بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Rawat acne scar (Gambar: Google)
Ramai orang yang mempunyai masalah jerawat, tanpa menghadapi masalah acne scar. Biasanya, apabila kulit berjerawat, kita boleh merawat kulit tersebut menggunakan krim jerawat yang ada di pasaran. Dan kulit akan kembali pulih dari jerawat.
Malangnya, ada sesetengah daripada kita berdepan dengan masalah acne scar selepas jerawat tumbuh naik ke kulit muka.
Jadi, apakah yang menyebabkan acne scar ini terjadi sebenarnya?
Jerawat adalah salah satu keradangan yang berlaku pada kulit. Dan apabila berlaku keradangan, kolagen pada kulit boleh musnah. Apabila kolagen musnah, maka kulit akan kehilangan tisu dan sistem sokongan lalu mengakibatkan wujudnya parut seperti cucukan jarum atau lebih dikenali sebagai ‘ice pick’. Makin banyak kolagen hilang, maka makin menonjol lah parut jerawat tersebut.
Acne scar pula terbahagi kepada beberapa kategori. Ada acne scar yang tidak begitu ketara, dan kebanyakkan kita akan membiarkan sahaja parut tersebut berbekas di kulit wajah. Namun, ada juga acne scar yang sangat berbekas sehingga boleh mengganggu emosi serta keyakinan diri kita.
Kenali jenis-jenis acne scar
Acne scar biasanya terbahagi kepada beberapa kategori iaitu atropik (parut lekuk atau parut akibat tekanan pada kulit),hypertrophic, keloid dan lain-lain. Yang membingungkan kita ialah bilamana acne scar ini membuatkan kulit kita kelihatan berlubang-lubang sehingga kita merasakan betapa teruk dan hodonya acne scar tersebut.
Jenis-jenis acne scar (Gambar: Google)
1- Parut Atropik
Ini adalah parut paling biasa terjadi dan mempunyai beberapa klasifikasi iaitu ice pick, box scar dan rolling scar.
- Ice pick biasanya parut mendalam dan nipis. Parut ini akan meregang jauh di bawah permukaan kulit dan agak sukar untuk dirawat kerana parutnya yang agak dalam.
- Box scar pula parutnya berbentuk U atau berbentuk kotak. Parut ini berlaku apabila jerawat berlaku secara bertompok-tompok di atas kulit, atau boleh juga akibat kesan daripada chicken pox.
- Manakala rolling scar atau ada yang menggelarnya parut berkawah pula adalah jenis parut yang paling biasa terjadi ketika penyembuhan jerawat yang lama. Ia menyebabkan tekstur kulit tidak sekata. Parut ini kelihatan bulat atau bergulung.
2- Parut Hypertrophic dan Parut Keloid
Apabila pengeluaran kolagen secara berlebihan terjadi ketika proses penyembuhan jerawat, ini adalah punca berlakunya parut hypertrophic dan keloid.
Parut hypertrophic biasanya berwarna merah jambu dan terhad di sekitar sempadan luka, dan parut keloid pula berwarna merah-ungu, melebihi sempadan asal luka dan menyebabkan kulit gatal-gatal dan tidak selesa.
Acne scar yang terjadi pada kulit boleh dirawat, dan biasanya kita akan memilih merawat acne scar menggunakan krim jerawat kerana ia lebih ekonomi, namun tidak semua acne scar boleh dirawat dengan krim jerawat semata-mata.
Rawatan untuk acne scar
Antara krim yang boleh sering digunapakai ialah gel silikon topikal, krim retinol, krim asid hidroksi alfa (AHA), krim asid laktik, dan sebagainya..
Krim-krim ini mempunyai peranan berbeza dalam merawat acne scar, dan perlu digunakan mengikut kesesuaian individu.
Selain itu, kita juga boleh mengambil serbuk kolagen untuk membantu penghasilan kolagen dalam usaha memperbaiki tisu kulit untuk penyembuhan jerawat.
Teknologi masa kini memberi pilihan rawatan alternatif untuk kita merawat acne scar yang teruk menggunakan kaedah estetik, dan perlu diingat rawatan ini yang hanya boleh dijalankan di klinik kulit yang bertauliah sahaja.
Cara estetik merawat acne scar (Sumber: Google)
Antara rawatan penyingkiran acne scar menggunakan kaedah estetik ialah dermal subcision, chemical peel, punch excision, pigment laser, micro needling dengan PRP (Platelet-Rich Plasma), derma filler, prosedur resurfacing, dan sebagainya.
Doktor yang bertauliah di klinik estetik akan memeriksa kulit untuk mengetahui jenis parut agar dapat memberikan rawatan yang sesuai untuk menyingkirkan acne scar. Rawatan yang sesuai pasti akan membawa kepada hasil yang lebih baik.
Merawat acne scar di Klinik Dr. Bazilah
Siapa jer yang tak nak rawat acne scar? Lagi-lagi kalau acne scar yang teruk sehingga boleh mengganggu penampilan wajah kan.
Klinik Dr. Bazilah merupakan antara klinik estetik yang menawarkan perkhidmatan rawatan penyakit kulit, khususnya rawatan jerawat dan parut jerawat atau acne scar. Dan yang paling penting, Klinik Dr. Bazilah diiktiraf dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Klinik Dr. Bazilah
Klinik Dr Bazilah bukan sahaja menyediakan rawatan estetik seperti jerawat, pigmentasi dan penuaan, malah juga menawarkan perkhidmatan rawatan kulit dan rambut lain seperti ekzema, psoriasis, alergi, masalah keguguran rambut dan sebagainya.
Klinik Dr. Bazilah terletak di 4 lokasi, iaitu Kuala Lumpur, Damansara, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.
Untuk sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan acne scar atau khidmat nasihat di Klinik Dr. Bazilah, anda boleh mendapatkan maklumat di laman sosial, laman sesawang atau boleh hubungi sendiri Klinik Dr. Bazilah seperti yang dikongsi di bawah ini:-
Whatsapp Kami Sekarang: wa.me/60196571563
Temujanji: ttp:temujanjidrbazilah.wasap.my
Website: www.klinikdrbazilah.com
Facebook: klinikdrbazilah
Instagram: @klinikdrbazilah
TikTok: @klinikdrbazilah
Klinik Dr Bazilah, Bangi
C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan, Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8922 9681 / 011 – 1590 5931
Klinik Dr Bazilah DamansaraTemujanji: ttp:temujanjidrbazilah.wasap.my
Website: www.klinikdrbazilah.com
Facebook: klinikdrbazilah
Instagram: @klinikdrbazilah
TikTok: @klinikdrbazilah
Cawangan Klinik Dr. Bazilah
Klinik Dr Bazilah, BangiC-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan, Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8922 9681 / 011 – 1590 5931
Klinik Dr Bazilah, Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5035 7359
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam
Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
Klinik Kulit / Aesthetic / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1, Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000, Kuala Lumpur
Tel: 013 – 817 7005
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5035 7359
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam
Klinik Kulit / Aesthetic / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1, Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000, Kuala Lumpur
Tel: 013 – 817 7005
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-76613950
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-damansara
______________________
"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"
0 تعليقات
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.