsung
Kesemua program ini dapat dijayakan hasil sumbangan ikhlas pelanggan-pelanggan McDonald’s yang bermurah hati menderma kepada tabung dan Kiosk Pesanan Layan Diri di restoran-restoran McDonald’s serta tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/
Sebagai rakyat jati Sabah, pastinya aku berasa syukur dan gembira terhadap projek Rumah Ronald McDonald dan berharap ia akan siap seperti yang dirancang pada suku tahun depan 2023 dan akan memberi manfaat kepada keluarga pesakit yang memerlukan bantuan penginapan ketika menjaga pesakit di HWKKS.
__________________________
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
2 Comments
Alhamdulillah ada juga penginapan sbgni mampu milik d sbh..hrp2 siap spnuhnya thn dpn
ReplyDeleteMenarik! Bagus sharing mcm ni
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.