بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sekarang ni dah ada platform yang membolehkan korang bersedekah ke masjid atau surau di Malaysia iaitu Aplikasi Sujood. Alhamdulillah, nak bersedekah atau menderma ke masjid-masjid dan surau pun dah jadi semakin mudah nampaknya.
Dah tak perlu rasa risau duit sedekah tak sampai ke tabung masjid. Dengan aplikasi Sujood ni, korang boleh buat transfer secara online. Nak bersedekah banyak mana, semuanya terpulang kepada keikhlasan hati masing-masing, tepuk dada tanyalah hati - eh tak gitu?
Kelebihan bersedekah atau menderma menggunakan aplikasi Sujood
Antara kelebihan bersedekah atau menderma menggunakan aplikasi Sujood ni ialah sudah tentu membantu sesiapa sahaja yang nak bersedekah tu boleh bersedekah pada bila-bila masa sahaja dan ianya dibuat secara online. Dah tak perlu susah-susah nak hantar bantuan duit secara fizikal ke masjid.
Korang pun boleh bersedekah atau menderma dengan konsisten dan berterusan. Yang selalu nak buat sedekah Subuh tapi tak tahu nak bersedekah ke mana, korang gunalah aplikasi Sujood ni untuk membuat sumbangan terus ke masjid atau surau ikut pilihan hati.
Sujood tidak mengenakan caj kepada masjid dan surau
Sujood untuk ios dan android
Korang yang nak guna aplikasi Sujood ni, worry no Sujood boleh digunakan oleh pengguna ios dan android.
Boleh terus tekan link apps ini untuk install di android & iphone:
Android:
Iphone:
Antara manfaat bagi orang yang suka bersedekah
- Malaikat mendoakan orang yang bersedekah
Abu Huraira (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,
“Setiap hari dua malaikat turun dari langit dan salah seorang dari mereka berkata, “Ya Allah! Gantikan (harta) setiap orang yang membelanjakan dalam jalan-Mu.” dan yang lain (malaikat) berkata, “Ya Allah! Hancurkan setiap yang menahan (hartanya) dari sedekah.”
(Bukhari & Muslim)
- Sedekah membantu menambahkan rezeki
Asma '(RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,
“Bersedekahlah dan jangan berat memberikan agar Allah tidak memberi kamu dalam jumlah yang terhad; dan jangan menahan hartamu agar Allah tidak menahannya dari kamu. Bersedekahlah semampumu.”
(Bukhari & Muslim)
Hadis lain,
Abu Huraira (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Allah, Yang Maha Tinggi, berfirman, 'Belanjakanlah (pada kebaikan) wahai anak Adam, akan Aku belanja pula atasmu (ditambahkan).”
(Bukhari & Muslim)
- Sedekah ketika hidup lebih baik berbanding sedekah selepas mati (wasiat)
Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,
“Seorang lelaki yang memberikan satu dirham sebagai sedekah selama hidupnya lebih baik daripada memberikan seratus dirham sebagai sedekah (wasiat) pada saat kematiannya.”
(Abu Daud)
- Terselamat dari api neraka
- Pahala berlipat ganda bagi yang bersedekah
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah al-Baqarah: 261)
Sumbangan untuk pembangunan masjid Klebang Putra Chemor, Perak
Untuk pengetahuan korang juga, antara masjid yang sedang dalam perancangan untuk dibangunkan ialah masjid Klebang Putra Chemor di Perak.
Dan kalau ada yang nak menderma untuk pembinaan masjid Klebang ni, korang boleh buat sumbangan secara terus ke link yang aku share di bawah.
Bulan puasa sebegini, elok juga kita menambah pahala dengan bersedekah atau menderma, semoga menjadi pahala berterusan untuk semua.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang aplikasi Sujood, korang boleh layari website mereka di
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Cheers.
_______________________
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"
0 Comments
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.