Berbaloi Sangat Yoodo Plan 20GB Hanya RM20

Hi korang. Last week, aku dapat jemputan untuk join briefing session secara zoom meeting bersama Sabahan Bloggers dan wakil pihak Yoodo, Yoodo briefing session ni adalah untuk update produk Yoodo, kelebihan Yoodo yang tiada pada telco lain, serta kemaskini aktiviti terkini Yoodo untuk para pelanggannya.

First of all, terima kasih Yoodo kerana invite aku join briefing session ni. Aku pernah join Yoodo briefing session 2 tahun lepas, dan aku masih ingat lagi itulah kali pertama aku dapat tahu konsep Yoodo adalah 'only pay for what you need' - pengguna boleh customised Yoodo Plan mengikut keperluan mereka.

Dalam briefing session tersebut, antara info menarik ialah:- 

  • Yoodo merupakan telco yang memberikan pengguna untuk customized pelan mengikut keperluan dan boleh dilakukan dengan mudah melalui Yoodo apps - Yoodo plan tersedia sehingga 2 juta pillihan pelan kombinasi. So, it is very flexible untuk korang buat pilihan sendiri.

  • Keperluan untuk melanggan ADD-ON any data packet, yang menariknya data dari base mobile plan korang tidak akan diganggu. Beli 10 ADD-ON, percuma 1 extra ADD-ON.

  • Sekiranya anda terlebih guna data pula, tak perlulah risau untuk sekatan kerana Yoodo menyediakan Booster Plan untuk Data / Panggilan / SMS. Jadi, korang boleh guna Yoodo tanpa sebarang kerisauan. 

  • Perlukan data banyak secara tiba-tiba?  Yoodo Plan menyediakan Power Pass - 100GB untuk RM2, sah untuk 60 minit sahaja selepas pembelian. 
yoodo plan murah 20GB

  • Yoodo plan yang WOW sangat kini kembali atas permintaan ramai - 20GB hanya untuk RM20! Dan korang boleh pilih nak High Speed mahupun Unlimited. 

  • Coverage untuk Yoodo pula - untuk pengetahuan Yoodo beroperasi menggunakan rangkaian 4G LTE Celcom, dan ianya liputan terluas di Malaysia. Pendek kata, di mana ada Celcom, di situ ada Yoodo.  

yoodo plan murah awesome 20gb for rm20



Bagaimana Nak Dapatkan Simkad Yoodo?

Mungkin ada yang berminat untuk menggunakan Yoodo, so korang perlukan SIMKAD Yoodo. Korang boleh juga kekalkan nombor sedia ada korang, hanya perlu PORT OUT telco lama, dan PORT IN kepada Yoodo.

Namun, Yoodo ni tak macam kebiasaan telco yang lain di Malaysia. Tak semua tempat ada jual SIMKAD Yoodo. 

Yang perlukan SIMKAD fizikal, korang boleh order Yoodo SIM, dan dapatkannya di:-

  • 50 cawangan Blue Cube (Celcom Centre) di seluruh Malaysia
  • EasyParcel PgeonPoint di seluruh Semenanjung Malaysia 
  • BH Petromart di seluruh Semenanjung Malaysia
  • Petronas Mesra di seluruh Semenanjung Malaysia

Manakala untuk Sabah dan Sarawak yang kawasan tiada Blue Cube, jangan risau. Korang boleh request SIMKAD, dan akan dikurier kepada anda.

Satu hal yang istimewa tentang SIMKAD Yoodo, korang boleh juga request e-SIM pada aplikasi Yoodo. Lagi mudah kan, tak perlu guna simkad fizikal - compatible untuk telefon pintar terpilih  Android dan IOS.


Roam Like Home

Yoodo roam like home murah

Satu lagi kelebihan yang disediakan Yoodo adalah Roam Like Home (RLH)

Kalau korang yang pergi travel, dan korang ada masih ada banyak data, kemudian rasa lecehlah nak dapatkan PocketWifi atau Travel Sim, apa yang korang boleh buat ialah korang boleh subscribe untuk Roaming melalui Yoodo apps.

Yang menariknya untuk roaming ni, korang hanya perlu bayar servis roaming mengikut kawasan traveling yang korang pergi, namun tiada dikenakan sebarang caj penggunaan data.

Data yang korang pakai ialah data domestik korang sendiri. So korang tak perlu tukar number lain ketika travel, dan boleh terima panggilan telefon / SMS seperti korang berada di Malaysia. Easy-peasy kan.

Berbeza sedikit kalau korang guna pocket wifi, alat tersebut korang kena jaga elok since pocket wifi tu korang sewa. Dan smartphone korang kena sentiasa ada within the range pocket wifi tersebut untuk pastikan korang stay connected

Manakala travel sim pula, korang kena cari simkad luar negara dan part nak register simkad baru ni agak lecehlah bagi aku sejenis pemalas nak tukar-tukar sim, dan mungkin juga akan terlepas menerima panggilan penting telefon / SMS.

Dan caj penggunaan data juga boleh jadi mahal atau berbeza-beza mengikut kawasan yang korang travel. 

Kalau setakat travel beberapa hari, bagi aku lagi mudah subscribe roam like home. Beli pas RLH 10 hari , korang akan dapat 1 hari pas RLH percuma.

Namun pilihan di tangan masing-masing.


Yoodo Menyokong KPop, Muzik, Hiburan dan ESports - Sesuai Dengan Fenomena Masa Kini



Selain merupakan telco digital dan menyediakan pelbagai pilihan Yoodo Plan yang sangat awesome, Yoodo juga menyokong Kpop, muzik, hiburan semasa, dan ESports.

Aku tak nak cerita aktivti Yoodo berkaitan Kpop, muzik dan hiburan, itu kedengaran seperti biasa. Tetapi aku nak share tentang betapa Yoodo sangat menyokong ESports. 

Dan kalau korang langgan Yoodo, sememangnya yang melanggan PUBG adalah PERCUMA gais!


So yang aktif ESports, mesti kenal Yoodo memandangkan Yoodo sangat dominan dalam menyokong ESports, dan semoga team Yoodo boleh pergi jauh lagi dalam acara ni.

Dan aku impress dengan mereka-mereka yang melibatkan diri dalam ESports. Nampak macam senang je kan ESports ni, macam efortless sangat padahal mereka adalah professional gamers dan pastilah kena ada kemahiran dan semangat berpasukan yang baik.

ESports melibatkan perlawanan antara gamers dalam merebut gelaran juara dan juga hadiah lumayan biasanya berbentuk wang tunai.

Hah, jangan pandang rendah dengan mereka yang terlibat dalam gaming tau. Tup-tup boleh jana pendapatan melalui ESports.


Kempen-kempen Menarik Di Yoodo

Yoodo ni suka buat kempen tau, dan menyediakan rewards / gifts yang menarik. Waktu ini, ada kempen yang sedang berlangsung iaitu Wheel-Yoo-Win serta Ajak Ajak Menang. Untung la pengguna Yoodo, silap haribulan boleh jadi pemenang bertuah kempen tersebut.

Yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang Yoodo, korang boleh check laman web rasmi Yoodo atau boleh klik media sosial Yoodo yang terdapat di laman web tersebut.

Dan bercerita tentang briefing session minggu lepas yang aku attend, sebelum melabuhkan tirai, kitorang ada Q&A serta Quiz. Macam-macam soalan ditanya oleh rakan blogger yang lain.

Tetapi part paling best ialah Pop Quiz tu, laju semua rakan blogger nak menjawab soalan. Almaklumlah, kalau menang dapat hadiah. Siapa yang tak suka kalau diberi hadiah kan ...

So aku harap, Yoodo akan terus berkembang dan kalau ada briefing session lagi di masa akan datang, aku harap Yoodo jemputlah kami lagi.

Thanks Yoodo!

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



Post a Comment

0 Comments